MENANG (1694) : Teruskan kemenangan jika...MYX:MENANG kaunter Pemaju Hartanah/Kewangan masih dalam fasa sideway.
1. Akan meneruskan kenaikan jika memecahkan rintangan sideway pada 0.625 dan menguji 0.655.
2. MACD dan Stochastic dah oversold. Minat jualan sudah nipis. Pantau minat belian pada 4 Dis 2020.
3. Lantai terdekat : 0.580/0.555
4. ATH : 0.740. (ada potensi pecah ni)
#tujuan pembelajaran sahaja.
MENANG
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?) - Part 2Sektor:
Property
Idea analisis:
- Kaunter bergerak sideway dan cuba memecahkan trend line beberapa kali.
- MACD hampir cross up tapi keesokannya MACD membuat 'u-turn'. (Tidak jadi cross up)
- Harga tutup dibawah EMA 7.
- EMA 7 menunduk kebawah. Adakah EMA 7 akan cross down EMA 21?
- Adakah MENANG akan sideway selepas break trend line atau terus jatuh?
- Adakah MENANG akan membuat comeback dengan candle reversal?
Idea trading plan:
- Amat berisiko untuk entry.
- Entry berhampiran trend line dengan syarat harga tutup di atas 0.625 atau;
- Tunggu MACD cross up dengan syarat di atas paras 0.
- CL sekarang atau;
- Tunggu harga close di bawah trend line atau;
- Tunggu MACD turun di bawah paras 0 atau;
- Tunggu EMA 7 cross down EMA 21 atau;
- CL dibawah paras support 0.565.
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?)Sektor:
Property
Idea analisis:
- Merupakan kaunter higher high higher low (HH HL) yang cantik.
- Apakah HH HL? Bahasa mudah adalah harga pada paras tinggi terkini lebih tinggi daripada paras tinggi sebelum. Harga pada paras rendah terkini lebih tinggi daripada paras rendah sebelum. Kaunter yang sentiasa mencipta 'new high'. Boleh lihat pada line yang berwarna oren pada carta (penurunan yang berlaku tidak teruk sehingga jatuh ke bawah line oren sebelumnya).
- MACD berada di atas paras 0 dan hampir melakukan cross up.
- Walaubagaimanapun, uptrend line bertukar menjadi semakin landai.
- MACD juga memberi petunjuk bahawa harga akan jatuh kerana berlaku bearish divergence (MACD menurun, harga meningkat).
- Harga cuba berkali² untuk memecahkan resistance tetapi belum berjaya.
- Adakah kekuatan uptrend MENANG ini dapat melawan bearish divergence?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Breakout entry diatas 0.625.
- CL apabila harga menjejak ke bawah paras trend line kerana mungkin akan jatuh dengan lajunya atau;
- CL jika turun di bawah paras support 0.565.