Rohas
ROHAS Bakal Tembusi Garis TAD? ROHAS dilihat sedang membuat kenaikkan yang besar dengan volume yang padu hari ini. Petunjuk SMI juga menunjukkan telah berlaku golden cross. Potensi kenaikan masih ada. Boleh perhatikan jika ia berjaya memecah garis TAD sebagai pengesahan. Menurut Elliot Wave, kemungkinan berada pada Gelombang ketiga permulaan.
Kawasan masuk: 0.330 - 0.34
Ambil untung: 0.39
Potong Rugi: 0.315
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
ROHAS bersedia untuk mendaki ke atas Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini setelah mengalami gelombang pembetulan Kecil 2 yang lama dan kini telah memulakan pergerakan mendaki di Gelombang Kecil 3 serta terdapat momentum Volume baru ke Fibo Extension tahap 61.8%%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
ROHAS sedang membuat retracementROHAS dilihat masih berada pada gelombang ketiga Elliot Wave yang menunjukkan masih ada potensi untuk kaunter ini membuat kenaikan. Dua lilin merah yang dihasilkan menunjukkan ia sedang mengalami tekanan jualan yang tinggi dan menandakan akan meneruskan trend penurunan untuk beberapa ketika. Boleh perhatikan paras fibo untuk menjangkakan paras sokongan untuk ia membuat penukaran arah trend. Kemungkinan paras sokongan tersebut berada pada 0.315 atau 0.310. Boleh perhatikan untuk beberapa hari lagi untuk pengesahan.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.