Mac19
fbmklcibuat masa sekarang indeks dalam keadaan bearish. carta bulanan menunjukkan indeks telah memecah awan, bukan signal yang baik. indeks juga telah memasuki congestion zon yang saya boleh katakan support zone. jika indeks pecah 1616, market akan lebih suram kerana ini akan mengesahkan penbentukan pattern double top.
jika tiada catalyst yang menggerakkan pasaran, saya cadangkan lebih baik fokus kepada berdagang jangka masa pendek supaya dapat mengurangkan risiko ke tidak tentuan pasaran.
buat pelabur jangka masa pandang, boleh dah monitor kaunter2 yang menpunyai fundamental yang baik kerana harga akan jadi lebih murah selepas ini.
semoga market kita terus sihat..
28-MAC-2019: PEMBELAJARAN 4 Istilah Penting Trader (BHGN-2)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian
Hari ini saya ingin menyambung perkongsian istilah. Bahagian ini lebih tertumpu kepada teknikal. Saya senaraikan dulu sekurang-kurangnya rakan-rakan tahu apa yang dibincang dan diperkatakan di ruang sembang sosial.
Jadi pada BAHAGIAN 2 ini istilah yang akan dibincangkan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut;
E. Indicator
F. Jual/Beli
G. Chart (FUNDAMENTAL / PATTERN)
Tanpa membuang masa jom kita bincangkan
E. INDICATOR
Dalam membincangkan perihal berkaitan chart, tidak boleh tidak ada dikalangan trader akan mengeluarkan teringkas/short form bagi mewakili indicator tertentu. Pada bahagian ini saya tidak akan memasukkan kesemua Indicator tetapi hanya menumpukan kepada indi yang biasanya digunakan sahaja.
Jom kita lihat senarai dibawah;
MA (Moving Average)
- SMA - Simple Moving Average
- EMA - Exponential Moving Average
- WMA - Weighted Moving Average
STO / STOCH - Stochastic
BB - Bollinger band
Upper BB
Mid BB
Lower BB
RSI - Relative Strength Index
ATR - Average True Range
ADX - Average Directional Index
F. JUAL/BELI
Pada bahagian ini, kita akan membincangkan perkara berkaitan urusan jual beli dan tempahan (BUY,SELL & ORDER)
Ini merupakan perkara yang amat penting kerana walaupun kita pandai menganalisis, tetapi kita tak dapat memahami arahan jual beli yang betul, ini akan menyebabkan kita melakukan kesilapan memasukkan orderyang mungkin akan menyebabkan kerugian.
Sila rujuk senarai dibawah
EP – Entry Price (harga kita nak membeli atau menjual)
CP – Current Price (harga semasa bagi instrument yang kita pilih)
TP – Target Price (Ada juga yang menyebut TAKE PROFIT, sama sahaja dimana ianya tempat mengambil untung)
SL/CL – Stoploss/Cutloss ( harga dimana kita akan menghatkan kerugian kita dengan keluar dari pasaran)
BE – Breakeven (SL yang dianjakkan ke entry price, di setkan apabila berada dalam keadaan untung)
PO – Pending Order (harga dimana kita ingin membeli bukan pada harga semasa < senag cerita kita QUE nak beli atau jual>
MM – Money management (merujuk kepada pengurusan risiko berapa kita nak untung / rugi)
R:R ratio – Risk to Reward Ration (merujuk pada nisbah keuntungan dan kerugian yang kita ingin ambil semasa membuat keputusan untuk berdagang.
BOD – Buy on Deep (Proses membeli ketika harga berada dibawah dan kita menjangkakan harga akan naik.
BOB – Buy on Breakout (Proses membeli apabila sesuatu harga telah memecahkan halangan harga tertinggi)
MC – Margin Call (Berlaku dimana jumlah wang yang berada didalam akaun tidak dapat menampung kerugian yang dihadapi dan menyebabkan akaun tersebut BURN/LINGKUP )
G. CHART
Bahagian ini pula akan memerangkan perihal berkenaan instilah yang digunakan apabila berkaitan dengan analisis carta (Chart). Kawan-kawan, ni bahagian penting sbb selalunya ramai acah2 tau tapi tak tau dlm bahagian ni…lps tu abis kelaut dalam. Namun ini juga aka nada perbezaan diantara apa yang anda telah pelajari dengan cikgu lain, namun saya hanya berkongsi istilah yang saya ketahui sejak berkecimpung dengan dunia trading sejak lebih 11 tahun.
