Mac19
pmetal memang metal sejak ia rebound pada support area rm4, pmetal telah naik dengan pada tetapi gagal pula untuk memecah downtrendline dan kini telah membuat correction. jika harga tidak dapat bertahan pada suport rm4.4, next target 4.28
ni antara kaunter2 indeks link, jadi kalau dia jalan, market pon mesti ok time tu.
semoga berjaya
inariadalah lebih baik tunggu kat suport pada paras 1.5 jika kaunter ini meneruskan penurunan minggu depan. indikator2 pun menunjukkan ada ruang lagi untuk turun.
jika dia dapat pecah downtrendline kecil kat atas tu, boleh la target 1.7 ke.
kalau untuk trade, setakat tp 1.6 tu senang je dapat.
pastikan ada volum pembelian masuk dahulu untuk lebih selamat
semoga berjaya
hati hati dengan getshari ni tiba2 naik laju macam kereta terbang hanya kerana pengumuman director baru.
naik laju sangat kebiasaannya tak boleh bertahan lama.
ramai yang membeli julat 30sen ke atas, yang bagi saya dah tinggi.
kaunter macam ni kalau nak buat melabur tak sesuai, tapi kalau nak trade ok je. volume ada. kena berdisiplin jela jangan ada emosi. kena cutloss, cutloss je.
good luck rempit2 bursa semua.
Kemas kini saham LULU LemonLulu Lemon adalah sebuah syarikat pembekal pakain sukan yang tidak asing lagi di canada. Saham ini telah membuat kejuatan pada malam tadi dengan kenainkan 14.13%
Harga terkini adalah pada 167.54, dan harga tertinggi pada 52 minggu adalah 171.45. Sekiranya pada malam ini, pergerakkan harga saham LULU berjaya melepas harga tertinggi 52 minggu, berkemungkinan besar saham ini akan meneruskan kenaikan kepada paras yang tertinggi lagi.
Mari kita banding kan juga dengan carta minggu dan bulanan.
Carta mingguan
Indicator MACD bagi carta mingguan LULU menampakkan potensi untuk golden cross. Bagi yang gemar swing mingguan, saham ini boleh dimasukkan kedalam watchlist anda.
Carta bulan
Carta bulan pun agak menarik di mana stocastic rsi baru sahaji melepasi garisan lebihan jualan. Dan bermakna masa untuk beli.
Sekian
Sekadar pandangan sahaja.
Pastikan ada telah melakukan risk assessment yang sebelum menentukkan pembelian.
Melihat volum hari ini yang melebihi volum purataVol hari ini yang melebihi atau lebih banyak dari purata, kebiasaannya memberikan kita satu petunjuk baru, samada terdapat lebih minat belian atau terlebih minat jualan.
Kalau dah bosan melilhat carta, kali ni kita layan lihat nombor pula di penyaring tradingview.
Boleh cuba dan ubah mengikut kesesuaian atau ikut selera masing-masing.
Kemas kini APPLESaham apple sedang berlegar-legar digarisan fibo 50% iaitu pada harga 187.44. Dan indicator MACD kelihantan seperti ingin melakukan golden cross dengan positif momentum.
Strategi untuk trading.
1. Sekiranya harga membuat kenaikan lebih dari garisan fibo 50%, kaunter ini akan mencari paras rintangan seterusnya iaitu 198.20 / 213.52.
2. Sekiranya harga membuat penurunan dari paras fibo 50% ini, kaunter ini akan mencari paras sokongan yang seterusnya iaitu pada harga 176.68 / 163.37
MITRAJAYA 29/03/19 MELEPASI 2 RINTANGAN1) Harga kaunter MITRAJAYA pada tarikh 29/03/19 berjaya melepasi aras rintangan garisan trend menurun yang pendek
dan juga MA 200
2) Adakah harga kaunter ini mampu bertahan sehinggi pasaran tutup dan hari2 yang seterunya ??
3) Jika harga tidak mampu melepasi aras rintangan 1 maka aras sokongan, MA 200 @ Garisan trend menaik boleh dijadikan
kawasan menghentikan kerugian @ kawasan lantunan semula harga..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.
SEACERA: LAntunan pada SMA2001) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana membuat kenaikan harga memecahkan Moving Average MA200 pada hari ini.
