Mac20
Bullish Engulfing pada AirAsia - 21/3/2020Air Asia masih melakukan trend menurun , tetapi bullish engulfing menunjuk satu reversal pattern di carta harian.
SIMEPLT: Berlaku kenaikan penutupan gap1) Dapat dilihat berlakunya gap down beberapa hari lepas dan kenaikan hari ini berlaku untuk menutup gap tersebut.
2) Kemasukan volume pembelian juga boleh dikira agak signifikan menandakan perubahan trend akan berlaku.
3) Disokong dengan harga terkini didagangkan diatas paras MA20 dan MA50.
4) Indicator Parabolic SAR juga telah bersilang kebawah menunjukkan permulaan perubahan trend menjadi trend menaik.
GBGAQRS: Di kawasan rebound1) Dilihat pada carta yang lebih besar, harga semasa merupakan kawasan berlakunya rebound sejak beberapa tahun lepas.
2) Secara jangka pendek, dapat dilihat candle membentuk inside candle dan peluang dagangan jangka pendek itu wujud.
3) Masih perlu berhati-hati kerana harga terkini masih didagangkan dibawah moving averages yang penting seperti MA20, MA50 dan MA200.
4) Jika rebound tidak berlaku, pasti harga akan mengalami penurunan yang lebih banyak lagi.
KLK: Penyerapan harga berlaku1) Paras terkini berlegar-legar selama beberapa hari diantara tertinggi 18.740 dan terendah 17.500 menunjukkan penyerapan harga berlaku dikawasan paras harga tersebut.
2) Dilihat berlakunya gap down beberapa hari lepas, secara teknikalnya akan berlaku kenaikan untuk menutup gap tersebut.
3) Paras terkini bagi jangka sederhana dan jangka panjang masih tidak menarik kerana didagangkan dibawah garisan moving penting iaitu MA20, MA50 dan MA200.
4) Semestinya bakal berlaku kenaikan jangka pendek untuk menutup gap, cuma selagi harga tidak melepasi garisan moving averages yang penting masih perlu berhati-hati.
TIMECOM: Berebut investor beli?1) Dalam 3 hari ini berlaku pembelian besar-besaran bagi saham syarikat ini dilihat pada volume pembelian yang besar berlaku.
2) Untuk jangka panjang dan sederhana masih belum menarik kerana didagangkan dibawah MA20, MA50 dan MA200.
3) Tetapi dilihat pada kemasukan volume yang besar selama 3 hari ini, semestinya para pelabur melakukan pembelian yang banyak dan mengumpul lagi saham ini.
4) Para retail investor/trader boleh watchlist kaunter ini untuk peluang dagangan di masa hadapan.
SCIB: Kawasan paras penting1) Industri construction, properties dan building materials antara industri yang terkesan apabila berlakunya kemelesetan ekonomi kerana kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan pembangunan.
2) Syarikat ini terlibat secara langsung dalam industri tersebut turut terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.
3) Secara teknikal, kaunter ini didagangkan dibawah garisan moving averages yang penting seperti MA20, MA50 dan MA200.
4) Dilihat pada catra yang lebih besar, paras semasa merupakan paras yang kritikal kerana menjadi support dan resistance pada beberapa tahun lepas.
5) Jika paras harga tidak berjaya rebound, semestinya akan berlaku kejatuhan yang lebih banyak lagi.
PENTA: Paras kritikal1) Paras harga terkini merupakan paras harga terendah bagi 52 minggu dan merupakan kawasan harga yang kritikal dimana pernah menjadi resistance dan support bagi wave harga untuk kaunter ini.
2) Volume analysis dapat dilihat tiada penjualan besar-besaran yang berlaku setakat ini dan merupakan petanda baik untuk berlakunya kenaikan harga.
3) Perlu berhati-hati kerana harga dagangan semasa masih didagangkan dibawah garisan moving averages yang penting iaitu MA20, MA50 dan MA200.
4) Jika kaunter ini tidak melakukan rebound, kemungkinan besar akan berlaku kejatuhan lagi.
PETGAS: Nampak cantik1) Garisan moving averages yang penting iaitu MA20,MA50 dan MA200 menunjukkan trend menurun bagi kaunter ini.
2) Dari segi volume analysis, masih tiada penjualan yang besar berlaku dan tiada candle penjualan yang signifikan.
3) Berlaku volume pembelian yang besar berlaku pada hari ini dengan kenaikan harga yang signifikan.
4) Secara keseluruhan kaunter ini menarik untuk trade jangka pendek kerana volume pembelian yang besar berlaku, kenaikan harga yang signifikan dan business model syarikat ini yang tidak begitu terkesan dengan sentimen ekonomi semasa.
GTRONIC: Hati-hati1) Jika dilihat, kaunter ini tidak pernah didagangkan kurang daripada kawasan support yang ditandakan tersebut.
2) Ada kemungkinan akan berlakunya rebound bagi kaunter ini.
3) Tetapi perlu diingatkan bahawa MA50 telah bersilang kebawah dengan MA200 menandakan trend menurun bagi jangka sederhana dan panjang.
4) Dari segi volume analysis, dapat juga dilihat spike candle volume yang menjual sejak pertengahan Februari lepas.
5) Kaunter ini masih menarik untuk dagangan jangka pendek kumungkinan berlakunya rebound tetapi masih perlu berhati-hati kerana dibawah garisan moving averages yang penting.
MI: Peluang jangka pendek1) Dari jangka sederhana dan panjang, kaunter ini masih didagangkan dibawah MA50 dan MA200 dan masih dikira trend menurun.
2) Tetapi dilihat pada volume analysis pula tiada penjualan besar-besaran yang berlaku setakat ini.
3) Harga terkini telah melakukan kenaikan daripada paras terendah sebelumnya.
4) Indicator stochastic juga telah bersilang dan mencapah keatas.
5) Boleh diperhatikan kaunter ini minggu depan, kerana momentum semasa masih rendah.
TOPGLOVE: Macam cantik1) Kaunter ini masih dianggap dalam trend menaik jika dilihat pada MA50 dan MA200 sebagai penanda aras dimana kedua-dua garisan ini dibawah candle terkini.
2) Daripada business model syarikat ini juga dikira mampan berdasarkan sentimen semasa dunia dan FA bagi syarikat ini juga baik.
3) Indikator stochastic juga telah bersilang dan mencapah keatas menunjukkan minat belian yang bertambah.
4) Dari segi volume analysis juga dapat dilihat kaunter ini tiada volume penjualan besar yang berlaku.
5) Secara keseluruhan kaunter ini menarik untuk didagangkan jangka pendek dan sederhana.