PA
PA Ada Cubaan Untuk Bangkit Setelah Dilibas Oleh Double TopKejatuhan PA sebelum ini akibat double top pattern dan kini ada cubaan untuk kembali membuat pusingan. Tujuaannya hanya satu, membalas kekejaman double top, Jadi, buat masa ini aras sokongan adalah di 0.410, sementara itu aras rintangan adalah di 0.470 dan 0.585. Aras 0.585 adalah aras libasan double top, jika berjaya sampai ke aras itu semula dah berjaya pecah, PA akan mempunyai kekuatan untuk terus mendaki. Jika tiba ke aras 0.585 dan dilibas lagi, maka terbentuklah libasan tripple top pula. Kembali kemurungan. Wassalammu. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
PA Dilihat Akan Turun Membuat Pembetulan Terlebih DahuluPA
Sektor : Industri Produk, Aluminium & Besi
PA Dilihat Akan Turun Membuat Pembetulan Terlebih Dahulu Sebelum Meneruskan Kenaikan.
1. PA berada pada fasa 'uptrend' di atas EMA 50 dan SMA 200
2. SMI Purple Lake menunjukan persilangan ke bawah, PA dilihat akan ke fasa 'oversold' akan melakukan penurunan.
3. RSI 7 adalah pada aras 47% keberangkalian turun ke 30%
4. Momentum menunjukan penurunan
5. 'Accumulation' menunjukan penurunan , minat belian berkurang
6. PA dilihat akan bergerak ke 'lower channel' sekitar harga 52 sen
Walau bagaimanapun ini hanyalah sekadar andaian sahaja, sekiranya market buka dengan minat yang tinggi pada sektor industri produk, aluminium & besi, maka PA mampu membuat
rebound samaada di atas 'support' EMA 21 atau MA 20 (sekitar harga 53sen)
Gann:
R1 57 sen
R2 61 sen
S1 51 sen
S2 49 sen
Ini hanyalah merupakan kajian saya sahaja. Bukan 'buycall' #TAYOR
PA (Masih di Dalam Saluran Kenaikan)Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services, Green Tech.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) PA berada dalam keadaan uptrend. Peningkatan keuntungan bagi PA QoQ adalah sebanyak 190.23% manakala YoY meningkat sebanyak 225.89%. Hasil (revenue) bagi PA juga meningkat QoQ dan YoY melebihi 30%.
- Dari sudut Teknikal, PA dilihat berada di atas MA 50 menunjukkan PA uptrend untuk mid term.
- Sebelum ini, PA pernah rebound di atas MA 50. Jadi, MA 50 boleh dijadikan dinamic support untuk PA.
- PA juga dilihat berada di dalam uptrend corridor.
- Terkini, PA dilihat cuba untuk rebound setelah menerima tekanan jualan tiga hari berturut.
- Jika diperhatikan, volume penjualan semakin mengecil menunjukkan minat pembelian semakin berkurang.
- Kemudian, muncul volume pembelian menggantikan volume penjualan. PA dilihat membuat rebound di atas support terbarunya iaitu RM 0.450.
- Jika harga mampu bertahan di atas RM 0.450 ini, harga berpotensi ke RM 0.560.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Uptrend corridor = Saluran selari yang menaik.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PA (7225) : Meneruskan kenaikan memecahkan 52 hari tertinggi?Kajian pada 30 Nov 2020.
1.Stochastik dongak pada 50.00.
2.MACD bersilang ada petanda belian kuat namun volume belum menarik.
3.Jika meneruskan kenaikan akan menguji paras rintangan 0.170.
4.Lantai terdekat 0.150/0.135/0.130.
#tujuan pembelajaran sahaja