2) Selain itu, kaunter ini juga telah bersilang garisan indikator Stoch RSI nya, lebih kurang dalam paras 10 menandakan perubahan momentum minat belian yang bertambah.
3) Cuma masih perlu berhati-hati kerana kaunter didagangkan dibawah MA10 dan MA20, jangka masa pendek dan sederhana, trend masih tidak menentu.
4) Indikator MACD pula berada di atas paras 0, tetapi garisan signal dan MACD masih belum bersilang. Melihat pada pergerakan garisan, semestinya tidak lama lagi akan bersilang.
5) Kaunter ini semestinya perlu diberi perhatian kerana kemasukan volume pembelian yang berterusan sejak awal tahun ini sehingga kini.
6) Kaunter ini dilihat membuat base harga pada 0.330-0.340 selama beberapa hari lepas.
7) Para traders boleh tunggu harga melepasi MA20 untuk pembelian selamat atau risk-taker traders boleh buat pembelian pada harga terkini.
DATAPRP: Pembelian berisiko rendah1) Seperti tajuk yang diberi, pendapat saya kaunter ini berisiko rendah kerana harga telah mengalami penurunan. Jika dilihat pada idea terbitan saya yang lepas, kaunter ini saya pernah cadangkan ketika harga telah tinggi.
2) Salah satu sebabnya kerana kemasukan volume pembelian yang significant pada 14 Mac yang lepas disertai dengan kenaikan harga yang tinggi.
3) Dilihat pada sudut teknikal, kaunter ini telah bersilang indikator Stoch RSI pada hari ini pada paras 20, menandakan perubahan momentum pembelian yang bertambah.
4) Indikator MACD juga berada diatas 0, tetapi garisan MACD dan signalnya masih belum bersilang. Dilihat pada pergerakan garisannya semestinya tidak lama lagi bakal bersilang.
5) MA50 dan MA20 juga berada pada titik persilangan pada hari ini, jika candle ditutup tinggi, pasti akan ada kenaikan besar-besaran pada kemudian hari untuk kaunter ini.
6) Harga mencipta base baru pada 0.215 dan 0.220 selama 6 hari sejak 22 MAc lepas.
7) Bagi saya kaunter ini menarik dan berisiko rendah, dan akan lebih cantik jika melepasi dan tutup diatas 0.225.
GKENT: Nak naik tak lama lagi1) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana indikator Stoch RSI telah bersilang di atas paras 30 menunjukkan perubahan momentum pembelian.
2) Candle juga berada diatas mid bollinger band iaitu MA20, menunjukkan pembelian pada waktu ini adalah pembelian yang selamat.
3) Candle juga berada diatas MA20 dan MA50, trend jangka panjang dan sederhana dalam keadaan uptrend dan menaik.
4) Indikator MACD juga berada diatas paras 0, tetapi garisan signal dan MACD masih belum bersilang. Melihat pada gerakan garisan semestinya tidak lama lagi garisan pasti akan bersilang.
5) Keyakinan terhadap kaunter ini adalah baik, jika dilihat pada kemasukan volume pembelian yang besar sejak pertengahan Januari yang lepas dan minat pembelian berterusan sehingga hari ini.
6) Kaunter ini juga dilihat mencipta base baru pada harga 1.120-1.140.
7) Bagi saya kaunter ini menarik jika dapat melepasi dan tutup pada harga tertinggi terdekat pada 1.160.
7228 T7GLOBAL : Volume & Momentum Cantik? Perubahan trend singkat dan kemasukan momentum sejak 27 Mac lepas.
DIkukuhkan lagi dengan confirmation dan kemasukan momentum tinggi semalam.
Masukkan di dalam watchlist anda. Berkemungkinan akan terus mengekalkan momentum hari ini dan terus meningkat.
R2 :0.585
R1 : 0.550 (Perlu pecah bumbung R1 ini, untuk terus fly)
S1 : 0.495 (Pecah ini, berkemungkinan besar akan terus ke bawah)
S2 : 0.435
FA pun agak cantik.
terdapat Golden Cross pada carta Juu Bun no San yang kebiasaannya menunjukkan permulaan momentum yg kuat. Monitor.