Mac21
NWP 25/3/2021-Fake breakout, ada selling pressure. Gagal untuk closing dengan cantik.
-Boleh monitor bagi kaunter2 yang buat fake breakout dalam masa terdekat.
Soyabean oil: Selesai fasa penurunan dan bermula fasa kenaikanSebelum ini, SBO melalui fasa pembalikan ke bawah setelah tamat corak harmonik Gartley
Sekarang ini pula, ianya membentuk bullish Bat dan sedang dalam fasa kenaikan
Dapat dilihat target keuntungan pertama telah mengena
Sama-sama nantikan adakah ianya dapat naik dan mengena target keuntungan kedua pula
BTC (Berehat di Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)Bitcoin (BTC) masih di atas MA 50 menandakan BTC masih berada dalam keadaan uptrend. MA 50 ini boleh dijadikan dinamic support untuk BTC kerana BTC telah beberapa kali membuat pullback sehingga ke paras MA 50 sebelum rebound. Jika harga mampu rebound, BTC berpotensi naik melebihi RM 250,000.
Nota kaki:
* Dinamic support = Lantai harga dinamik.
* Pullback = Kejatuhan sementara sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas berlaku penurunan.
SEALINK: MA50 dan MA200 bersilang1) Persilangan MA50 dan MA200 yang merupakan moving averages yang penting menunjukkan pertukaran trend bakal berlaku, dimana permulaan trend menaik bakal bermula.
2) Indikator utama seperti MACD, RSI dan stochastic juga memberi indikasi positif terhadap kaunter ini.
3) Cadangan dagangan adalah tunggu kaunter melakukan breakout pada paras tertinggi terdekat iaitu 0.325 atau tunggu kaunter retrace sedikit untuk buy on dip.
4) Dilihat pada timeframe lebih besar juga, indikator utama menunjukkan indikasi positif pada kaunter ini.
ASIAPLY: Untuk swing ok1) Dilihat pada timeframe weekly, kaunter ini baru bersilang pada indikator MACD, menunjukkan kaunter bakal melakukan kenaikan lagi.
2) Kaunter ini perlu diberi perhatian kerana kemasukan volume luar biasa pada 15 Mac lepas disertai kenaikan harga yang baik.
3) Harga juga dilihat masih berlegar pada paras 0.340 ke 0.400 menunjukkan kaunter melakukan konsolidasi dan sideways sebelum melaqkukan kenaikan lagi.
4) Indikator utama seperti MACD, RSI dan stochastic juga memberi indikasi positif bagi kaunter ini.
5) Cadangan dagangan adalah tunggu kaunter melakukan breakout atau buy on dip apabila berlaku retracement.
NASDAQ (Kemanakah Arah Tuju Seterusnya?)Hari ni NASDAQ ditutup jauh lebih rendah berbanding harga ditutup semalam. Jika dilihat, pergerakan NASDAQ masih di dalam uptrend corridor tetapi ini merupakan kali kedua harga jatuh di bawah trend line dan kali keempat jatuh di bawah MA 50 sejak April 2020. NASDAQ baru-baru ini membuat resistance terbarunya pada paras harga USD 13,600. Harga turun kemudian naik semula tetapi harga tidak mampu melepasi rintangan ini. Berkemungkinan harga akan bergerak sideways dan menjadikan paras harga USD 12,500 sebagai support terbaru. Jika harga mampu melepasi rintangan USD 13,600, harga mampu meneruskan kenaikan di dalam uptrend corridor dan target rintangan seterusnya adalah pada paras harga USD 14,200.
SERBADKAntara syarikat yang mempunyai latar belakang asas yang kukuh. Untuk trend sekarang, serbadk masih lagi di dalam fasa sideways. Pengumpulan saham masih lagi dilakukan. Bila pemulihan ekonomi kelihatan laju dijangka saham ini bakal menaik sehingga RM2.5