Myeg
MYEG Menunggangi Gelombang ke-LimaMYEG dilihat menarik berada pada gelombang kelima. Petunjuk OSC menunjukkan masih boleh tahan kaunter ini jika sudah masuk. Petunjukkan SMI dilihat kurang menarik kerana jualan yang tinggi dari pedagang. Jika ia boleh memecah paras 1.105, ia akan meneruskan kenaikan sampai penghujung gelombang kelima. Boleh diperhatikan.
Kawasan masuk: 1.09 - 1.10
Ambil untung: 1.28
Potong Rugi: 1.04
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
MYEG Melayari Gelombang ke Lima dengan BaikMYEG Menurut corak carta masih baik dan sedang membuat paras sokongan yang baru. Petunjuk SMI juga baru sahaja melantun menunjukkan minat belian mula masuk. Pastikan paras sokongan 1.010 tidak ditembusi dan boleh target 1.09 untuk jangka masa singkat atau 1.175 untuk jangka masa sederhana. Selamat Mencuba.
Kawasan masuk: 1.010 - 1.030
Ambil untung: 1.090 - 1.175
Potong Rugi: 1.00
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
Paras Sokongan dan Halangan: Aplikasi Pada Carta MYEGBagaimana Mahu Mengenali Paras Sokongan dan Halangan?
Garisan sokongan yang kuat ini dapat dikenalpasti apabila sesuatu garisan sokongan telah melantun sekurang-kurangnya 3 kali.
Sesuatu garisan yang berjaya membuat lantunan melebihi 3 kali dianggap sebagai garisan sokongan yang kuat.
Jika dilihat dalam chart MYEG telah berlaku sekurang-kurangnya 4 kali lantunan iaitu pada Mac, September, Disember 2020 dan Mei 2021.
Jadi garisan sokongan tersebut boleh disebutkan sebagai garisan sokongan yang kuat.
Manakala garisan halangan atau resistance pula dapat dikenalpasti melalu lantunan yang terhasil apabila sesuatu harga mencapai sesuatu garisan tersebut.
Dapat dilihat lantunan telah berlaku beberapa kali pada Mei, Jun, Disember 2020 dan Februari 2021.
Garisan ini boleh disebut sebagai garisan halangan yang kuat.
Cara untuk memaksimakan keuntungan dan meminimakan risiko adalah membeli di support dan menjual ketika harga mencapai paras resistance.
*TAMBAHAN
Setelah mengetahui paras sokongan kita akan mengaplikasikan bebeapa perkara di dalam carta MYEG :
1. Indicator RSI berada di atas 50.
Ini menunjukkan bahawa minat pembelian saham MYEG semakin bertambah.
2. Setelah melakukan lantunan di atas garisan sokongan kini saham MYEG sedang bertenggek di atas sokongan dinamik MA 50.
Sekiranya tiada lantunan di sokongan dinamik ini berkemungkinan besar MYEG akan kembali mencuba garisangan sokongan RBS (Resistance Become Support) paras tertinggi pada tahun 2018.
3. Indicator MACD mula menghampiri paras positif.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran semata dalam mengaplikasikan sokongan dan halangan dalam chart.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
4 INTEGRATED IMMIGRATION SYSTEMDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
Company yang menyediakan IT solution bagi perkhidmatan cip perlindungan identiti.
Projek perkhidmatan ini di bida beberapa company yang hebat dalam perisian cip.
FA - Overall OK, Financial ratio (+ve) dan bagi setiap quarter dan yearly juga menunjukkan
company membuat profit. Revenue quarterly yang di reportkan juga bernilai ratusan juta.
TA - UPTREND stock, MA line 20 & 50 tepat pada candle hari ini apabila MYEG rebound semula
setelah cross oversold StochRSI daily. Manakala support terlihat pada harga 1.295 dan Resistance
pada 1.610
CATALYST - EPF dan shareholder bergilir-gilir acquired saham MYEG ini sejak bulan Julai.
Boleh dilihat pergerakan ini berlaku hampir setiap hari, ini mungkin ada berita baik. MYEG juga
terlibat dengan kolaborasi bersama "Department of Labour of Peninsular Malaysia" untuk melakukan
saringan covid19 bagi pekerja asing.
