ALAM kuat nak ke alam angkasaKetika catatan idea ini ditulis, ALAM sudah melintasi EMA50 dan menuju EMA200 yang sangat hampir.
Ada kebarangkalian kuat untuk berlakunya persilangan emas antara EMA50 dengan EMA200 dan ia akan memecahkan DTL setahun.
Pada saya, ianya masih undervalue, cuma bergantung kuat pada harga pasaran minyak dunia. Maka perlu perhatikan jika tidak boleh ke alam berzakh.
Swing Long.
EP pada harga terkini, Support dan TP mengikut garisan.
Ini adalah tujuan pembelajaran, bukannya buy call. Semoga kita semua berjaya. InsyaAllah.
Minyakmentah
BRENT OIL- Minyak mentah dan kenaikan jangka masa pendek1. Minyak mentah brent berdagang pada paras 75 USD/Barrel.
2. Harga Minyak mentah dijangka berdagan dengan harga lebih tinggi kerana harga pasaran masa hadapan untuk Minyak mentah didagangkan tinggi.
3. Faktor geopolitical seperti sekatan Iran dan juga perang dagangan antara US dan China menyebabkan effek kenaikan harga Minyak mentah.
4. Arab Saudi dan negara OPEC boleh mempunyai keupayaan untuk merendahkan lagi pengeluaran minyak. mereka boleh mengawal juga pengeluaran minyak secara besar besaran kerena kos pengeluaran mereka sangat rendah berbanding negara-negara pengeluar minyak lain.
5. Harga emas masa hadapan menunjukkan keadaan masih lagi dalam fasa kebawah.
6. Faktor lain masih menunjukkan keadaan ekonomi masih lagi dalam fasa expansion tapi dalam masa yang sangat singkat.
Technical Analysis
1. Harga menghampiri paras pemecahan pada awan ichimoku.
2. Awan semakin menipis menunjukkan kebarangkalian harga yang tinggi.
3. Paras rintangan adalah sekitar 76-77 USD/barrel.
Pandangan saya mengenai Kaunter-kaunter minyak di dalam pasaran Bursa Malaysia.
1. Perubahan kaunter-kaunter minyak sangat berkait rapat dengan harga minyak dunia
2. Apabila harga minyak naik kebanyakkan saham minyak akan naik dan begitu sebaliknya.
3. Sektor yang harus di perhatikan adalah UPSTREAM dan juga downstream. Untuk Syarikat pembuatan kapal atau yard akan mengambil masa lebih banyak untuk menaik
4. Kaunter yang popular adalah seperti SAPRNG, HIBISCUS, DIALOG, PETDAG, PETCHEM, UZMA dan lain-lain.
Ada beberapa sebab mengapa saya mengambil kira harga Brent-Oil berbanding Crude Oil US. Sila tinggalkan komen untuk mengetahui lebih lanjut