MASTEEL Cuba untuk Bangkit1. MASTEEL pada corak carta telah berada pada sideway sejak akhir November dan semalam dilihat ada minat belian yang tinggi.
2. Minat belian yang tinggi mencetuskan isyarat EP oleh indi OSEM, boleh perhatikan.
3. Petunjuk SMI juga menunjukkan ada bullish divergent dan garis SMI menunjukkan pergerakan keatas melepasi kawasan neutral.
4. Petunjuk lilin juga menandakan corak candle engulfing.
5. Sektor besi dilihat paling HOT untuk jangka pendek dan sederahana.
Kawasan masuk: 0.295 - 0.310
Ambil untung: 0.34
Potong Rugi: 0.285
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
Masteel
MASTEEL dalam Sektor Besi yang sedang di Gelombang besar LIMASektor : Besi (Metal) Produk industri & bahan binaan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang besar lima & akan memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
MASTEEL : Retrace 38.2%1. Jika di tarik menggunakan fibonacci retracement, harga sekarang berada pada area 38.2 % untuk rebound.
2. Terdapat candle hammer/hanging man. Ini merupakan satu signal pembelian kerana harga akan berlaku reversal.
3. Target TP kebiasaannya pada resistance tertinggi atau pada 161.8%.
5098 MASTEEL : KE MANA ARAH TUJU? Volatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 24%
Volume tertinggi pernah dicapai : 60.13 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.525
Harga Terendah 30 Hari : 0.715
Ditutup pada 0.590 pada 11 Mac 12.30PM. Buy rate sekitar 69%. Terdapat peningkatan volume berbanding hari sebelumnya walaupun hanya separuh masa pertama. Minat pelabur terhadap stock menurun.
Terdapat Resistance dan Support yang kuat dapat dikenal pasti berdasarkan sejarah harga sebelumnya.
R-1 : 0.700
S-1 : 0.500
Harga dijangka akan terus naik mendadak jika mampu melepasi 0.700.
Jika harga mampu kekal di atas 0.700 dan membuat 'new high', berkemungkinan harga untuk kekal uptrend sangat tinggi.
Tetapi jika support 0.500 pecah, berkemungkinan harga susah untuk naik semula.
Masteel - Bullish pattern masih adaDilihat pergerakan garis indicator EMA7,EMA21 dan EMA50 telah berada di susunan yang cantik.. EMA7 berada di atas EMA21 dan EMA50 berada di bawah kedua-dua indicator tersebut. Ini menunjukkan kaunter ini kembali berada di Paras Sokongan terkuat dan boleh memulakan momentum kenaikan jika minat belian pelabur kembali meningkat. Kaunter ini perlu diberikan perhatian oleh pelabur kerana sokongan indicator RSI dan MACD juga menunjukkan potensi positif untuk melakukan kenaikan.
Paras sokongan yang perlu diberi perhatian ialah : 0.60 iaitu harga sokongan yang kuat dan perlu kuat berada di atas paras ini untuk melakukan pergerakkan positif.
Jika belian pelabur meningkat halangan yang perlu ditempuhi ialah :0.670 dan jika halangan tersebut dapat diatasi halangan yang seterusnya adalah di 0.750
#Sekadar pembelajaran
#Bukan Sell atau Buy call
#Sekadar Coretan Carta
MASTEEL : 4 Fasa Pasaran1. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter ini, sebelum ini kaunter ini berada dalam keadaan sideways
2. Dalam market stages, ada 4 fasa iaitu fasa 1(accumulation), fasa 2(mark up),fasa 3(distribution) dan fasa 4(mark down).
3. Kaunter ini sekarang dalam fasa 2 iaitu uptrend setelah harga berada atas MA20,MA50 dan MA200.
4. Masih boleh entry kaunter ini kerana belum ada signal distribution pada volume.Jika masuk fasa 3/distribution boleh terus jual.
5. Boleh hold selagi harga tidak pecah support MA50 atau support horizontal.
MASTEEL test life line EMA50, mampukah breakout life line?Kaunter MASTEEL membuat kenaikan yang kuat pada Jumaat lepas. Kenaikan tersebut telah melepasi high tertinggi dalam sebulan. Namun, kaunter ini masih test garisan life line EMA50. Adakah Isnin akan breakout life line dan membuat kenaikan lagi? sama-sama kita saksikan...
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
MASTEEL hit potensi targetSaham MASTEEL kami telah kongsikan pada 19/7/2018 ketika harganya 0.670, hari ini saham ini telah berjaya hit potensi target kami iaitu pada harga 0.745. TAHNIAH kepada sesiapa yang mengikutinya. MASTEEL exdate untuk dividen pada 27/7/2018, selepas ini dijangka saham ini akan turun dahulu sebelum meneruskan kenaikan. Terima kasih.