Pccs
PCCS Adakah Punya Cukup Kekuatan Untuk Terus Menujah Ke Atas?PCCS baru-baru ini telahpun ditutup diatas garisan EMA50 dan EMA200. Ini menunjukkan PCCS sedang dalam fasa bullish. Seterusnya PCCS membuat kenaikkan dan memecahkan aras rintangan kuat di 0.500 apabila ditutup pada aras 0.515. Jika PCCS cukup kuat, ia akan terus mendaki untuk menguji beberapa aras rintangan terdekat iaitu di 0.560, 0.600 dan 0.625. Aras 0.625 adalah aras rintangan yang sangat-sangat kuat, jika berjaya dipecahkan memang sangat kuatlah lembu PCCS. PCCS juga sekarang selain bisnes pakaian, terlibat dalam perniagaan jual beli kereta terpakai (hire purchase). (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Adakah PCCS Akan Kembali Meriah?Kaunter PCCS banyak kali juga menjadi sebutan para trader sebelum ini kemudian dilupakan kerana membuat kejatuhan. Tapi, baru-baru ini, candle telahpun melepasi garisan EMA50 dan EMA200. Ini petanda bullish. Volume juga kembali masuk. Lebih kurang 3 bulan PCCS membuat tapak di aras 0.450 sebelum membuat kenaikkan. Aras rintangan untuk PCCS adalah di 0.495 dan 0.560 seterusnya cubaan memecahkan garisan menurun di 0.570 - 0.585. Jika berjaya pecah, barulah PCCS kembali memeriahkan dunia trader di Malaysia dan kembali menjadi sebutan. Indicator RSI menunjukkan momentum yang kuat. Begitu juga dengan indicator MACD. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
PCCS (6068) : Menunggu masa untuk digoreng?Kaunter ini masih dalam fasa sideway.Bermain di kawasan 0.450-0.540.
1. MACD bersilang petanda beli tapi di bawah nilai 0.00, bermain atas EMA90.
2. Rintangan terdekat pada 0.490 (rujuk carta)
3. Jika keluar dari dari 0.565, akan menguji 0.575 serta meneruskan kenaikan.
#tujuan pembelajaran sahaja.
PCCS: Masih menarik untuk diperhatikanBerdasarkan carta harian, pergerakan harga masih dalam situasi menaik (uptrend) kerana masih berada di atas paras rata-rata pergerakan (MA50) dan (MA200). Dijangka masih berpotensi meneruskan kenaikan sekiranya harga membuat lantunan pada rata-rata pergerakan MA50. Cadangan belian boleh dibuat di sekitar harga 0.460 yang juga merupakan paras support teknikal. #tayor
ADAKAH PCCS INGIN MENERUSKAN UPTREND?+++++++++++++
Sektor
+++++++++++++
- Ia dalam sektor Consumer Products & Services
- Sub sektornya Personal Goods
.
+++++++++++++
FUNDAMENTAL
+++++++++++++
Market Capital (RM): 79.95m
Number of Share: 210.40m
EPS (cent): 7.23 *
P/E Ratio: 5.26
ROE (%): 9.88
TTM Profit Margin (%): 3.6
CAGR - Revenue (%): 3.7
CAGR - PAT (%): -
+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI HL iaitu 0.260
2. Resistance SWING 1 iaitu 0.485
3. Resistance Swing 2 iaitu 0.610
4. Resistance Swing 3 iaitu 810
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- Jika pecah HL iaitu SUPPORT structure ini tidak VALID
- SWING ini mungkin lama. Kesabaran agak tinggi
- STOP LOSS 1-2 bid dibawah support
- Entry? Cari best entry area antara atas SUPPORT dan Closing hari ini iaitu 280 - 370. TRADE AT YOUR OWN RISK.
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
PCCS Cubaan Memecahkan Pattern SegitigaPCCS pada hari ini dibuka dengan gap up dan berjaya ditutup diatas garisan EMA200 dengan disokong oleh volume yang kuat. Jika dilihat dari pattern semasa PCCS dapat dilihat PCCS membentuk pattern segitiga menaik (ascending triangle). Aras yang perlu dipecahkan untuk keluar dari segitiga adalah di aras 0.385. Jika berjaya, aras target untuk PCCS adalah di 0.670. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
PCCS Sedang Cuba Membuat Kebangkitan SemulaPCCS pernah menjadi kaunter popular sebelum ini. Adakah PCCS mampu untuk membuat kebangkitan semula? PCCS berjaya keluar dari zon pengumpulan di aras 0.240 dan menarik jika dapat pecahkan aras 0.255. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
6068 PCCS : Sambung Turun?Walaupun kelihatan ramai mengjangkakan PCCS akan naik, tetapi hasil tilikan sy , sy lihat yang sebaliknya.
Saya menjangkakan PCCS akan terus turun sehingga 0.425 atau jika pecah 0.425, kelihatan akan turun sehingga 0.300.
Hati2. Masih belum confirm akan naik.
Selamat untuk beli semula PCCS jika mampu melepasi 0.635.
Kita lihat siapa yang kena...
6063 PCCS : Akan Naik Semula?Berdasarkan analisis, sy agak yakin yang PCCS akan naik semula dan menuju ke 0.730 dalam masa 4 hingga 5 minggu.
PCCS akan melalui salah satu jalan, sama ada jalan 1 atau 2.
Kemudian akan naik semula menuju ke 0.730.
Trade at your own risk.
*lepas sebulan kita check semula.
PCCS: Kenaikan mendadakSejak QR diumumkan, kaunter ini gap-up begitu jauh... meninggal satu ruang kosong yang dikhuatiri akan ditutupi semula.
Namun, volume begitu tinggi menunjukkan minat belian yg tinggi.
Entri pada ketika ini agak risky disebabkan paras rintangan yg terdekat.
Pelbagai andaian boleh dibuat... adakah akan melengkapkan rounding bottom dan terus breakout, atau ia berhenti rehat untuk membentuk shoulder satu lagi.
Trading plan saya (short-term):
EP = 0.260
CL = 0.250
TP1 = 0.275
Signal = MACD bullish, Stoch memasuki zon overbought, namun belum extreme overbought.