#CL! Minyak Mentah Ringan Unjuran Julai 2023Analisa Gelombang Elliot
pergerakan corak pattern gelombang Elliot kini adalah berkemungkinan akan membentuk
Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal) atau Rising Wedge dan akan ke arah puncak di level Fibo 161-200% bagi melengkapkan gelombang (c) minuette
*Penafian:
Semua Idea Pelan Dagangan adalah untuk kajian Pengarang sahaja,
*Untuk tujuan membeli & menjual Aset, sila rujuk kepada wakil
daripada "Remiser atau Perunding Pakar".
*Semua pembelian atau jualan malah kerugian urus niaga saham, adalah milik anda sendiri
tanggungjawab.
Minyak
27/4/2022 HARGA MINYAK JATUH SELEPAS EROPAH MENOLAK MINYAK RUSIARabu, Rusia memotong bekalan minyak ke Bulgaria dan Poland. Menghilangkan kenaikan sebelum ini, WTI hadapan jatuh sebanyak 0.8% ke harga 100.91$ setong. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata Rusia menggunakan bahan api sebagai ugutan ke atas Kesatuan Eropah dan menambah lagi era bahan api dari Rusia di EU akan berakhir.
WTI/USD berada di paras rintangan R1 pada waktu ini setelah menembusi garisan trend penurunan sebelum ini. Walaupun begitu, harga masih lagi berada dalam julat harian dan masih lagi tiada tanda perubahan besar yang akan berlaku kepada harga minyak.
25/4/2022 WTI - KEMBALI MENERUSKAN PENURUNANMinyak mentah, WTI yang cuba untuk mendaki minggu lepas dilihat tersengkang jatuh kembali setelah gagal menembusi harga 110.00$ setong.
Setelah membuat pembentukan trend kenaikan, WTI gagal membuat ketinggian yang baru minggu lepas dan berlegar-legar di paras sokongan yang telah menjadi rintangan pada hari ini (menjadi paras kepala dan bahu). Kejatuhan ini akan menyebabkan WTI cuba mencari sokongan di paras terendah dalam julat harian yang di mana, penembusan harga ini memungkinkan kejatuhan yang lebih jauh.
Cari peluang entryUsoil di time frame harian,jika candlestick harian berjaya tutup di bawah 72.88,usoil berjaya aktifkan resistance area,potensi turun menguji support area sekitar 71.66-69.81,untuk mencari peluang entry boleh rujuk time frame lebih kecil seperti h4 atau h1 menggunakan kefahaman masing-masing.(trading is about probability)jangan risikokan melebihi 2-3% dari jumlah equity semasa bagi mengelakan kerugian besar atau margin call
ALAM kuat nak ke alam angkasaKetika catatan idea ini ditulis, ALAM sudah melintasi EMA50 dan menuju EMA200 yang sangat hampir.
Ada kebarangkalian kuat untuk berlakunya persilangan emas antara EMA50 dengan EMA200 dan ia akan memecahkan DTL setahun.
Pada saya, ianya masih undervalue, cuma bergantung kuat pada harga pasaran minyak dunia. Maka perlu perhatikan jika tidak boleh ke alam berzakh.
Swing Long.
EP pada harga terkini, Support dan TP mengikut garisan.
Ini adalah tujuan pembelajaran, bukannya buy call. Semoga kita semua berjaya. InsyaAllah.
Minyak Mentah - Tambah Lauk Posisi JualAnalisis EW Minyak Mentah
Kelihatan minyak mentah telah membuat 5 gelombang kejatuhan dan kini membuat lantunan berbentuk 3 gelombang.
Sekiranya minyak mentah memecahkan aliran menaik, itu sedikit sebanyak memberi hint bahawa kemungkinan tren menurun bakal bersambung.
Bacaan oscillator RSI, Macd dan AO masih tidak menunjukkan sebarang bacaan menyapah (divergence), jadi admin masih menantikan satu lagi high untuk gelombang 5 dari C.
Admin telah menambah posisi jualan sekalipun menantikan satu lagi high untuk 5 gelombang C.
Abang Doji./
Minyak Mentah - Harga yang sangat menarik untuk short!Kemaskini harga Minyak Mentah Mingguan:
Minyak mentah kini terhalang di paras fibo 50% dari kenaikan. Paras ini dilihat menjadi satu rintangan buat minyak mentah buat masa sekarang.