Disini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu CHART FUNDAMENTAL dan CHART PATTERN
Jom semak senarai dibawah dan bandingkan la dalam group2 yang anda follow.
CHART FUNDAMENTAL
TF – Time frame (selang masa yang digunakan untuk paparan chart)
OHCL – Open High Low Close (menunjukkan harga buka, Tertinggi, Terendah dan Tutup sesebuah candle)
CS – Candlestick
CRS – Candlestick Reversal Signal
UT – Uptrend (merujuk kepada pergerakan harga yang menghala ke atas)
DT – Downtrend (merujuk kepada pergerakan harga yang menghala ke bawah)
TL – Trendline (garisan menunjukkan halatuju pasaran)
UTL – Upper Trendline (garisan trend yang dilukis apabila keadaan pasaran menurun)
LTL – Lower Trendline (garisan trend yang dilukis apabila keadaan pasaran sedang menaik)
SNR – Support & Resistant (Garisan yang terbentuk untuk menyokong harga semasa kenaikan dan penurunan.
SND – Supply and Demand (Kawasan dimana proses pemintaan dan penawaran sedang aktif, disini kebiasaannya pasaran menjadi sideways)
SBR – Support become Resistant (garisan yang berubah fungsi apabila pergerakan harga menurun dan memecahkan support menjadi penghalang untuk harga naik ke atas)
RBS – Resistant become Support (garisan yang berubah fungsi dari apabila harga menaik dan memecahkan resistant. Ianya akan menjadi garis penghalang untuk harga turun)
HH – Higher High
HL – Higher Low
LH – Lower High
LL – Lower Low HH,HL,LH,LL adalah merujuk kepada puncak2 harga yang terbentuk apabila harga bergerak. Ke atas(HH,HL) atau kebawah(LH,LL)
CHART PATTERN
DT – Double Top (keadaan carta membentuk dua puncak candle dan merupakan isyarat menurun)
DB – Double Bottom (keadaan carta membentuk dua puncak candle dan merupakan isyarat menaik)
EW - Elliot Wave
EDW – Ending Diagonal Wave
HNS – Head And Sholder (potensi turun)
IHNS – Inverted head and sholder (Potensi naik)
CNH – Cup and Handle
CL – Chart Line
CP – Chart pattern
RW – Rising Wedges
FW – Falling Wedges
1589 IWCITY : Minat Belian Meningkat? Berdasarkan analisis, terdapat peningkatan belian sejak Jumaat lepas.
Walaupun baru sahaja melepasi segi tiga pertama, namun masih belum ada volume yang cukup tinggi sebagai confirmation perubahan arah bagi short term trading.
Masukkan di dalam watchlist, berdasarkan analisis, sy menjangkakan jika share price mampu kekal di atas 0.700, harga akan terus naik.
Jika tidak mampu kekal di atas 0.700, trend akan tetap ke bawah.
Confirmation kenaikan selepas melepasi 0.770. Teruskan monitor kaunter berpotensi ini.
LKL International Berhad bakal bangkit?Nampak menarik kaunter ni dari last week.
Ini bukan buy call, hanya trading idea untuk yang suka swing.
Tempoh swing 5 hingga 20 hari.
Idea untuk pembelian :
Harga terkini tutup pada line fibo 23.6% iaitu pada harga RM0.125.
Sekiranya berjaya melepas harga RM0.125 pada minggu depan,
target harga yang terdekat ada RM0.135.
Sekadar makluman, financial quater yang ke-3 untuk tahun kewangan 2019 adalah pada 31 Jan 2019.
Dan quater report ini akan diumumkan ke orang awam dijangka pada 27 Mar 2019.
[Watchlisth] Carta harian IntelIntel masih lagi uptrend. Kaunter ini diantara kaunter favorite bagi sector semi conductor. Indicator stocastic rsi baru melepasi paras oversold.
Sekiranya Intel berjaya melepasi harga 54.38, dia target seterusnya pada 57.63.
Dan sekiranya die hanya menyentuh 54.38 dan membuat penurunan kembali, target seterusnya pada 51.83
[Watchlist] Carta harian NIKESuka betul bila tengok kaunter macam ni.
