Ripple
XRP (Muncul Signal Kenaikan Berturut-Turut)Ripple (XRP) dilihat mencuba untuk meneruskan kenaikan setelah berjaya BDTL. Kejayaan BDTL XRP ini disokong oleh signal 'strong bullish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
Setelah berjaya BDTL, indikator stochastic RSI memberikan signal positif sekali lagi. Munculnya signal 'hidden bullish divergence' menandakan bahawa momentum penjualan adalah kuat tetapi tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan dengan menjadikan paras harga RM 5.40 sebagai support terbarunya. Sekiranya harga mampu menembusi paras RM 6.20 dan dapat bertahan di atas paras harga ini, XRP berpotensi untuk menuju ke resistance seterusnya pada paras harga RM 8.10.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan harga pada time frame 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan harga di time frame yang berbeza menatijahkan analisis yang hampir sama atau berbeza.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
XRP (Bangkit Dari Mimpi Lena)Ripple (XRP) telah berjaya BDTL setelah mengalami tekanan penjualan berturut². Signal 'strong bullish divergence' juga melihatkan momentum downtrend semakin lemah. Jika XRP mampu bertahan di atas paras RBS RM 4.80, harga berpotensi menuju ke RM 6.20 dan seterusnya ke RM 8.10. Jika harga tidak mampu bertahan di atas RM 4.80, harga berpotensi untuk jatuh ke support seterusnya pada RM 3.60.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan untuk tf 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan berbeza untuk tf yang lain.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Tf = Time Frame.
#TAYOR #BAYOR #DYOR
XRP (Mencari Persinggahan atau Menuju Pengakhiran)Ripple (XRP) kini menerima tekanan penjualan 4 hari berturut². Kejatuhan ini juga didorong oleh signal 'strong bearish divergence' yang ditunjukkan oleh stochastic RSI. XRP perlu rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan. Jika XRP jatuh dan 'tutup' sehingga melebihi paras fibo 0.382 iaitu di bawah harga RM 5.40, XRP tidak dikira membuat retracement lagi tetapi berkemungkinan XRP membuat reversal.
Nota kaki:
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Correction / Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada sideways atau downtrend.
XRP (Berjaya Pecahkan Piring)Ripple (XRP) dilihat telah berjaya memecahkan rounding bottom atau saucer pattern. Jika XRP mampu bertahan di atas RBS iaitu RM 2.70, harga berpotensi menuju ke RM 3.50 mengikut teori rounding bottom atau saucer pattern.
Nota kaki:
* RBS = Resistance Become Support.
Ripple (XRP) menjunam teruk akibat disaman SECSaya baru buka akaun Luno, sekadar mencuba-cuba pasaran kripto.
Nampak antara pilihan yang ada, Ripple (XRP) yang harganya agak mampu milik.
Tapi saya sangsi untuk membelinya kerana harga jatuh teruk.
Rupanya XRP disaman oleh Suruhanjaya Syarikat Amerika (SEC) kerana didakwa menawarkan "saham" secara tidak mengikut prosedur.
Tapi eksekutif XRP pula mendakwa SEC tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyaman mereka.
XRP matawang kripto yang ketiga terbesar didunia dari segi market cap, tapi ia berbeza dengan bitcoin dan ethereum kerana tidak melalui proses "mining".
Sementara itu, harga terus tergolek memecahkan paras sokongan MA200, dengan volume yang teramat kuat.
Kemudian ia cuba membuat "comeback" dengan bertenggek di atas MA200.
Cuma trend menurun kelihatan masih kuat, jadi saya mengambil tindakan tunggu dan lihat untuk langkah seterusnya.