Mac21
MNRB: Stochastic melantai1)Kaunter ini baru memulakan wave pertama baru-baru ini, dan sekarang dalam fasa retracement dan bakal memulakan fasa kenaikan semula.
2)Dilihat RSI berada di paras 65 menunjukkan kaunter masih mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan kenaikan lagi.
3)Stochatic juga telah melantai, dan telah bersilang sedikit menandakan peluang upside kenaikan yang banyak boleh berlaku.
4)Cadangan dagangan pembelian adalah tunggu sehingga stochastic melepasi paras oversold dan disertai volume pembelian yang kuat sebelum kaunter meneruskan kenaikan lagi.
IBHD : Morubozu + Kenaikan VolumKombo DWM TF Bullish signal. CS Morubozu dengan KenAikan Vol yang tinggi drpd hari2 sebelumnya (VO).
Dijangka akan mencuba untuk menembusi rintangan kuat pada harga 0,34 sekali lagi. Sekiranya tidak berjaya, akan mencari harga sokongan terdekat 0.31.
Rintangan seterusnya pada harga 0,34 dan 0,37
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO ANDA SENDIRI
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih
***
DWM - Daily, Weekly, Monthly
VO - Volume Overtake
macpieboleh dikatakan kaunter ni dah buang habis.
naik dalam masa singkat, turun pun dalam masa singkat.
candle shooting star itu sudah mencukupi memberi signal kenaikan tidak kuat.
DRBHCOM: MA50 dan MA200 bakal bersilang1)Kaunter ini berada didalam fasa pengumpulan dan sideways agak lama.
2)Kehadiran volume pembelian lebih tinggi daripada average sebelum ini, menunjukkan minat belian yang semakin bertambah bagi kaunter ini.
3)Kaunter ini menarik perhatian kerana percubaan untuk bertahan pada paras semasa dan minat belian yang bertambah.
4)Cadangan dagangan adalah pembelian buy at support selepas kaunter melepasi downtrend line disusuli dengan volume pembelian yang mantap.
SIGN: Kaunter bagus jangan dilupakan1)Kaunter in macam tak lama dah tu sebelum menruskan kenaikan lagi.
2)Indikator MACD masih death cross dan volatility harga makin mengecil sebelum kaunter akan naik lagi.
3)Stochastic juga masih bersilang kebawah dan bakal ke paras oversold menunjukkan volume jualan turut makin mengecil.
4)Dilihat pada RSI kaunter ini di paras 70 momentum kuat masih wujud dalam kaunter ini sebelum menruskan kenaikan lagi.
5)Cadangan dagangan adalah tunggu harga di paras support dengan risiko rendah dan cut loss yang ketat sebelum kaunter meneruskan kenaikan lagi.
Jangka Masa PanjangECOWLD sebenarnya jika dilihat mempunyai masa depan yang agak cerah namun perlu kembali didagangkan di atas garisan downtrend seperti yang dilukis di dalam carta untuk mengesahkan penukaran trend. Ketika ini kita lihat kaunter ini sedang cuba bertahan di paras SBR dan berkemungkinan bocor sedikit untuk menyiapkan tapak yang kukuh. Pemulihan sektor pembangunan pada tahun ini dan tahun hadapan akan menjadi kayu ukur bagi kaunter di dalam sektor ini.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan Pembelajaran
Harapan Menembusi AwanMAHSING dilihat agak cantik dengan berlakunya persilangan antara MA20 dan MA50. Hala tuju kaunter ini jelas akan ke atas sekiranya berjaya melepasi awan ichimoku. Volume hari ini juga menunjukkan petanda positif kerana melebihi moving average. Harga sekarang juga dilihat berada di kawasan paras sokongan untuk melakukan entry dan MA20 juga sesuai untuk dijadikan paras sokongan. Pada pendapat saya, ianya mungkin akan menuju ke paras rintangan seperti ditunjukkan di dalam carta. Indikator stochastic dan MACD menunjukkan ada minat belian yang baik bagi kaunter ini.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
TEXCHEM: Mendatar dahulu sebelum melakukan kenaikan lagi1)Kaunter ini baru memulakan fasa kenaikan baru setelah agak lama dalam fasa sideways dan pengumpulan.
2)Indikator MACD masih death cross dan bersilang kebawah menunjukkan trend masih melemah.
3)Stochastic juga berada di paras oversold dan telah bersilang dari bawah menandakan peluang upside yang tinggi wujud bagi kaunter ini.
4)Indikator RSI pula di paras 55 momentum build up masih wujud dan smart money masih mengumpul di kawasan harga tersebut.
5)Cadangan dagangan adalah buy at support ketika harga melemah dan mencari support baru sebelum rebound dan meneruskan kenaikan lagi.
GBGAQRS: Dagangan jangka pendek sahaja1)Kaunter ini didagangkan dibawah MA100 dan MA200 trend jangka panjang masih bersifat downtrend.
2)MA50 dan MA200 masih belum bersilang menunjukkan kaunter ini belum mempunyai trend kenaikan yang kuat.
3)Tetapi kaunter ini masih boleh dilihat kerana terdapat minat belian dan kemasukan volume yang besar dalam kaunter ini.
4)Indikator stochastic telah bersilang dan mencapah ke atas menunjukkan minat belian semakin bertambah.
5)RSI pula diparas 50 menandakan momentum masih ada bagi kaunter ini serta smart money masih mengumpul dalam kaunter ini.
6)Cadangan dagangan adalah tunggu kaunter ini di support dengan cut loss yang ketat, sebelum kaunter meneruskan kenaikan lagi.