Mac19
Wengmans(0197) : Mungkin melantun semula ??!Wengman sekarang berada hampir pada harga sokongan 0.305 yang juga merupakan harga pembukaan IPO setahun yang lalu.
Level ini telah diuji beberapa kali dan menunjukkan ia sokongan yang kuat .
Harga telah bergerak dalam aras 0.305 ~ 0.395 selama 8 bulan yang lepas.
Laporan suku keewangan terakhir melaporkan peningkatan jualan dan keuntungan.
Sektor perniagaan Perabot.
Harga berpotensi untuk meningkat naik.
KLCI mingguan - short term masih uptrendKLCI carta mingguan kini mengampiri R1 (downtrend line). pada minggu lepas, kejatuhan mungkin dapat disifatkan sebagai sementara dan pada minggu ini, KLCI dijangkakan akan malantun dan mencuba paras R1. Pergerakan KLCI satu hingga dua minggu hadapan adalah kritikal.
Jika KLCI mampu melepasi R1, paras halangan seterusnya ialah R2. Jika tidak dapat melepasi R1, mungkin KLCI akan kembali mencari paras sokongan S1 dan S2 (paras sokongan kuat) pada minggu-minggu seterusnya.
short term trade adalah pilihan terbaik buat masa ini, selagi KLCI tidak memecah paras tertinggi 1896.
FITTERS sangat "bullish"FITTERS sudah melepasi paras tertinggi sebulan iaitu 0.515. "Trendband" hijau dapat dikekalkan selama sebulan dan harga semakin menaik. Jika dikira dari permulaan kenaikan penutup bulan Februari, kaunter ini sudah mencatatkan keuntungan sebanyak 30%! Trend kaunter ini kelihatan masih kuat lagi.
Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.500 dan resistance pada 0.525.
T7GLOBAL sangat "bullish"T7GLOBAL sudah melepasi paras tertinggi sebulan iaitu 0.460. "Trendband" hijau dapat dikekalkan selama 2 bulan dan harga semakin menaik. Jika dikira dari permulaan bulan Januari sehingga penutup bulan Februari, kaunter ini sudah mencatatkan keuntungan sebanyak 40%! Trend kaunter ini kelihatan masih kuat lagi.
Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.450 dan resistance pada 0.480.
Trend SIGN bakal berubah?SIGN sudah melepasi ke atas garisan trend menurun pada paras 0.370 dan harga bermain sekitar 0.380 hingga 0.395. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.380. "Trendband" merah kelihatan semakin mengecil dan "trendband" hijau kecil kelihatan sudah muncul menunjukkan kaunter ini bakal berubah trend. "Candle" hijau juga sudah muncul. Resistance pada 0.400 dan support pada 0.355.
Trend CHGP bakal berubah?CHGP baru melepasi ke atas garisan trend menurun pada paras 0.360 dan tutup pada paras 0.365. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.350. "Trendband" merah kelihatan semakin mengecil dan "trendband" hijau kecil kelihatan sudah muncul menunjukkan kaunter ini bakal berubah trend. "Candle" kuning juga sudah muncul. Kaunter ini perlu melepasi rintangan awan Ichimoku untuk meneruskan kenaikan. Resistance pada 0.380 dan 0.400.
GDB dalam fasa pengumpulan?Sepanjang 7 minggu ini, harga GDB kelihatan bermain sekitar 0.255 sehingga 0.280. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.255. Kaunter ini baru melepasi awan Ichimoku. "Trendband" masih berwarna hijau menunjukkan kaunter ini masih lagi dalam trend menaik. Resistance pada 0.280.