Pricevolume
FrontKen terus mara (Frontken, 0128.kl)Kod saham: 0128
Nama saham: Frontken Corporation Bhd
Screener: 18 LC untuk 3 Apr 2019
Tarikh pemerhatian: 4 Apr 2019
Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Downtrend dari pertengahan Oct'18 hingga pertengahan Dis'18.
b) Pada 18 Dis'18, harga dihalang daripada turun rendah lagi dengan vol. yang tinggi (SOS 1) pada aras sokongan 57.5 sen.
c) Harga kemudian naik sambil disokong pada SOS 2 dengan vol. yang tinggi.
d) Selepas SOS 3, harga merentasi Rintangan (kini Support Line 1) dengan vol. yang tinggi dan membentuk Uptrend.
e) Harga 'berehat' pada aras harga yang tinggi sebelum ini (sekitar 92.5 - 98.5sen). Dengan vol. yang rendah, kita simpulkan bahawa SM mengambil sedikit keuntungan.
f) SOS 4 adalah SOS yang agak kuat; ini menandakan harga bersedia untuk bergerak tinggi. Ia berjaya melepasi Rintangan (kini Support Line 3) dan bergerak tinggi.
Nota:
- Harga saham kini berada pada aras yang tinggi; ini bermakna harga mungkin akan bergerak dengan lebih tinggi lagi.
- Walaubagaimanapun, kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa memantau pergerakan/arah tuju saham ini.
- Bagi mereka yang ingin berdagan saham ini, poin entry adalah ketika harga membuat "Pullback".
*Klik pautan dibawah untuk analisa awal saya mengenai saham ini.