eurnzd - fokus jualMari kita mencuba teknik berjualbeli menggunakan konsep channel.
Dan kita fokus kepada jual sahaja.
Berdasarkan channel ada dua kemungkinan harga akan terjadi,
1. menyentuh garisan atas channel - kita jual
2. Keluar daridapa channel melepasi garisan bawah channel,juga kita jual.
Mari kita lihat keputusan ini selepas seminggu.
Mac20
ACOSTEC: Bakal meneruskan kenaikan?1) Indicator stochastic telah bersilang dan mencpah ke atas pada aras 60 menandakan momentum build up dan minat belian bertambah bagi kaunter ini.
2) Indicator force index juga memberi petanda positif bagi pengukuran momentum.
3) Dari segi volume analysis, tiada penjualan besar dan penurunan harga besar yang berlaku setakat ini bagi kaunter ini.
4) Indicator Parabolic SAR juga telah bersilang ke bawah sejak 3 hari lepas menandakan perubahan trend kepada trend menaik.
5) Untuk jangka pendek, saya yakin kaunter akan melakukan kenaikan-kenaikan kecil bergantung kepada sentimen ekonomi semasa.
6) Untuk jangka sederhana, harga sekurang-kurangnya perlu melepasi MA20 dalam lingkungan harga 0.315-0.320 dan didagangkan diatas paras tersebut.
TRC: Paras kritikal untuk rebound atau jatuh lagi1) Paras terkini kaunter ini didagangkan adalah terendah sejak tahun 2015, dimana pada waktu tersebut harga telah mencecah paras tersebut dan melakukan rebound seterusnya perubahan trend, persoalan kini, adakah kaunter ini dapat melakukan rebound sama seperti pada Ogos 2015?
2) Dilihat pada volume analysis, agak kurang meyakinkan kerana penjualan yang besar berlaku pada 18 dan 19 Mac lepas dimana penjualan luar biasa tersebut melebihi average volume dagangan pada hari-hari lain untuk kaunter ini.
3) Jika tidak berlaku rebound, harga akan mengalami penurunan lagi dan mencari support baru, dimana dikhuatiri akan jatuh lebih banyak lagi.
4) Secara keseluruhan saya tidak yakin harga akan melakukan rebound pada minggu ini dan jika betul akan membuat rebound kemungkinan besar paling cepat pada minggu depan.
eurjpy -idea jualeurjpy berada dalam fasa sideway.
harga di jangka akan bermaindalam lingkungan channel menurun dan mungkin
mencapai titik harga pada garisan atas channel.
Jangkaan untuk jual sekiranya harga menyentuh zon jual di bahagian atas channel.
Sekiranya harga terus naik,kita boleh ambil kira ianya adalah permulaan trend menaik.
Kita akan tukar strategi untuk beli pula
BJCORP: Peluang terhidang1) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana kemasukan volume dan momentum pembelian selama 4 hari berturut-turut.
2) Dilihat pada time frame yang lebih kecil seperti 30minit, 1 jam dan 4 jam menunjukkan moving averages yang penting seperti MA20, MA50 kebanyakannya telah bersilang dan menunjukkan petanda positif.
3) Indicator Force Index untuk mengukur kekuatan momentum juga telah menunjukkan petanda positif.
4) Parabolic SAR juga hampir bersilang jika keesokan hari melakukan kenaikan lagi dan menandakan perubahan trend kepada trend menaik.
5) Jangka pendek jika harga melepasi harga 0.220 dan bertahan tidak turun daripada paras tersebut, saya yakin harga akan meneruskan kenaikan lagi.