Analisa NG1! | 2018 : 3/12 hingga 7/12Berdasarkan carta 1 jam NYMEX:NG1! , 2 garisan biru telah diplotkan bagi mendapatkan gambaran garisan halangan menurun (sekiranya ditembusi, tren menaik) dan garisan sokongan menaik (sekiranya ditembusi, tren menurun) .
Pada Trend Identifier, warna hijau didapati pada 3 candlestick terakhir. Momentum ke utara masih lagi ada, akan tetapi memandangkan harga akan berlegar pada kawasan halangan (kawasan merah) , kami menjangkakan akan ada pedagang besar membuat halangan harga di situ. Bagi pedagang harian, sila rujuk ke carta masa yang lebih rendah (Contoh, 5 minit atau 10 minit) .
Bagi mengurangkan risiko, kami mencadangkan suku lot dari lot biasa untuk di jual pada paras halangan . Dan berikut adalah paras halangan dan sokongan bagi NYMEX:NG1! :
Paras halangan : 4.84, 4.77, 4.70
Paras sokongan: 4.24, 4.10, 3.99