GRANFLO (Dua Pilihan Jalan)Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) GRANFLO dilihat uptrend sepanjang lima quarter berturut² pada Mei 2018 sehingga Mei 2019. Kemudian keuntungan dan hasil (revenue) menurun dan bergerak sideways. Pada quarter yang terbaru, GRANFLO telah mencipta keuntungan tertinggi. Keuntungan GRANFLO meningkat QoQ dan YoY. Walaupun begitu, hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -5.24% dan YoY sebanyak -26.27%.
- Dari sudut Teknikal, GRANFLO dilihat baru sahaja breakout bollinger squeeze.
- Kemudian, GRANFLO menurun tetapi volume penjualan tidak melebihi separuh volume pembelian sebelum ini.
- GRANFLO dilihat rebound di atas mid bb sebelum meneruskan kenaikan semula.
- Terkini, GRANFLO dilihat seperti ingin rebound sekali lagi apabila berada lama di paras harga RM 0.545.
- Dua signal berbeza ditunjukkan oleh MACD dan Stochastic RSI.
1) MACD cross down di atas paras 0 menunjukkan GRANFLO masih uptrend tetapi harga mungkin membuat correction terlebih dahulu. Mungkin harga akan pullback sehingga ke atas mid BB sebelum rebound semula.
2) Stochastic RSI cross up menunjukkan harga sedang reversal atau rebound.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Correction = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang terbentuk apabila harga mula merapat yang menyebabkan bollinger bands juga merapat.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Mac21
RLSyarikat carigali minyak. Syarikat ini mula mendapat rentak untuk pertumbuhan syarikat jika dilihat dari sudut TA dan juga FA.
Dengan keadaan pemulihan ekonomi harga minyak mentah juga memulih serta mendapat permintaan. Dengan keadaan terusan suez yang telah di halang oleh kapal, permintaan minyak di asia akan meningkat akan tetapi harga export makin murah kerana pasaran di US dipenuhi minyak kerana kesukaran export.
jftechnampak nya seperti ada support sekitar harga 1.25
dalam keadaan yang sideway sekarang ini, tidak pelik untuk volume juga berkurangan.
jika anda menggunakan indikator2, kebanyakan masih belum lagi memberi signal yang jelas.
perlu menunggu breakout sama ada ke atas atau kebawah sekarang ini untuk menentukan trend dimasa hadapan
BOILERMSaham ini mula menunjukkan tanda kelemahan untuk kenaikan. Walaupun begitu, pelabur boleh memerhatikan saham ini jika harga saham turun bawah paras 1.32 maka ianya petanda kelemahan buat saham ini. Jika berjaya melepasi 1.5 maka masih ada peluang untuk kenaikan. Untuk keadaan sekarang, saham ini sangat tinggi dengan risiko berbanding dengan ganjaran. Dinasihatkan untuk tidak membeli saham ini.
RL: Nak naik lagi1) Sejak 2 bulan lepas kaunter ini terus mencipta tertinggi yang baru, memecahkan rintangan sebelum ini.
2) Indikator MACD kelihatan bakal bersilang tidak lama lagi sebagai konfirmasi trend menaik.
3) Dilihat pada sejarah kaunter ini, berkali-kali rebound pada MA20 dimana MA20 ini boleh dianggap sebagai support yang kuat.
4) Secara keseluruhan kaunter ini didagangkan diatas MA20, MA50, MA100 dan MA200 dimana trend jangka sederhana dan jangka panjang dalam trend menaik.
5) Cadangan dagangan adalah buy on dip ketika kaunter melemah dan konfirmasi trend apabila kauter melakukan breakout tertinggi yang terdekat.
HSSEB: MA50 dan MA200 nak bersilang1) Kaunter ini menerima kemasukan volume yang agak banyak dibanding daripada biasa sejak sebulan lalu.
2) Apa yang menarik adalah titik persilangan MA50 dan MA200 bakal bersilang, jika dilihat sejarah kaunter ini, tiap persilangan penting akan ada kemasukan volume signifikan.
3) Ini juga boleh menandakan perubahan trend yang lebih ketara akan berlaku.
4) Cadangan dagangan tunggu harga turun di paras support dan buy on dip ketika kaunter melemah sebelum kaunter melakukan kenaikan lagi.
XIANLNG: Nak buat wave seterusnya1) Kaunter ini menarik perhatian kerana indikator-indikaotr utama memberikan indikaso positif terhadap kaunter ini.
2) Indikator stochastic telah bersilang dan mencapah keatas, minat belian juga kelihatan bertambah.
3) Indikator RSI juga berada di paras 55 momentum build up terhasil dan minat belian itu wujud.
4) Indikator MACD juga kelihatan bakal bersilang tidak lama lagi.
5) Cadangan dagangan adalah buy on dip ketika harga kaunter ini masih rendah dan kelihatan boleh naik lagi.
Mmccorp Bertahan di Paras Sokongan RM 1Mmccorp lantun di paras harga psikologi seringgit
Paras Sokongan : 1.00
Paras Rintangan : 1.22
Sektor : Pengangkutan & Logistik