Nasdaq - Perlu bolosi garisan bawahAnalisis Nasdaq
Nasdaq seperti Index US yang lain, perlukan satu tujahan ke bawah untuk memecahkan garisan bawah aliran menurun.
Memecahkan aliran ini bakal menunjukkan kekuatan tren yang dikaitkan dengan gelombang 3 Elliott Wave.
Sudut kejatuhan juga masih landai menunjukkan tiada daya impulsif yang wujud.
Paras invalidasi adalah bull-bear line. Sekiranya dibolosi, admin cenderung mengatakan kejatuhan sudah tamat.
Abang Doji.
Nasdaq100
Nasdaq - 0.618 Fibo Top?Kemaskini Nasdaq -
Nasdaq sudah berada di paras 0.618 carta mingguan.
Untuk darjah yang lebih kecil, kelihatan ada kemungkinan bahawa Nasdaq telah menyiapkan 5 dari 5 gelombang kenaikan. Kejatuhan tempohari adalah lebih besar dari puncak Mid February sebelum kejatuhan Corona Virus.
Admin lukiskan 3 channel menaik Nasdaq yang semakin lama semakin tinggi darjah kenaikan. Ini berpotensi untuk menjadi Klimaks Belian untuk Gelombang 5 dalam Elliott Wave.
Mari kita ikuti seterusnya.
Abang Doji.
Nasdaq - 3000 mata kejatuhan di hadapanNasdaq mingguan:
Kelihatan Nasdaq sudah menyiapkan gelombang ketiga dalam darjah yang besar. Gelombang ketiga ini seakan sudah terhenti di paras 50% projeksi fibonacci (hubungan gelombang 5 = 50% gelombang 1 - gelombang 3).
Nasdaq sudah naik secara agresif dalam darjah kenaikan yang tinggi, hampir 90 darjah!
Pada ketika ini, admin ingin menyaksikan satu kejatuhan sekurang kurangnya 23.6% hingga 38.2% dari kenaikan sejak 2008. Bermakna hampir 3000 mata!
Sekiranya paras fibonacci 50% dibolosi, maka admin hampir pasti Nasdaq ingin mencari paras 61.8% untuk melengkapkan kitaran kenaikan.
Bersedialah.
Abang Doji.