REVIEW - (FA/)(TA/)(CA/)
Ride the trend stock. Sediakan trading plan.
4 Jun 2020- Buy on dip MYEGKaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor perkhidmatan digital (digital services).
Dari segi analisis fundamental, rating agak kurang baik. Boleh dipertimbangkan untuk swing jangka pendek.
Kaunter ini agak berat memandangkan jumlah unit saham yang melebihi 900 juta unit.
Baru-baru ini syarikat ini telah menceburi bidang kesihatan melalui anak syarikat barunya MYEG Medical Services.
Number of Share: 3.606b
P/E Ratio: -
ROE (%): -
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Berlaku kejatuhan harga pada 27 Mei 2020 dan menunggu masa untuk mendaki semula. Sesuai untuk entry buy on dip. Indikator stochastic RSI juga di paras oversold.
Sokongan: 1.280
Rintangan 1: 1.370
Rintangan 2: 1.420
Rintangan 3: 1.530
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #myeg #bod #FIAR #jun20
7 Jun 2020 - Waspada entry untuk MYEGKaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor perkhidmatan digital (digital services).
Dari segi analisis fundamental, rating adalah kurang memuaskan walaupn rekod pendapatan dan keuntungan dari tahun 2019 menunjukkan peningkatan.
Number of Share: 3.606b
P/E Ratio: -
ROE (%): -
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Sokongan terdekat telah pecah disebabkan tekanan jualan.
Perlu pantau pergerakan harga untuk pertimbangkan entry dan perlu juga pastikan sokongan tidak pecah.
Indikator RSI di paras oversold.
Sokongan: 1.150
Rintangan 1: 1.370
Rintangan 2: 1.530
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #myeg #teknologi #FIAR #jun20
MYEG - cubaan untuk membentuk sokonganMYEG masih lagi dalam usaha untuk membentuk sokongan pada aras 0.77-0.79 sehingga kini dengan pressure penjualan masih ada.
Jika dapat bertahan, pengumpulan akan bermula dan peluang pelaburan masih ada.
Jika sokongan pecah, support seterusnya berada pada aras 0.720
MYEG - Koreksi jangka pendek mungkin berlakuMYEG masih lagi dalam mode rally, key SMA/EMA masih lagi rising.
Percubaan untuk meneruskan kenaikan harga terbantut pada hari ini, dan membentuk rintangan pada 1.42, dengan pertukaran volume yg agak rendah.
Koreksi jangka pendek dijangkakan berlaku sebelum meneruskan kenaikan. Both RSI dan Stoch masi lagi dalam aras overbought.
Golden EMA/SMA cross hampir berlaku, dan kita tunggu untuk price action seterusnya.
Dengan sentimen bersama MyCC hampir berakhir, pasti masi lagi meyakinkan para pelabur. Dalam FY19, MyEG juga mensasarkan fokus dan penambahan pendapatan dalam servis baru mereka iaitu online registration NFW (new foreign worker)
MYEG - Lebih menarik jika harga melepasi 1.05MYEG telah rebound daripada FibRet 50%, 0.965 setelah pengumuman syarikat baru untuk memasuki perkhidmatan e-gov (MyPay-anak syarikat PNB) pada 17 Jan lepas. Juga membentuk HL (higher low) dan masi dalam fasa uptrend.
-Masih lagi dalam sentimen berjaga2, juga selepas mendapat saman daripada MCC sebanyak RM 9.34 mil
-akan lebih menarik jika harga melepasi 1.05 dan volum masuk dan purata melepasi hari sebelumnya.
-harga juga harus maintain di atas EMA50 (atas 1.05) untuk confirmation arah tuju harga seterusnya.
-BB sedang menhampiri upper band, potensi BO masi ada.
-juga tunggu sentimen baik seterusnya, next QR pada hujung bulan Feb 2019.
MYEG masih belum melepasi trendlineMYEG sebelum ini telah membuat lantunan teknikal di support dan membuat kenaikkan, namun masih belum lagi melepasi trendline. Maka, posisi MYEG masih lagi belum dipastikan akan membuat uptrend yang baru. Setakat ini see profit dan take profit.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!