Teknikal Analisis Usdjpy 12 November 2018Usdjpy dalam analisis ini menunjukkan pasangan ini dalam mod menurun. Garis rintangan dapat dilihat pada graf yang ditandakan pada kotak berwarna seperti di carta pada titik 113.91-114.08 garis sokongan pertama dapat dilihat pada titik 113.63 Jika pasaran mampu menembusi titik tersebut, maka pasangan ini bakal menjunam sekurang kurangnya mencari TP pada garis 113.00 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut maka ia akan mencari rintangan pada titik 114.51
Prediksi
Teknikal Analisis Usdcad 5 November 2018 Jika dilihat pada garis masa yang besar, tentulah dapat dipastikan bahawa pasangan ini dilihat dalam keadaan menaik. Namun setiap kenaikan akan ada penarikan balik sebelum membuat tujahan yang lebih besar. Seperti yang ditandakan pada kotak berwarna di atas merupakan rintangan besar yang berada pada julat 1.3128-1.3168 Kami menjangkakan pasangan ini akan turun dan mencuba untuk melepasi garis sokongan yang ditandakan pada titik 1.3060 sebelum menyasar dan menyentuh TP pada garis 1.3005 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut, maka pasaran akan menguji untuk menuju hinggalah ke garis 1.3241
Teknikal Analisis Gold 5 November 2018Emas yang ditunjukkan seperti graf di atas kini berada di bawah rintangan besar. Kotak berwarna di antara julat 1235-1243 merupakan rintangan besar yang perlu ditembusi sekiranya ingin menyasar ke atas. Kami mengandaikan emas bakal jatuh menuju titik sokongan sekurang kurangnya menjejak pada titik 1214. Sekiranya emas berjaya menembusi garis sokongan besar kotak berwarna di atas, maka analisis ini terbatal dan emas bakal mencapai titik tertinggi pada 1258.00
Teknikal Analisis Gbpusd 5 November 2018Gbpusd dilihat bakal membuat penarikan koreksi ke bawah setelah memecut ke atas hingga mencipta garis rintangan berwarna yang ditandakan antara titik 1.3030-1.3040 Dijangkakan pasaran yang kini di 1.2962 akan cuba menguji garis putus rintangan merah pada 1.3005 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Setelah itu pasaran akan terus menjunam sebagai koreksi sekurang kurangnya menjejak pada titik 1.2844. Jualan hanya dapat dipastikan sekiranya garis putus putus biru yang terletak pada titik 1.2957 itu pecah sebelum menuju ke titik TP 1.2844
Teknikal Analisis Usdjpy 2 November 2018Semasa saya menulis analisis ini harga pasaran terletak betul betul di tengah tengah rintangan dan sokongan. Ini berikutan ketidaktentuan pasaran akibat dari unjuran kemaskini NFP dan 'Unemployment rate' kira kira sejam dari sekarang. Kami menyarankan agar pemain pemain baru melihat dahulu arah tuju pasaran ini. Jika pasaran bertindak memecahkan rintangan kecil garis merah putus yang saya tandakan pada carta, maka pasaran akan menguji untuk memecahkan garis rintangan besar merah yang saya tandakan di 113.23. Dan jika rintangan itu pecah maka pasaran bakal memecut mencari TP pada garis 113.85. Namun jika berlaku tujahan menembusi garis sokongan kecil putus putus biru dan berjaya menembusi garis sokongan besar biru pada titik 112.62, maka pasaran bakal menjunam mencari TP pada garis biru 111.74 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Gbpjpy 31 Oktober 2018Gbpjpy semalam telah memecahkan garis sokongan biru pertama pada garisan 144.00 setelah berjaya membina konformasi rintangan baru pada garis merah yang berada pada titik 144.31 Kami menjangkakan Gbpjpy untuk intraday ini akan terus memusatkan kejatuhannya hinggalah sekurang kurangnya menjejak pada harga 143.30 pada garis biru kedua. Selamat berjaya!
Teknikal Analisis Gold 29 Oktober 2018Gold pada jumaat lalu telah memecahkan rintangan yang terdapat pada 1238.00 kemudian kembali membuat tarikan semula hinggalah tutup pada harga 1233.06 Berdasarkan analisis, selagi pasaran bergerak di atas sokongan (biru) yang terdapat pada titik 1229.00 maka ianya relevan untuk terus mengukuhkan posisi kenaikan. Kami menjangkakan ianya akan cuba mencapai sehinggalah berjaya mencecah garis rintangan yang terhampir iaitu di 1260. 00 Namun sekiranya pasaran beralih arah dan bertindak memecahkan garis sokongan 1229.00 maka pasaran bakal turun sekurang kurangnya menjejak harga 1225.00 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Usdchf 29 Oktober 2018Pada jumaat lepas Usdchf telah membuat rintangan yang besar pada zon kotak berwarna di antara julat 1.0006-1.0025 Matawang ini juga berjaya menembusi garis sokongan pada garis biru yang ditandakan pada titik 0.9990 dan dijangka ia bakal turun sehinggalah ia menemui titik sokongan kedua pada titik 0.9948
Analisis teknikal intraday Gold 26 Oktober 2018Gold pada hari ini telahpun membuat rintangan pada garis 1233.00 Pasaran dijangka bergerak ke bawah kerana dilihat tidak mampu memecahkan rintangan tersebut. Ini akan membawa gold kembali ke titik asal 1228.00 Dan sekiranya gold berjaya memecah garis rintangan 1233, maka seterusnya ia akan mencari rintangan pada titik 1237. 00 Selamat berjaya!
