SCNWOLF (Mencari Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor :
- Industrial Products, Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services. (sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Berpandukan garis MA, SCNWOLF masih boleh dianggap uptrend untuk midterm.
- Sebelum ini, terdapat tiga MA yang bertindak sebagai support dinamik SCNWOLF yang boleh diperhatikan:
1⃣ MA 50 yang merupakan support pertama (rujuk garis ungu).
2⃣ MA 100 yang merupakan support kedua (rujuk garis biru).
3⃣ MA 200 yang merupakan support terakhir (rujuk garis kelabu).
- Sekarang, SCNWOLF telah jatuh dibawah MA 50 dan berkemungkinan menuju ke MA 100 sebelum rebound.
- Harga juga berkemungkinan akan mula rebound dalam dua kawasan support:
1⃣ Zon RBS RM 0.500 - RM 0.600.
2⃣ Zon Fibonacci 61.8% - 100%.
- Mid boundaries channel (rujuk channel kelabu) juga boleh dijadikan trend line support SCNWOLF.
- Harga akan rebound dengan BDTL dan berpotensi menuju ke paras fibonacci 100% pada harga RM 0.670 (rujuk garisan ungu).
------------ Elliott Wave ------------
- SCMWOLF dilihat sedang melengkapkan intermediate wave (4) dengan membuat double zigzag (W-X-Y).
- Kemungkinan harga akan jatuh sehingga ke kawasan fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave W) - 100% (1 kali ganda minor wave W)
- Counting ini dikira valid selagi harga tidak jatuh sehingga menyentuh invalidation level iaitu RM 0.410.
- Jika SCNWOLF jatuh sehingga ke paras harga maksimum iaitu RM 0.415, harga mampu rebound sehingga ke paras fibonacci 100% (wave 5 = wave 1) iaitu pada paras harga RM 0.670 untuk melengkapkan intermediate wave (5) yang juga merupakan primary wave ((3)).
Analisis Fundamental :
- Pada quarter terbaru, SCNWOLF mencatatkan kerugian dan perolehan (revenue) juga menurun berbanding quarter sebelumnya.
- Untuk QoQ, keuntungan dan revenue SCNWOLF mencatatkan kerugian masing² sebanyak -141.14% dan -33.84%.
- Untuk YoY pula, keuntungan dan revenue SCNWOLF meningkat masing² sebanyak 78.27% dan 41.54%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings-' yang membawa maksud peringatan kepada pelabur baru supaya tidak membeli saham ini sekiranya masih belum mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik, trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
------------ Elliott Wave ------------
(Istilah² degree yang digunakan oleh penulis / penganalisis dalam idea analisis ini dan setiap idea analisis lain selepas ini adalah berdasarkan pautan dibawah bagi memudahkan penerangan):
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Ma100
BCH (Selamat Datang ke Luno)Bitcoin Cash (BCH) baru sahaja disenaraikan di Luno. Jadi, mari kita pantau pergerakan BCH ini. BCH dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 100 sebagai support dinamiknya.
Kemudian, BCH membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 100 sebagai support. Disini, fibonacci retracement diperlukan bagi mengukur dimanakah sepatutnya BCH ini membuat retracement. BCH sepatutnya membuat retracement paling rendah sehingga fibo 0.382 iaitu USD 795 sahaja tetapi berlaku sebaliknya.
BCH jatuh sehingga melebihi fibo 0.382 dan keadaan ini sepatutnya mendorong BCH untuk jatuh ke bawah tetapi berlaku sebaliknya. Keadaan ini disokong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan momentum penjualan masih tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, BCH berjaya breakout resistance pada paras USD 1,240 dan jika harga mampu bertahan di atas USD 1,240 ini, harga berpotensi menuju ke target seterusnya pada fibo 1.618 bersamaan USD 1,700.
Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
JFTECH (Percubaan Menongkah Arus Positif)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductor.
Idea analisis:
- JFTECH merupakan saham yang sangat kukuh dari sudut fundamentalnya. Buktinya, QR JFTECH meningkat berturut² untuk lima bulan QR (Feb 20, Mei 20, Ogos 20, Nov 20 dan Feb 21).
- Dari sudut teknikal, JFTECH bergerak uptrend secara slow and steady.
- Pada 18 Januari 2021, JFTECH naik secara mendadak kemudian turun juga dengan keadaan mendadak dan hari ini, JFTECH tutup dibawah trend line dan MA 100.
- MACD juga turun di bawah paras 0 menunjukkan bahawa JFTECH kuat untuk bertukar arah kepada downtrend.
- Untuk risiko yang rendah, boleh pantau untuk entry jika MACD mula naik ke atas paras 0 atau harga berjaya melintasi downtrend line (BDTL).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* QR = Quarter Report dikeluarkan 4 kali setahun.
* BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.