SYSCORP (Percubaan Keluar daripada Segitiga)Sektor:
- Transportation & Logistics, Marine Operation & Chartering, Container Ship Owner, Trading & Services
Idea analisis:
- SYSCORP masih berada atas uptrend line.
- Kemudian SYSCORP membuat bullish symmetrical triangle dan cuba untuk memecahkannya.
- Adakah SYSYCORP dikira berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle ini sepenuhnya?
- Boleh tunggu confirmation pada hari berikutnya.
Idea trading plan:
- Entry jika SYSCORP dapat keluar daripada bullish symmetrical triangle atau;
- Entry berdekatan support 0.280 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.350 dengan volume lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'turun' di bawah support 0.280.
- TP jika harga menyentuh resistance 1 @ resistance 2.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
* Untuk info tentang pattern triangle, boleh klik di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
MARINE
BUMI ARMADA - masih kekal downtrendBUMI ARMADA baru2 ini telah mencecah rekod harga terendah pada aras 0.11 pada 19 Mac lalu dan kini dalam cubaan untuk rebound semula.
Harga juga membentuk rintangan baru pada aras 0.195
Keseluruhan trend masih lagi bearish, dan pergerakan harga masih berkait rapat dengan harga minyak mentah dunia
Monitor jika harga mampu untuk bertahan pada atas ATL untuk tujuan pengumpulan.
DAYANG - tunggu jika mampu membuat pantulanDAYANG, masih lagi belum nampak untuk koreksi berakhir namun menghampiri sokongan terdekat pada 1.25
Dijangka untuk harga berlegar pada aras tersebut sebelum meneruskan kenaikkan. Tujuan carta juga berkait rapat dengan tujuan harga minyak mentah dunia
Rintangan terbentuk pada aras 1.45
Ada apa dengan PERDANAPerdana telah membentuk sokongan harga pada 0.39, sekaligus pada hari ini cuba untuk memecahkan 'triangle pattern'. Kita tunggu volume seterusnya.
Jika berjaya tutup atas 0.42 hari ini, dijangkakan harga akan terus rally ke atas.
Key MA masih lagi cantik, dan harga masih lagi belum tutup d bawah SMA20.
Juga kedua2 RSI dan Stoch masi lagi netural dan belum overbought.
Catalyst terdekat, telah mendapat kontrak untuk membekalkan kapal kerja penginapan, AWB kepada Dayang sebanyak RM 17.7Mil pada minggu lalu.. Juga dinyatakan Dayang (DESB) adalah pemegang saham tertinggi bagi anak syarikat Perdana (PNSB). So, bole dikaitkan jika harga Dayang rally, juga Perdana mungkin juga akan follow.
Sama2 kita saksikan.