PESONA dengan momentum yang baru Sektor : Pembinaan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan besar dua yang membentuk corak Rata (FLAT ABC ) telah berakhir dengan kompleks dan bersama momentum Volume yang baru , telah memulakan pergerakan bagi gelombang kecil satu ke tahap fibo 23.6% sebelum membuat gelombang pembetulan kecil 2 dan selepas itu akan meneruskan kenaikkan ke tahap fibo 38.2% utk gelombang subkecil 1
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.6%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 38.2% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Pesona
PESONA diantara break downtrend line atau turun semulaKaunter pesona hari ini membuat kenaikan paras resistance dan membentuk cup pattern. Kedudukannya berada pada 2 resistance, pertama resistance melintang dan keduanya resistance downtrend line.
Ini bermakna, kaunter PESONA berada di dalam dilema 2 keadaan :
- Pertama ia akan break downtrend line dan menuju SMA200 (singkat) seterusnya menuju aras TP mangkuk 0.410 (panjang).
- Keduanya ia akan turun ke paras EMA50 membentuk handle kemudian naik semula.
Volume telah mula breakout pada 6 julai 2018 dan terdapat volume yang tinggi tetapi candle kecil pada 26 Julai 2018 menandakan adanya proses accumulation berlaku.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!