HIAPTEK : Signal Pembelian MACD1. Kaunter ini masih dalam uptrend kerana harga berada atas MA200
2. Selepas kenaikan yang tinggi, harga membuat pullback dan seterusnya membuat rebound pada MA50
3. Jika nak entry boleh tunggu signal buy daripada indikator MACD iaitu line biru bersilang ke atas line merah
4. Target price adalah pada resistance 1.
Macdcross
Entry Kaunter Yongtai1. Jika dilihat pada keseluruhan atau timeframe yang lagi besar, kaunter ini sedang membuat comeback setelah turun pada paras yang paling rendah pada bulan Mac 2020.
2. Harga sekarang boleh dikatakan dalam uptrend kerana telah mencipta high yang baru dengan kemasukan volume yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.Ini menunjukkan minat belian daripada "pelabur baru" setelah pelabur lama melepaskan pegangannya terhadap kaunter ini.
3. Harga juga berjaya memecahkan dan berada atas MA200. Ini menunjukkan uptrend untuk jangka masa panjang. Seterusnya menjadi support yang kerana berjaya untuk bertahan di atas MA200.
4. Harga pada masa sekarang sedang mengalami correction. Jadi jangan entry lagi..tunggu sehingga correction selesai.
5. Sekarang harga bermain-main di area fibonacci 50.0%-61.8%. Jadi tunggu sehinga muncul confirmation candle.
6. atau boleh gunakan indikator MACD, pastikan garisan biru cross ke atas garisan merah(signal buy MACD)