November
Teknikal Analisis Usdjpy 12 November 2018Usdjpy dalam analisis ini menunjukkan pasangan ini dalam mod menurun. Garis rintangan dapat dilihat pada graf yang ditandakan pada kotak berwarna seperti di carta pada titik 113.91-114.08 garis sokongan pertama dapat dilihat pada titik 113.63 Jika pasaran mampu menembusi titik tersebut, maka pasangan ini bakal menjunam sekurang kurangnya mencari TP pada garis 113.00 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut maka ia akan mencari rintangan pada titik 114.51
Teknikal Analisis Usdcad 5 November 2018 Jika dilihat pada garis masa yang besar, tentulah dapat dipastikan bahawa pasangan ini dilihat dalam keadaan menaik. Namun setiap kenaikan akan ada penarikan balik sebelum membuat tujahan yang lebih besar. Seperti yang ditandakan pada kotak berwarna di atas merupakan rintangan besar yang berada pada julat 1.3128-1.3168 Kami menjangkakan pasangan ini akan turun dan mencuba untuk melepasi garis sokongan yang ditandakan pada titik 1.3060 sebelum menyasar dan menyentuh TP pada garis 1.3005 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut, maka pasaran akan menguji untuk menuju hinggalah ke garis 1.3241
Teknikal Analisis Gold 5 November 2018Emas yang ditunjukkan seperti graf di atas kini berada di bawah rintangan besar. Kotak berwarna di antara julat 1235-1243 merupakan rintangan besar yang perlu ditembusi sekiranya ingin menyasar ke atas. Kami mengandaikan emas bakal jatuh menuju titik sokongan sekurang kurangnya menjejak pada titik 1214. Sekiranya emas berjaya menembusi garis sokongan besar kotak berwarna di atas, maka analisis ini terbatal dan emas bakal mencapai titik tertinggi pada 1258.00
Teknikal Analisis Gbpusd 5 November 2018Gbpusd dilihat bakal membuat penarikan koreksi ke bawah setelah memecut ke atas hingga mencipta garis rintangan berwarna yang ditandakan antara titik 1.3030-1.3040 Dijangkakan pasaran yang kini di 1.2962 akan cuba menguji garis putus rintangan merah pada 1.3005 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Setelah itu pasaran akan terus menjunam sebagai koreksi sekurang kurangnya menjejak pada titik 1.2844. Jualan hanya dapat dipastikan sekiranya garis putus putus biru yang terletak pada titik 1.2957 itu pecah sebelum menuju ke titik TP 1.2844
Teknikal Analisis Usdjpy 2 November 2018Semasa saya menulis analisis ini harga pasaran terletak betul betul di tengah tengah rintangan dan sokongan. Ini berikutan ketidaktentuan pasaran akibat dari unjuran kemaskini NFP dan 'Unemployment rate' kira kira sejam dari sekarang. Kami menyarankan agar pemain pemain baru melihat dahulu arah tuju pasaran ini. Jika pasaran bertindak memecahkan rintangan kecil garis merah putus yang saya tandakan pada carta, maka pasaran akan menguji untuk memecahkan garis rintangan besar merah yang saya tandakan di 113.23. Dan jika rintangan itu pecah maka pasaran bakal memecut mencari TP pada garis 113.85. Namun jika berlaku tujahan menembusi garis sokongan kecil putus putus biru dan berjaya menembusi garis sokongan besar biru pada titik 112.62, maka pasaran bakal menjunam mencari TP pada garis biru 111.74 Semoga berjaya!