Pullback
Inari terkiniBukan jumaat daaaaa..
Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan.
Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
Kemaskini Duopharma Biotech - berada di kawasan berhantuSejak dari swing low tempohari, duopharma bergerak naik dengan pertambahan volume yang agak baik. Dan kini menuju kawasan berhantu yang pernah jadi rintangan lama.
Objektif swing mungkin sudah tercapai dan untuk langkah seterusnya kita boleh lihat dan perhatikan bagaimana reaksi harga selepas ini.
Ulangkaji : pullback yang baik perlukan kemasukan volum bagi menampung harga dari jatuh lagi
Kemaskini sektor tenaga (energy )- mencari peluangHampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar.
Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.