Teknikal analisis Eurusd 25 Oktober 2018Semasa saya menulis analisis ini eurusd berada pada titik 1.1410 dan telahpun membuat sokongan pada kotak berwarna seperti carta di atas. Pasaran bakal mengalami kenaikan hingga ke garis rintangan merah 1.1470 Jika pasaran beralih arah menembusi kotak berwarna sebagai sokongan seperti di atas 1.1390-1.1380 maka analisis ini terbatal untuk hari ini.
Teknikal analisis Usdcad 22 Oktober 2018Usdcad pada waktu ini adalah pada 1.3105 Terdapat rintangan yang ditandakan kotak berwarna di dalam graf yang saya tandakan. Stochastic oscillator pada H1 telahpun mencapai 100. Ini menandakan pasaran belian sudah lemah untuk naik ke atas. Apa jua kenaikan yang melebihi kotak berwarna di atas adalah tidak lagi relevan apabila melebihi 1.3131 Malah kami positif ia akan menjunam menemui garis sokongan di 1.3045 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Eurjpy 22 Okt 2018Eurjpy pada masa saya menulis sekarang berada pada titik 129.74 Ia dikatakan sedang mengalami penarikan balik ke arah rintangan merah 130.00 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Potensi amat baik untuk para pemain pasaran untuk menjual dan mengambil keuntungan pada titik 128.50 Sekiranya berlaku timbal balas ke atas dan memecah rintangan merah di 130.00 maka pasaran akan menuju hingga ke 131.00
Analisa teknikal gold 22 Oktober 2018Gold telah mencuba untuk melepasi rintangan pada carta di atas selama 5 hari di antara julat yang diwarnakan pada graf. Terdapat dua rintangan yang wujud dan ianya terletak di antara 1228.00 hingga 1233.00 Namun pemain pemain pasaran gold perlu membuat keputusan sekurang kurangnya sebelum penutupan bar harian hari selasa ini.
Dalam jangka waktu itu pasaran bakal membuat keputusan untuk bertindak dan kami melihat peluang jualan amat positif. Garis sokongan dapat dilihat terbuka luas dengan carian titik 1187.00 sebagai sasaran pertama! Jika pasaran mampu juga menembusi rintangan berwarna di atas, maka gold dilihat bakal terbang tinggi ke sekitar 1259.00
Analisa teknikal Gold 22 Oktober 2018Gold telah mencuba untuk melepasi rintangan pada carta di atas selama 5 hari di antara julat yang diwarnakan pada graf. Terdapat dua rintangan yang wujud dan ianya terletak di antara 1228.00 hingga 1233.00 Namun pemain pemain pasaran gold perlu membuat keputusan sekurang kurangnya sebelum penutupan bar harian hari selasa ini.
Dalam jangka waktu itu pasaran bakal membuat keputusan untuk bertindak dan kami melihat peluang jualan amat positif. Garis sokongan dapat dilihat terbuka luas dengan carian titik 1187.00 sebagai sasaran pertama! Jika pasaran mampu juga menembusi rintangan berwarna di atas, maka gold dilihat bakal terbang tinggi ke sekitar 1259.00
Analisa teknikal Eurgbp Isnin 22 Okt 2018Eurgbp pada Jumaat lepas telahpun memecah rintangan kecil (garis putus merah) pada 0.8815 Ini memberi satu indikasi awal kepada pemain pasaran untuk terus mengukuhkan belian. Selagi pasaran masih berada pada garis sokongan biru S1 yang wujud pada titik 0.8770 maka faktor belian masih lagi relevan untuk digunapakai. Ia akan terus mencari titik rintangan R1 yang terletak pada garis merah di 0.8910 Namun sekiranya garis sokongan S1 yang terletak pada titik 0.8770 ini pecah, maka pencarian ke arah titik sokongan kedua 0.8731 iaitu S2 menjadi relevan serta membatalkan sama sekali analis ini.
Analisa teknikal Audusd Isnin 22 Okt 2018Jumaat lepas Audusd telah membuka pasaran dengan memecahkan garis sokongan biru S1 pada titik 0.7096 Ini terbukti jelas jika dilihat pada candlestick H4. Namun candlestick H4 tersebut ditutup pada aras atas titik sokongan S1 bahkan menutup pasaran secara keseluruhan Jumaat pada 0.7118 Ini jelas memberi indikasi kepada kita bahawa tujahan momentum ke bawah adalah lemah. Ini memberi kelegaan kepada pemain pemain pasaran yang masih lagi terikat kepada belian. Pasaran dijangka menaik sekurang kurangnya mencuba untuk mencecah garis rintangan merah R1 pada titik 0.7157 sebelum pergi ke aras rintangan kedua iaitu garis merah R2 pada titik 0.7230 Analisa ini bakal terbatal sepenuhnya jika pasaran berjaya menembusi secara agresif di titik sokongan biru S1 0.7096 sebelum pergi menjunam ke arah garis sokongan kedua biru S2 pada titik 0.7040