Mac19
7078 AZRB : Retracement? Jangan Risau.. Mengapa?AZRB, walaupun, hari ini menunjukkan penurunan yang agak tinggi, tetapi berdasarkan TA, AZRB masih di dalam fasa uptrend untuk short term.
Analisis Xeostock
Xeostock TA : 71.43% (Keseluruhan (termasuk faktor2 TA lain)
TA cantik, untuk short term, OK!
Strong Bull
Upper Golden Cross
RSI 66.18%
Momentum 10.30%
TA cantik, short term ok pada pendapat sy.
Xeostock FA : 37.50% (merangkumi banyak faktor)
FA tidak begitu cantik. berdasarkan analisis, tidak sesuai untuk Long Term pada pandangan saya.
Ratio: Kaunter Ringan
Monitor jika mampu memecahkan R1 0.540 dan R2 0.570. jika pecah mungkin ke atas lagi.
Support kuat pada 0.455. Jika pecah, LARIIIIIIIIII!!!
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
WTK: Bull lemah WTK menyediakan peluang kemasukan kurang berisiko pada harga 630 sen dan ambil untung pada 650 sen. Jika 630 sen tak dapat dikawal, trader perlu menjual rugi pada harga 620 sen kerana uptrend kuat WTK sudah patah. Sokongan terdekat seterusnya adalah pada 600 dan 570 sen.
Tetapi, jika berlakunya lantunan daripada harga 650 sen, WTK dijangka akan menguji 670 sen sebelum membuat percubaan kedua pada 700 sen.
BDB: Sama macam HUAAN dan SYSTECH? BDB mempunyai karakter yang sama seperti HUAAN dan SYSTECH. Jika anda pengambil risiko, boleh masuk dengan harga 400 sen, sokongan pada 385 sen dan jual rugi sekiranya harga tutup di bawah 385 sen (MA200). Cadangan jual rugi pada 370 sen. Anggaran rintangan psikologi pada 440 sen dan boleh lah 'lock profit' jika anda berjaya. Jangan tamak.
Tapi saya tak minat sangat kaunter sebegini.
MALTON: MA200 tolak dua kali dalam tahun iniMALTON telah ditolak dua kali dalam tahun ini. Oleh itu, saya amat bearish dengan MALTON. Sokongan bagi MALTON adalah 485 sen. Dengan mengandaikan MALTON ingin menguji MA200 lagi sekali, harga dalam zon 485 sen sangat sesuai untuk dimasuk. Jual rugi pada 470, yang mana akan mencetuskan jualan jatuh ke 450 sen jika gagal naik. Rintangan ambil untung adalah pada MA200 sekitar 520 sen.
AZRB: Sokongan 0.500 senMenurut daripada volume dan indicator semalam (18 Mac), AZRB mempunyai ciri-ciri false breakout yang sempurna. Sehubungan dengan itu, sokongan 0.500 sen amat penting bagi Ahmad Zaki untuk menunjukkan bullish bias. Jika 0.500 sen pecah, sokongan seterusnya adalah pada EMA 9 sekitar 485, diikuti dengan MA 20 pada 455 sen.
GDEX: Rintangan pada MA200GDEX menunjukkan bullish momentum hari ini apabila RSI berjaya bersilang dengan DEMA. Sokongan terletak pada 335, dengan rintangan seterusnya pada 375 diikuti dengan 395 sen. Jika anda masuk sekarang, anda perlu jual rugi jika harga tutup di bawah 335 sen, dan ambil untung apabila harga sampai ke 375 sen, atau cuba ride hingga 395 sen dengan trailing stop pada 365 sen.
INARI: Masih ada strength1) Paras sokongan terendah bagi kaunter ini pada 1.450 dan rintangan seterusnya pada 1.665 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
2) Kejatuhan pada minggu lepas adalah kerana pemberian dividen yang berlaku, dan para dividend player melakukan withdrawal/profit taking.
3) Kaunter ini didagangkan di atas MA50, trend jangka panjang berada pada trend kenaikan.
5) Indikator MACD juga berada di atas paras 0 tetapi masih tidak bersilang. Melihat pada pergerakan garisan tersebut, pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
6) Indikator Stoch RSI pula telah bersilang dan berada paras 30 menandakan momentum build up dan boleh melakukan kenaikan seterusnya.
7) Kaunter ini masih didagangkan dibawah MA20, para traders boleh tunggu candle melepasi MA20 untuk play safe.
JHM: Ikut je kaunter ni1) Kaunter JHM mempunyai FA yang baik pasti sentiasa didalam radar para fund manager.
2) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah 1.105 dan paras rintangan seterusnya pada 1.235 dengan risk reward ratio lebih kurang 3:1.
3) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana kemasukan volume dan kenaikan harga yang signifikan semalam 18 Mac.
4) Pada hari ini berlaku retracement sedikit, dengan jualan yang tidak besar.
5) Kaunter ini menarik jika support baru yang terbina pada 1.170 tidak pecah dan dapat bertahan sebelum kaunter ini meneruskan perjalanan kenaikan seterusnya.
6) Indikator MACD berada pada paras atas 0 dan mencapah ke atas bagi garisan MACD dan signal.
7) Indikator Stoch RSI juga bersilang dan mencapah ke atas dan kini pada paras 40 menunjukkan momentum build up berlaku.
8) Selagi harga dapat bertahan pada 1.170, kaunter ini menarik untuk para traders.
ROHAS: Boleh layan1) Kaunter eksport pembuatan plastik ini, menarik perhatian saya kerana Parabolic SAR baru melintas ke bawh pada hari ini.
2) Selain itu, MA10 dan MA20 juga telah bersilang menandakan trend kenaikan jangka pendek bakal berlaku.
3) Indikator MACD juga bakal melintas paras 0, jika dilihat pada sejarah kaunter ini, apabila MACD melintas paras 0 kaunter membuat kenaikan besar besaran.
4) Bagi indikator Stoch RSI telah melepasi paras overbought.
5) Jangkaan say, kaunter ini bakal melakukan retracement untuk menutup gap yang berlaku sebelum ini, sebelum melakukan kenaikan lagi.
6) Boleh perhatikan kaunter ini minggu hadapan.
7) KAunter ini baru melintas MA50, trend jangka panjang dijangka dalam mod positif.
TECFAST: Pecah rintangan terdekat memang cantik1) Kaunter tidak shariah ini menarik kerana kemasukan volume yang signifikan pada pertengan Februari lepas, menandakan market maker masih berada didalam kaunter ini.
2) Paras sokongan terdekat pada 0.310 dan rintangan seterusnya 0.360 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Kaunter ini telah mengalami kenaikan berterusan selama 3 hari berturut-turut dan logik pada hari ini, kaunter ini melemah kerana proses profit taking yang berlaku.
4) Bagi indikator MACD, garisan berada pada paras atas 0 dan telah bersilang antara garisan MACD dan signal.
5) Indikator Stoch RSI juga mencapah keatas menunjukkan momentum positif dan masih ada ruang kenaikan lagi.
6) Jika dilihat pada MA10 dan MA20 juga bakal bersilang dan trend jangka pendek bakal berlaku tidak lama algi.
7) Kaunter ini lebih menarik jika dapat berada diatas 0.360 dan indikator PArabolic SAR bersilang ke bawah.