Mac19
GDB - Gap up untuk kontrak baruGDB hari ini gap up selepas mengumumkan kontrak baru bernilai RM135Mil daripada TRC Synergy untuk mixed development pada Ara Damansara.
Harga masih lagi gagal untuk mengatasi rintangan pada 0.3, dan dijangkakan momentum pembelian seterusnya akan berlaku untuk mengatasi rintangan tersebut.
SMA200 terletak pada kawasan 0.31.
Overall, GDB masih lagi dalam keadaan fasa uptrend, selepas mencapai harga terendah 0.22 pada hujung tahun lalu.
SUPERCOMNET - Hampir menyempurnakan pennant patternSupercoment hampir menyempurnakan pennant pattern, dan masih lagi menunggu volume besar untuk menolak harga ke atas. Harga masih lagi berlegar pada area EMA50.
Stochastic nampak pada area oversold, dan peluang untuk mengumpul masi ada.
Kita tunggu harga break pennant untuk peluang entri seterusnya.
FRONTKEN - Hampir menghampiri rintanganFRONTKEN hari ini menunjukkan semula minat pembelian dan cuba untuk mengatasi rintangan kuat pada 0.98. Setakat ini masih lagi berada dalam mode consolidation.
Stochastic hampir ke area oversold dan RSI masih dalam keadaan neutral.
Harga masih lagi berada pada atas EMA50, dan peluang untuk entri untuk para traders jika harga berjaya mengatasi 0.98.
IWCITY - mula menunjukkan minat pembelian kembaliIWCITY mula menunjukkan rejection on lower price, dan lilin sedikit membentuk hammer. Harga telah rebound pada rintangan dan sokongan sebelumnya pada 0.67-0.68.
-Volume penjualan juga semakin sedikit.
-Stochastic juga pada oversold area, dan mula cross.
Teruskan monitor untuk peluang entri.
Overall - bagi key EMA50 dan SMA200 IWCITY masi lagi dalam keadaan uptrend
MRCB terus rally selepas break ascending triangleMRCB masih lagi menarik minat para pedagang selepas berjaya gap up melepasi rintangan terdekat pada 0.845 sekaligus break pada 'ascending triangle' pattern.
Harga juga masih lagi berada di atas long term UTL, dan key SMA/EMA juga masih menaik.
Volume tertinggi dicatatkan kelmarin setelah mencuba untuk mengatasi rintangan tertinggi 0.88 pada Ogos tahun lalu. Cubaan pembelian hari ini juga berjaya tutup hampir kepada rintangan, dan kita lihat sama ada berjaya untuk mengatasi rintangan tersebut.
RSI hampir mencecah kepada area overbought.
MIDF baru2 ini mensasarkan TP pada 0.9, dengan orderbook yang masih lagi tinggi pada RM21.8 Billion dan balance sheet yang masih sihat.. MRCB juga baru-baru ini memenangi kontrak bernilai RM323 juta untuk pembinaan lebuh raya SUKE. LRT3 juga dijangkakan akan bermula semula pada 2HFY19.
V.S juga rally selepas QRVSI hari ini telah mengatasi short DTL dan berjaya mengatasi rintangan sebelumnya pada 1.04-1.05. Uptrendline juga masih valid.
-koreksi pada minggu lalu, telah rebound pada 0.96 di tempat sokongan sebelumnya.
Pada 26Mac, VS juga telah mengumumkan QR2 FY19 dengan result yg kurang memuaskan.
VSI mencatatkan 14.2% Y.o.Y merosot dalam keuntungan bersih 2QFY19 kepada RM37.9 juta, daripada RM44.2 juta setahun yang lalu, disebabkan oleh sebab berikut;
i) kerugian bersih daripada anak syarikat China dan Indonesia,
ii) caj cukai yang lebih tinggi pada quarter tersebut
iii) kerugian bersih bersih sebanyak RM2.1 juta (berbanding keuntungan bersih RM10.4 juta dalam 1HFY18). Pendapatan juga berkurangan kepada RM2.06 bln, daripada RM2.19 bln pada tempoh yang sama sebelumnya,
Namun, daripada 3 para analis, masih menetapkan TP seterusnya pada 1.10 - 1.20, meramalkan FY19 & FY20 keuntungan bersih dan pendapatan sebahagian besarnya masih tidak berubah.
T7GLOBAL - membentuk descending triangle pattern dan BOT7GLOBAL hari ini telah membentuk 'descending triangle' paten dan telah breakout formation tersebut.
- Lilin juga hampir membentuk marubozu, menarik minat para traders selepas pattern BO
- Volume juga agak signifikan dan melepasi garisan average
- Lihat bagaimana pergerakan harga selepas stochastic telah mencapai pada oversold area
Pemangkin hari ini, 28 Mac, di mana T7G telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama Beijing Aerospace Yilian Science & Technology Development Co Ltd di mana mereka akan menghasilkan kejuruteraan ketepatan, pembuatan dan perdagangan produk, peralatan dan mesin semua jenis yang berkaitan dengan aeroangkasa pesawat. Perjanjian ini adalah 3 tahun daripada tarikh hari ini.
Follow up pembelian dijangkakan akan berlaku dan TP seterusnya pada aras 0.57 dan keatas. Dan berkemungkinan besar, dengan catalyst ini ia mampu untuk memecah harga tertinggi pada 0.585.
GDEX - Kini berada pada sokonganHarga GDEX hari ini suda berada pada sokongan krikital; iaitu
- Sokongan pada trendline, UTL
- Pada harga sokongan kuat sebelum ini, 0.33
- Juga pada sokongan untuk EMA50
- dalam area garis FiBo 50%, 0.325
Sama sama kita saksikan jika harga GDEX mampu untuk bertahan pada sokongan ini.
Daripada carta, ia tidak berupaya untuk membentuk higher low, sekaligus akan membentuk double top sekiranya sokongan pada 0.33 tidak dapat dipertahankan.
VSOLAR - Kini telah pecah trendlineVSOLAR pada hari ini telah break UTL, dan kita nantikan jika harga berjaya maintain atas SMA20.
Key EMA50 dan SMA200, masih lagi intact.
Jika melalui FiBo, next support adalah pada sokongan sebelumnya pada 0.195. Mungkin pada harga tersebut juga terdapat pada EMA50 nanti. Kita tunggu pergerakan harga seterusnya.
Telekom naik atau turun?Buat pertama kalinya TM patah trendline. Namun ianya masih lagi berada di atas garis Kijun. Ichimoku menyatakan ianya masih lagi bullish.
Namun dalam keadaan ini sebenarnya ia berada di persimpangan. Jadi adalah lebih selamat untuk tunggu dan lihat samaada ia akan masuk kembali ke atas trendline atau akan menuju ke sokongan seterusnya di 3.00.
Volume juga amat lemah untuk tolak TM masuk balik ke atas trendline.