Sekiranya kiraan gelombang admin betul, Minyak mentah masih memerlukan satu lagi kerendahan rendah (Lower Low) untuk gelombang kelima, dan kenaikan ini tidak boleh melepasi paras gelombang pertama (Peraturan Gelombang Elliott - Gelombang 4 tidak boleh masuk ke kawasan gelombang 1)
Harga ini adalah satu harga yang cantik untuk mencari posisi jual, memandangkan ratio risiko - ganjaran yang tinggi!
Abang Doji.
Crude Oil - Bakal memulakan impuls ke bawah?Update Minyak Mentah:
Minyak mentah jatuh tiruk selepas pecah corak baji menaik (Rising Wedge) pada 9 Julai 2020. Puncak tertinggi bertepatan di fibo 1.618 setakat ini berpotensi menjadi calon puncak tertinggi interim.
Admin menunggu cara kenaikan seterusnya sama ada kenaikan itu bersifat korektif ataupun cara kenaikannya impulsif; yang mungkin menandakan minyak mentah bakal menyambung kenaikkan.
Admin masih memegang posisi jual dan bercadang ingin menambah posisi sekiranya ia membuat lantunan korektif.
Abang Doji.
Pasaran Minyak, volatiliti berterusanLonjakan minyak sebelum pasaran dibuka dianggap pencetus kepada hari dagangan yang baik (Risk On) namun volatiliti kembali dan kemudian harga ditutup lebih rendah. Lebih banyak volatiliti sepanjang minggu walaupun pemotongan sebanyak 1 milion tong dijanjikan oleh Arab Saudi.
HIBISCUS perlu mengatasi rintangan semasaHIBISCUS meneruskan pendakian setakat ini dengan harga minyak mentah yg semakin stabil.
Namun kini masih gagal untuk mengatasi rintangan semasa pada aras 0.54. Sokongan kini mungkin terbentuk pada aras 0.51
WTI melakar negatif value pada 20 April lalu, dan Hibiscus masih mampu untuk bertahan pada aras 0.40
Volume dagangan sedikit meningkat selepas berlaku gap up pada 30 April lepas.
Ultimate TP, penutupan gap pada aras 0.71
HIBISCUS mungkin cubaan rally fasa 2HIBISCUS telah gap up pagi ini, serta memecah garisan DTL dan berjaya meneruskan kenaikkan setakat ini.
Ini dengan pemangkin harga minyak mentah dunia yang kembali rally semula selepas menemui kejatuhan yg teruk.
Sokongan kini pada 0.465 dan target terdekat pada 0.510 dan seterusnya pada 0.545
Monitor jika momentum pembelian berterusan.
USOIL Mesyuarat lagiAda hasil sepakat dalam 'mesyuarat minyak' pada minggu lepas. Diberitakan negara-negara OPEC+ berhajat mengurangkan pengeluaran
minyak mentah di masa akan datang. Para pedagang minyak akan mengikuti rapat perkembangan ini. Untuk USOIL, paras support 78.6% akan
menjadi rujukan samada ia mampu bertahan atau harga minyak akan terus merudum ke bawah $20 setong.
Idea Dagangan WTI Menjelang Mesyuarat OPECWalaupun petunjuk RSIStochastic pada W1 telahpun menunjukkan keadaan "OverSold" namun pada pandangan peribadi, WTI masih mampu untuk melakukan penurunan sehingga ke paras $17 setong menjelang mesyuarat OPEC pada hari Jumaat nanti.
Sentimen kegagalan kata sepakat Rusia dan Arab Saudi menjadi salah faktor untuk drive harga mencari support pada tahun 2001 sebelum ia akan mula mendaki semula.
Lihat laporan EIA malam nanti, jika pengeluaran masih meningkat, harga minyak mungkin akan menjunam lebih awal.
Cari peluang SELL pada TF yang lebih kecil seperti H1 untuk meminimumkan kadar kemungkinan kerugian.
CRUDE OIL Perang harga berterusanTrend kejatuhan harga minyak bakal berterusan selagi tiada kata sepakat antara OPEC dan Russia.
Resistant terdekat pada paras fibo 38.2%, namun jika halangan ini berjaya ditembusi berkemungkinan harga akan naik menutup gap.
Apapun posisi sell masih selamat selagi harga berada di bawah 38.00.
CRUDE OIL Minyak Masih MerahSusulan posting saya pada 1 Mac yang menjangkakan CL akan memantul ke paras fibo 38.2% dan seterusnya
meneruskan terjunan. Penutup dagangan minggu lepas menyaksikan terjunan tanpa belas kasihan dan berhenti
di paras pivot support S1.
Harga akan memberi reaksi pada paras fibo 127.2% dan 141.4% dan dijangkakan pantulan ke atas akan berlaku.