Pitchforks
Solarvest masih lagi kuatSolarvest cuba melepasi rintangan 1.02 namun berakhir dengan penolakan dan terbentuknya shooting star.
Resistance zone adalah dalam lingkungan 0.950 - 1.02.
Harga masih lagi bertahan di dalam zon rintangan ini dan juga bertahan di atas Span B awan Ichimoku yang boleh bertindak sebagai sokongan kuat.
Namun shooting star merah menunjukkan ada kemungkinan untuk dia turun terlebih dahulu. Jika ia memilih untuk turun dahulu, paras sokongan adalah di 0.900. Jika ia memantul di sekitar 0.900 dan kemudiannya melepasi kembali paras 0.950, itu adalah signal belian yang kuat.
Harga sasaran terdekat ialah 1.15 iaitu Upper Quartile Schiff Pitchfork.
Stochastic masih di sekitar paras 80 menunjukkan momentum bull masih utuh.
ADX pula tidak jauh dari paras 20, memberi isyarat masih lagi fresh dan momentum bull belum memuncak lagi. Ianya mencadangkan harga masih boleh pergi jauh.