Arah tuju KLCIKLCI sangat lemah buat masa ini setelah gagal memecahkan aras EMA200, kembali melemah dan menurun. Isnin ni KLCI wajib hijau dan cuba untuk tidak memasuki kumo cloud kerana jika masuk ke dalam kumo cloud, KLCI akan sideway dan jika lemah akan bocor ke bawah. Aras yang paling kritikal untuk KLCI adalah di aras 1670. Sama-samalah kita berharap agar KLCI kembali kuat dan mencuba sekali lagi aras EMA200. Jika tidak, market akan melemah dan sukar untuk membuat keuntungan.
Klci
Ke arah mana KLCI mahu pergi?Jika lihat di carta bulanan, pada Disember 2018 kita dapati ia membuat pinbar candle ataupun false breakout awan ichimoku. Ini merupakan salah satu petunjuk kuat pasaran membuat reversal ataupun menuju kepada strong bullish. Ketakutan akan market crash telah ditidakkan oleh price action. Sebenarnya market crash telah berlaku walaupun tidak kelihatan jelas pada indeks. Kita dapati begitu banyak kaunter strong FA dan homerun telah membuat penurunan mendadak ataupun diskaun besar-besaran.
Kemudian lihat pada Chikou, ianya melantun di atas price dan masih berada di atas price. Ini menunjukkan price masih dalam keadaan bullish berbanding 26 bulan yang lepas.
Dan pada bulan ini price berjaya melepasi 1700. Jika dilihat pada awan, 1700 kini menjadi strong support untuk indeks. Andai kata paras 1700 pecah ianya merupakan petanda bahaya strong bearish mungkin menyusul.
Price perlu berada di atas 1770 selewat-lewatnya hujung Jun 2019 bagi meneruskan momentum bullish sebelum meneruskan kemaraan. Kegagalan price untuk berada di atas 1770 akan membuatkan market terus volatile atau tidak menentu.
Arahtuju KLCIKemanakah arah tuju KLCI. Dari chart minggu seperti akan mencari aras sokongan sebelum cuba mencari garisan DTL. Minggu hadapan hanya 2 hari setengah sahaja trading day. Jadi belum dapat dipastikan arah tuju sebenar. Diharap akan terus mencari garisan DTL dan seterusnya kembali mendaki ke atas.
KLCI Makin Lemah dan Mencari Aras Sokongan Yang BaruKLCI makin lemah dan sangat lemah sebenarnya. Aras sokongan di 1661 telah pun bocor dan seterusnya akan mencari aras sokongan di 1616 pulak. Kita nantikan KLCI sampai ke aras sokongan 1616 dengan harapan akan rebounce dan reverse dengan candle engulfing atau piercing line disokong oleh volume yang kuat. Sekarang better duduk tepi mengkaji kaunter yang berpotensi. Banyak kaunter tengah diskaun banyak sekarang ni
KLCI - Nyawa-Nyawa Ikan DahKLCI makin hari makin lemah. Masih didalam triangle, kalau bocor akan cari aras sokongan terakhir. Kalau bocor jugak, market crash la. Duduk tepi dulu la sampai tiba masanya KLCI buat strong reversal. Kumpul semua kaunter-kaunter yang mempunyai fundamental yang kukuh sebab kaunter-kaunter tu yang akan naik dahulu nanti. Kalau ikut sejarah, bila market crash akan lahirkan ramai jutawan baru. So, kumpul modal banyak-banyak ya. Jangan masuk dulu masa crash, tapi masuk masa reversal. Selamat berdagang.
Prestasi semasa FBM KLCI pada tahun 2018 (sehingga 14 September)Soalan yang sering tertanya oleh para investor dan trader,
Bagaimanakah prestasi FBM KLCI pada tahun 2018?
Sebelum ini, kita da membincangkan idea mengenai prestasi Bursa Malaysia selepas PRU
kali ini, kita akan membincangkan mengenai prestasi bagi tahun 2018
Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita tandakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat dan berunsurkan politik, hanya untuk melihat keadaan pasaran Malaysia selepas PRU sahaja
Pertama, kita akan membandingkan dengan 2 pasaran yang mempunyai correlation terdekat dengan KLCI
DJI (US) dan Nikkei (Jepun)
Menagapa?
1) correlation berbanding pasaran lain
2) leader bagi Dunia dan Asia-Pacific
Berdasarkan pemerhatian, kita dapat lihat:
- Kenaikan tertinggi +6.33%
- Kejatuhan terendah -6.73%
- Peratusan semasa +1.18% (menghampiri atau hampir dengan Nikkei)
Apakah pendakat anda, adakah bursa mampu memecahkan paras tertinggi?