FOCUSP - Pendakian Akan Datang?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideways dari pertengahan Mac'20 sebelum ia melonjak naik pada 26 Ogos.
b) Harga kemudian membuat pergerakkan Pullback dan disokong kuat pada S3. Kelihatan formasi klasik Saucer terbentuk.
c) Harga kemudian mula mendaki dan kini berhadapan dengan R1; kelihatan formasi Pullback terbentuk.
Rumusan:
- Harga perlu menembusi R1 dengan vol. yang tinggi; lebih elok jika ia dapat menembusi R2 juga.
- Berhati-hati sekiranya harga gagal menembusi R1 kerana ia mungkin akan membuat pergerakkan Sideway seketika sebelum cuba mendaki.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda mengenai saham ini diruang komen dibawah.
KLSE
SYF - Bermulanya Pendakian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideways dari 22 Sep dan melalui fasa Accumulation.
b) Harga menembusi 40MA tetapi disokong kuat pada 17.0sen sebelum naik ke atas S1.
c) Harga membuat Re-Accumulation dari 15 Okt sebelum menembusi RTS dengan volume yang menaik.
Rumusan:
- Harga perlu samada membuat Pullback diatas RTS ATAU bergerak naik menembusi R1 dengan vol. yang lebih tinggi.
- Berhati-hati jika harga jatuh kembali dan tutup dibawah RTS; ia menandakan harga belum bersedia untuk naik lagi dan mungkin akan meneruskan pergerakkan Sideway yang panjang.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
KLSE - KemaskiniUntuk 2 tahun ke belakang, KLSE masih lagi di fasa penurunan. Sokongan penurunan adalah pada 1480 mata. Jadi KLSE perlu mengekalkan momentum pergerakan sekitar atas 1480 mata untuk mengelakkan panik dan kepercayaan pelabur. Penurunan ini juga telah disokong oleh pengeluaran dana sebanyak RM480juta pada minggu lepas oleh pelabur luar kerana ketidaktentuan ekonomi global dan politik.
Para pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menjalankan jual beli di pasaran dikala keadaan pasaran yang tidak menentu ini bagi mengelakkan sendiket pasaran dan juga manipulasi harga di pasaran.
Mampukah GD Express mula mengorak langkah (0078.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada tahap Stage 1 (Accumulation).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideways dari pertengahan Mei'19 sehingga sekarang.
- Harga disokong antara aras 27sen dan 30.5sen.
c) Harga & Volume:
- Tanda-tanda SOS lebih kuat daripada tanda-tanda SOW.
- Harga cuba melonjak tinggi pada pertengahan Jul'19 tetapi tidak berjaya. Ini kerana terdapat banyak jualan saham.
- Hal yang sama berlaku pada awal Sep'19 dengan harga melonjak tinggi sebelum tutup dibahagian bawah spread harga. Vol. juga sangat tinggi, menandakan terdapat jualan saham yang banyak.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan tunggu beberapa bar sebelum membuat keputusan.
Saham ini juga boleh ditrade kerana harga tutup pada 11/10 (28sen) berdekatan dengan aras Support (27sen) manakala aras Resistance pada 30.5sen, menjadikan ia sesuai untuk keuntungan cepat.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
Persamaan antara Unisem & Eco World; adakah tujuan mereka sama?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Kedua-dua saham berada pada awal tahap 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway sebelum melonjak melebihi 20% (Unisem) dan 10% (Eco World).
c) Harga & Volume:
- Price spread yang agak minimal dan tidak terlalu besar.
- Terdapat vol. yang terlalu tinggi kelihatan di kedua-dua carta; ia perlu diberi perhatian.
Yang pasti, satu perbezaan yang dapat dilihat adalah Eco World mempunyai SOS yang banyak berbanding dengan Unisem.
Berdasarkan pemerhatian diatas, kedua-dua saham mempunyai potensi untuk naik namun disarankan untuk lihat prestasi saham dalam beberapa bar yang berikutnya.
Permulaan bagi Advancecon (5281.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada penghujung Stage 1 (Accumulation) / awal Stage 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway (Mei hingga awal Okt'19) dengan beberapa kali cucian.
c) Harga & Volume:
- Terdapat tanda-tanda SOS yang kuat dari Sep'19, diikuti dengan sokongan harga pada aras 40sen.
- Vol. juga rendah sebelum harga melonjak naik dan ditutup tinggi pada 7 & 8 Okt'19.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan trade saham ini melalui partial entry dan selebihnya ketika pullback.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
HIAPTEKHIAPTEK RSI telah overbought ,ia menunjukan kaunter ini telah overheat di pasaran. Dijangkakan Hiaptek akan buat retracment pada minggu depan. MA 60 dan 200 adalah support yang baik bagi hiaptek . Kalau ikut fibonanci retracement, Hiaptek kemungkinan akan berundur ke fibonaci 0.382 atau 0.618 adalah sama dengan support MA 60 dan MA 200. Dijangkakan Pembukaan Eastern steel akan membaiki fundamental dan QR hiaptek pada masa depan. Resistance Hiaptek adalah puncak tinggi lama iaitu 0.53
PITCHFORK - KLCI Forecast Analysis April 2018BELI KLCI Index
Kawasan Harga: Pitchfork Median Support Line
Pitchfork Saluran - Ascending
Entry Harga: Di Kawasan Median Support Line
Keuntungan Sasaran: Upper Line
Keuntungan Sasaran Seterusnya: NIL
Panduan:
1. Harga melepasi median line , jangkaan akan bergerak kearah upper line
2. Analisa pada Weekly Pitchfork jangkaan harga menuju kearah median line
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.