MRDIY
MRDIY di jangka akan memecahkan harga tertinggi ATHSektor : Pengguna Produk
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan subkecil 2 yang membentuk corak Rata berlanjutan ( Flat Expanded ABC ) tempoh yang panjang telah berakhir dan terdapat momentum yang baru serta telah memulakan pergerakan bagi gelombang Subkecil tiga di tahap fibo 100% untuk sasaran jangkamasa pendek serta akan memecahkan harga tertinggi nya
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 618% & 71.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
NAK KE MANA MRDIY?Anda boleh melihat garisan lurus yang panjang daripada bawah sehingga ke atas. Sekurang-kurangnya terdapat 2 kali lantunan apabila candle menyentuh support trendline .
Kini saham MRDIY sedang berada di trendline support.
Antara kata-kata yang masyhur dalam dunia saham adalah ' history repeat itself '. Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Antara setup trading plan yang menarik adalah apabila semakin kurang risiko yang kita akan tanggung.
Dari sudut FA , MRDIY antara saham recovery sector yang berpotensi. Kita sendiri dapat lihat bagaimana harga IPO rm1.5 tetapi telah mencapai RM4.385 pada paras ATH yang lepas. Bak kata sifu saya Cikgu Najib Fazail 'terdapat cerita dalam setiap kenaikan harga saham'.
Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/ entry price (EP), di mana mahu keluar/ take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
MRDIY (Masih Berbisa)Sektor:
- Retailers.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MRDIY merupakan syarikat yang membuat keuntungan dan revenue (hasil) juga positif.
- MRDIY juga baru² ini memberikan dividen sebanyak 0.73 sen seunit pada 17 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, MRDIY masih berada di dalam uptrend corridor.
- Ketika di dalam uptrend corridor, MRDIY telah membuat accumulation sebelum BAP dan meneruskan kenaikan.
- Kemudian kelihatan MRDIY sekali lagi bergerak sideways setelah menyentuh trend line atas.
- Adakah ini merupakan fasa re-accumulation atau fasa distribution MRDIY?
- Jika mengikut indikator Stoch RSI, kemungkinan MRDIY akan membuat reversal tetapi adakah reversal ini merupakan titik permulaan MRDIY meneruskan kenaikan dengan lebih tinggi atau sekadar kenaikan sementara?
Nota kaki:
* BAP = Break Accumulation Phase.
* Accumulation phase = Bergerak sideways sebelum meneruskan kenaikan.
* Distribution phase = Bergerak sideways sebelum meneruskan penurunan.
* Reversal = Harga membuat pembalikan.
* Cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MR DIY Jelas Impulsive wave, MRDIY berkemungkinan berakhir setelah harga mencecah paras tertinggi RM3.24 baru-baru ini. Harga pada pandangan kami berada pada tahap pembetulan awal setelah turun di bawah garis arah aliran utama semalam. Sekiranya kita betul, kenaikan akan terhad atau terhad dan kita menjangkakan harga akan turun lebih rendah ke tahap sokongan segera 2.73.
MR DIY (Contoh Terbaik Kaunter Higher High Higher Low)Apakah higher high higher low. Secara asasnya Higher High Higher Low (HH HL) adalah kaunter yang mencipta harga tinggi yang lebih tinggi daripada sebelumnya (higher high). Kemudian jika menurun, ia membuat harga rendah yang lebih tinggi daripada sebelumnya (higher low).
MR DIY dapat memberikan contoh terbaik untuk ini.
Analisis ini hanya bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja dan untuk memberi kefahaman tentang terma dalam saham terutama terma yang dibincangkan ini iaitu 'Higher High Higher Low'.