MINDA- Harga Masuk 0.125MYX:MINDA
Selepas beberapa hari ,kaunter MINDA membuat kenaikan , pada hari ini 15/3/2023. Telah keluar satu indikator yang mengesahkan bahawa kaunter minda masih mempunyai daya untuk naik .
Dengan harga lantai yang kukuh iaitu pada harga RM0.11 dan RM 0.095. Harga rintangan untuk kaunter ini adalah pada RM 0.13 dan RM 0.15 yang bersesuaian sebagai kaunter Penny.
Minda
MINDAMYX:MINDA
Gap Dibawah harga semasa
Tiada
Gap Di atas harga semasa
0.06-0.065, 0.07-0.075, 0.135-0.14, 0.185-0.19, 0.215-0.22,0.275-0.28, 0.335-0.34, 0.345-0.35, 0.375-0.39, 0.415-0.42, 0.48-0.525, 0.555-0.57, 0.61-0.615, 0.64-0.65, 0.655-0.66, 0.695-0.705, 0.775-0.78, 0.785-0.79, 0.935-1.06, 1.15-1.16, 1.36-1.37, 1.47-1.53, 1.70-1.73, 1.80-1.84, 1.88-1.91, 2.11-2.12, 2.16-2.17, 2.25-2.27, 2.29-2.33, 2.37-2.38, 3.70-3.78, 3.84-3.85, 3.92-3.93, 4.01-4.02, 4.03-4.08, 4.10-4.17, 4.18-4.23, 4.245-4.25.
Kaunter MYX:MINDA Stochastic berada berdekatan di atas 50 dan RSI berada diatas 50.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
MINDA: Pertukaran trend?Pergerakan harga nampak stabil dan konsisten, persilangan trendline menandakan paras support terkuat terkini. Garisan EMA semua semakin rapat menandakan paras resistance yang hampir sama. Adakah kita akan dapat lihat pertukaran trendnya nanti:
Support: 0.130
R1: 0.150
R2: 0.160
MINDA: Berada di TrendlineSektor: Saham Penny, Perkhidmatan Pengguna, Produk & Perkhidmatan Pengguna, Pendidikan
Analisis Fundamental
- MINDA merupakan syarikat yang sentiasa rugi setiap kali keluar laporan suku tahunan. Namun QR4FY20 dan QR1FY21 mula mencatatkan keuntungan,
- Indicator Isaham menyebutkan bahawa saham ini sangat mudah untuk dimanipulasikan.
Ini bermaksud perlu lebih berhati-hati dan jangan trade saham sebegini jika tidak reti cut loss. Sayangi duit anda.
Analisis Teknikal
1. Sedang berada di garisan trendline.
2. Sedang bertahan di sokongan dinamik MA 50. Menandakan masih dalam uptrend.
3. MACD belum membuat golden cross lagi. Namun masih berada di paras positif.
4. RSI melebihi 50 menandakan MINDA masih mempunyai momentum.
5. Telah melakukan kenaikan lebih 130% setelah melakukan breakout fasa sideway.
Saham penny ini amat berbahaya untuk trade jika tidak berhati-hati.
Untuk saham sebegini perlu adanya disiplin dalam aset allocation dan risk management yang ketat.
Jaga cutloss anda sebaiknya. Keuntungan satu bid sangat menarik namun jika jatuh satu bid pun boleh menguji jantung, sebaiknya elakkan.
Jangan ambil risiko untuk rugi melebihi 2% daripada jumlah modal kita untuk saham penny.
Bawa mentaliti 'aku membeli untuk rugi dalam saham ini.'
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukan saranan belian atau jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
MINDA (Muncul 3 Petanda Pembalikan)Sektor :
- Consumer Products & Services, Education.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Dalam 12 quarters terkini, MINDA mencatatkan kerugian berturut² tetapi kerugian dapat diminimakan sehingga mencatatkan kenaikan YoY sebanyak 74.57%.
- Hasil (revenue) YoY pula menyusut sebanyak -7.79%.
~ Teknikal ~
- MINDA masih di atas MA 50 menunjukkan harga masih uptrend untuk mid term.
- Terkini, selepas melakukan kenaikan, MINDA membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dengan menunjukkan 3 petanda rebound:
1) Candle berbentuk morning doji star.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan harga mula rebound di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G.
- Jika harga mampu bertahan di atas MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 0.190.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-
kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.