Analis kajian potensi PERTAMASektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Digital Service
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- PERTAMA sudah keluar daripada fasa accumulation ke fasa markup setelah melakukan breakout.
- Fasa Accumulation Pertama mengambil masa 298 hari iaitu suatu tempoh masa yang lama.
- PERTAMA juga dilihat melakukan retracement setelah melakukan breakout.
- Jika dilihat pada jumlah volume, Kita boleh melihat kadar volume belian menguasai kadar volume jualan.
- Indikator RSI juga belum menunjukkan tanda untuk pulih. Namun , RSI berada di atas paras 50 yang membawa maksud momentum masih kuat untuk kembali pulih untuk meneruskan kenaikkan.
- Jika dilihat pada carta, PERTAMA perlu memecahkan paras harga 0.52 untuk kembali meneruskan kenaikkan.
Highlight
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:
Highlight
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Marketstructure
Mencari bias/trend dari Daily TimeframeTatacara saya trading, seperti tatacara orang lain, adalah menetapkan bias dari timeframe yang besar. Timeframe yang saya gunakan untuk intraday direction adalah bias yang saya tetapkan berdasarkan apa carta di Daily timeframe memberitahu saya
Ini adalah salah satu daripada beberapa perkara yang menetapkan bias saya bagi mana-mana aset : struktur price action.
Bagi contoh carta, pada masa ini, saya bearish perak ( silver ) dari sudut teknikal. Selagi level yang saya tanda didalam carta (struktur bearish ) belum dipecah, saya akan maintain bias saya. Jika ianya pecah, saya akan ubah bias saya dari strong bearish kepada cautious bearish atau neutral sebab kadang-kadang level struktur adalah tempat selalu diserang oleh institutsi untuk mencari liquidity
Kajian Struktur Pasaran Bagi Kaunter Bursa Malaysia (Bahagian 1)Dalam kajian ini, saya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari tutorial bersiri How To Read Structure (Charts) Tutorial oleh Alec40 terhadap kaunter-kaunter pilihan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Kajian ini bersifat peribadi tetapi mungkin dapat membantu anda dalam memahami ilmu market structure bagi kaunter Bursa Malaysia.
Untuk mengelakkan pengaruh dari anasir-anasir yang tidak berkaitan, saya tidak menggunakan apa-apa indikator dalam kajian ini, termasuk volume. Namun, tiada masalah jika anda ingin menggunakan indicator (kecuali jika anda mahu kelihatan cool dengan menggelar diri sebagai naked chart trader).
Beberapa prinsip/disiplin (dipetik dari tutorial Alec40) yang saya praktikkan untuk kajian ini ialah:
1) Higher high dan higher low (lower high dan lower low) mesti terbentuk secara berturutan bagi menandakan uptrend (downtrend)
2) Sekiranya pergerakan harga tidak stabil (sekejap higher low sekejap lower high dsb.), kita menganggap range trading atau minor sideways sedang berlaku.
3) Apabila harga menembusi mana-mana high atau low yang terakhir, barulah trend sekarang dapat ditentukan.
4) Nama high dan low mesti diambil secara literal.
Kajian ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Jika anda sukakan kajian ini, sila like supaya saya dapat menghasilkan lebih banyak kajian dalam setiap post (buat masa ini terhad kepada satu kajian sahaja)