Mac21
MALTON (Memulakan Marathon?)Sektor:
- Property
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, secara keseluruhan, dilihat keuntungan MALTON bergerak downtrend manakala hasil (revenue) MALTON bergerak sideways. Walaubagaimanapun, keuntungan dan hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -69.08%
- Dari sudut Teknikal, MALTON dilihat beberapa kali rebound di atas MA 200.
- MALTON juga sebelum ini dilihat membuat bullish engulfing tetapi harga hanya mampu menaik sekejap sahaja sebelum meneruskan penurunan semula.
- Terkini, MALTON sekali lagi membuat bullish engulfing setelah menerima tekanan jualan 5 hari berturut² sebelumnya.
- Adakah harga mampu rebound atau harga rebound sementara sahaja seperti sebelum ini?
- Jika harga mampu bertahan di atas support 1, MALTON berpotensi mencapai resistance RM 0.600.
- Jika harga tidak mampu bertahan dan jatuh di bawah paras support 1 maka support seterusnya adalah pada paras RM 0.460.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* Bullish Engulfing = Body candle hijau menelan body merah sebelumnya. Keadaan dimana harga dibuka lebih rendah daripada harga ditutup semalam dan harga ditutup lebih tinggi daripada hari dibuka semalam. Kebiasaanya harga akan menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.