Range
Pentamaster - 2 corak bayanganBuat masa ini saya nampak seakan corak segitiga kaki menaik dan boleh juga corak kotak melintang.
Kalau berpandukan corak, pelan cadangan boleh dibuat selepas corak ditembusi.
Dalam masa yang sama, selagi corak belum lengkap, kita masih boleh mengambil risiko untuk membuat pelan dagangan entri di sokongan dan keluar di rintangan.
Berlatih melihat kawasan harga berlonggokHari ini kita cuba melatih mata untuk melihat pergerakan harga yang sedang berlonggok.
Harga yang berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi.
Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan kuasa sebenar dan mungkin meneruskan trend sebelumnya.
Mari berlatih sampai lebam.