PROPERTIES (Meneruskan Rancangan Pendakian dengan 3 Pemangkin)Idea analisis:
- Dalam time frame weekly, sektor PROPERTIES dilihat membuat HHHL di atas trend line.
- Dalam kenaikan ini, dilihat signal 'strong bearish divergence' telah menjatuhkan indeks tetapi signal ini tidak mampu menjatuhkan indeks sehingga ke bawah trend line.
- Ini kerana terkini, muncul tiga petanda yang menunjukkan indeks akan rebound di atas trend line support:
1) Muncul candlestick tower bottom.
2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah trend line kerana minat penjualan yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Dengan 3 petanda rebound ini, indeks PROPERTIES bepotensi menuju ke paras SBR (835 mata - 855 mata).
Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna indeks dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance ( SnR ), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
Properties
PROPERTIES (Cubaan Bertahan di Trend Line)Sektor PROPERTIES dilihat sedang melakukan pullback setelah mencapai paras tertinggi dalam setahun pada paras 749 mata.
Kini dilihat sedang bertahan di garisan sokongan. Sokongan terdekat pada paras 741 mata. Setakat ini garisan tersebut telah dicuba sebanyak tiga kali dan berlaku lantunan setelah mencecah garisan sokongan tersebut. Sekiranya lantunan kali keempat ini berjaya berkemungkinan besar akan cuba menguji pula kekuatan halangan pada paras 749 mata.
Moving Average (MA) 50 juga tidak jauh daripada mata index PROPERTIES . Sekiranya masih di atas MA 50 akan menunjukkan index PROPERTIES akan meneruskan pergerakan uptrend.
Menarik untuk diperhatikan saham-saham berkaitan PROPERTIES di minggu hadapan.
Apa pula pendapat anda?
Properties ada potensi atau tidak ?Sektor Properties memain peranan penting dalam pembangunn di negara kita.
Pergerakan harga menunjukkan ada potensi untuk sambung penurunan.
Walau bagaimanapun, untuk mengukuhkan kenaikkan, ia mestilah menembusi rintangan kedua.
Rintangan : 766.13
Sokongan : 748.50
Semasa : 752.16
✍️ Sekian
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Selamat Berpuasa :)
CME GROUP BERHAD - Bakal memecahkan pattern bullish pennant!KENAPA CME???
1) CME dalam sektor industrial product:
a) Pembuatan kenderaan mobiliti - bomba, airport, kren.
b) Pyroshield - fire suppression system
c) Properties
2) QR mencatatkan keuntungan 4 kali berturut-turut.
3) Volume bulan Ogos 2020 adalah volume tertinggi dalam sejarahnya.
4) Entry dalam segitiga pennant
5) TP:
a) 0.16 (short term)
b) 0.270 (long term) - ATH (perlu break untuk meroket tak ingat dunia)
*bukan buy call. Sekadar trading idea. TAYOR GAIS!