Kalau die buat kenaikan, dia akan terus naik. Kalau ada penurunan, itu hanya sementara. Bisnes baik insyaAllah permintaan pun baik.
Target entri long sekitar harga atas daripada 83.90.
Target harga kenaikan adalah pada 88.62.
Ada berani ke simpan kaunter ni setahun?
Carta bulanan SapuraMenarik juga bile dah buka monthly chart sapura ni.
Adakah sapura akan membuat kebangkitan nya kembali?
Adakah harga terkini merupakan harga super diskaun?
Trading strategi.
Kaunter ini nampak sedang membuat rebounce pada paras pivot 0.260. Sekiranya pada bulan april, dapat mengekal kan momentum kenaikan, target yang terdekat adalah 0.42/0.62 pada carta monthly.
7143 STONE : Tidak Sekukuh dan Sekuat Namanya? Jumaat lepas terdapat kemasukan volume yang agak tinggi selepas harge share STONE jatuh mendadak pada hari Khamis.
Namun berdasarkan berita yang dikeluarkan baru-baru ini, berkemungkinan besar STONE akan di 'SUSPEND' pada 4 April 2019 dan kemudian di keluarkan daripada BURSA pada 8 April 2019 melainkan terdapat rayuan daripada syarikat terhadap BURSA.
Adakah anda telah termasuk perangkap kenaikan harga pada Jumaat lepas? Jika YA, sy cadangkan anda selamatkan modal anda sebelum terlambat.
STONE antara company PN17 bermula Disember 2016.
Jika di kaji keuntungan syarikat sejak beberapa tahun lepas, syarikat ini tidak pernah menunjukkan keuntungan yang positif semenjak 2015.
Jika tanya pendapat sy, sy mungkin tak akan membeli share syarikat ini melainkan terdapat peningkatan keuntungan di dalam laporan kewangan.
8877 EKOVEST : Menanti MOMENTUM?EKOVEST berada di dalam fasa accumulation yang agak lama.
Tanda-tanda menujukkan momentum-momentum kecil masuk sudah ada, tapi belum cukup kuat.
Masukkan di dalam watchlist supaya tidak terlepas apabila buy signal keluar. salah satunya apabila garis hijau melepasi kotak yang telah sy lukis di bahagian graf kedua di dalam carta.
Berkemungkinan juga akan berlaku perubahan trend kecil.
Minggu lepas juga menunjukkan indeks construction menunjukkan peningkatan yang positif.
Monitor EKOVEST untuk minggu hadapan.
R1 0.515
S1 0.465
jika mampu melepasi R1 monitor rapat.
[Watchlist] Carta harian TitijayaTitijaya menarik diperhatikan.
Secara keseluruhan kaunter ini didalam situasi downtrend dan sendang berlegar-legar oada harga 0.285 hingga 0.355.
Stratergi
1. Short term trader
Enti pada harga 0.285/0.290
Target harga pada 0.310/0.325
2. Long term trader
Enti pada harga 0.285/0.290
Target harga pada 0.320 / 0.340 / 0.360
www.malaysiastock.biz
[Watchlist] Carta harian StAMPSCari peluang entri untuk kaunter stamp.
Case 1
Harga akan menembusi paras fibo 0%. Tunggu sehingga yang waktu terbaik untuk entro berdasarkan chart pattern revesal.
Case 2
Harga akan membuat pantulan kembali pada paras fibo 0%. Dan membuat kenaikan. Target seterusnya pada 128.28
Runjukan
Carta minggu
Carta bulanan
[Watchlist] Carta harian IlluminaSaham ini meneraik untuk diperhatikan. Harga terkini sedang berlegar-legar di paras fibo 38.2%. Dan stocastic rsi sedang membuat turning back dari garisan oversold.
Idea untuk trade saham ini.
1. Tunggu harga melepasi fibo 50%. Entri pada harga atas dari harga fibo 50% dan target harga seterusnya adalah pada 332.8 / 350.24 / 372.45
2. Harga mungkin akan pergi ke paras fibo 50%. Dan berkemungkinan akan membuat pembetulan harga. Harga akan turun ke 308.31.
3. Tunggu candle melepasi garisan trend sama ada menurun atau menaik.