AUDUSD - Navigasi keputusan RBAMarket pada masa ini "pricing in" yang RBA akan "cut interest rate" dari kadar 1.00% kepada 0.75%. Saya secara peribadi, selalu mengelak daripada mempunya posisi trade sebelum risk event seperti ini (Interest Rate Decision dari Central Bank)
Saya percaya pedagang institusi menggunakan risk event ini sebagai satu peluang untuk mereka mendapatkan liquidity melalui stop hunt. Sebab itu "candle spike" ketika event ini tidak ada kena mengena dengan haluan dengan keputusan interest rate iaitu "potong interest rate = bearish untuk matawang berkenaan".
Contoh pada 2 Julai 2019, RBA membuat keputusan untuk memotong interest rate. Candle spike adalah di haluan kebawah walau bagaimanapun haluan trend intraday pada hari itu adalah Bullish. Barangsiapa yang short AUDUSD pada hari itu sekadar berdasarkan keputusan RBA itu mungkin mendapat beberapa pips, itu pun kalau order mereka tersebut mampu kena "filled" di harga yang mereka mahu (sebab masa risk event, spread membesar). Kefahaman "potong interest rate = bearish untuk matawang berkenaan" tidak "applicable" untuk hari tersebut.
Contoh lain pada 4 Jun 2019, RBA memotong interest rate tetapi candle spike nya adalah Bullish. Selepas harga turun (correction), haluan intraday pada hari itu adalah Bullish. Kefahaman lazim "potong interest rate = bearish untuk matawang berkenaan" tidak applicable untuk hari tersebut
Ini contoh pada bulan Mei lepas ketika RBA membuat keputusan untuk mengekalkan kadar interest rate sedangkan konsensus market adalah untuk mereka memotong interest rate. Kali ini, candle spike bergerak di haluan yang "sesuai" dengan kefahaman "potong interest rate = bearish untuk matawang berkenaan". Walau bagaimanapun, candle spike tersebut itu sahaja yang bullish. Selepas itu haluan AUDUSD adalah bearish.
Actionables
Dari sudut technical analysis, saya masih Bearish AUDUSD. Saya anticipate adanya candle spike dan saya menunggu samada candle spike tersebut "tap in" liqudity pool di harga yang saya tanda di dalam carta atau tidak. Kalau ya, maka saya menunggu bearish signal untuk saya short AUDUSD sekurang-kurangnya candle selepas news event ini (30 minit paling awal)
"Take away" dari penulisan ini adalah
a) berdagang sebelum atau ketika risk event sebegini adalah seperti berjudi. Walau kita hendak "straddle" risk event pun (membuat pending order satu untuk Long, satu untuk Short), spread untuk pair yang berkenaan akan sentiasa membesar dan order kita selalu tidak "filled" di harga yang kita mahu DAN disebabkan spread yang membesar, stoploss kita pun mudah terkena walapun candle low atau high tidak kena di harga stoploss kita simpan
b) Kefahaman "potong interest rate = bearish untuk matawang berkenaan" tidak semudah begitu. Ada masa potong interest tidak bermasuk dovish dan ada menaikkan interest rate tidak hawkish.
c) Pedagang institusi, sekurangnya beberapa minit awal, tidak peduli apa keputusan central bank samada mereka potong, menaikkan interest rate atau menurunkan interest rate sebab mereka akan manipulasi harga dimana adanya liquidity
d) Berdagang hanya SELEPAS risk event sekurang-kurangnya 30 minit