RSAWITMYX:RSAWIT
Gap Dibawah harga semasa
0.125-0.13, 0.14-0.145, 0.165-0.17,
Gap Di atas harga semasa
0.465-0.47, 0.485-0.49, 0.51-0.515
Stochastic berada di kawasan oversold dan RSI menunjukkan ada momentom kenaikkan.
Nampak gayanya Kaunter MYX:RSAWIT mungkin dalam fasa menutup GAP dibawah sebelum Naik tutup GAP diatas.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
RSAWIT
RSAWIT momentum baru yang akan melonjakkan kenaikan seterusnyaAnalisa Teknikal Gelombang Elliot :
#MOMENTUMBREAKOUT
kini berada di gelombang impulse subKecil 1 di gelombang kecil 3 dijangka akan memecahkan Harga tertinggi 52 minggu di Tahap Fibo 61.8% dan akan menurun sedikit sebelum menuju ke atas dengan momentum volume yang kuat serta akan mendaki ke arah Gelombang Besar 3 di tahap Fibo Extension 261.8% .sebagai sasaran
Nota : Sila Peratikan Volume Momentum
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
RSAWIT mahu menukar Resistant kepada SupportSecara umumnya, RSAWIT kini dalam keadaan uptrend sejak awal Mei lepas dimana harga telah berada pada bahagian atas garisan EMA200. Perubahan trend disokong oleh persilangan antara garisan EMA50 dan EMA200 sebelum ini.
Harga 19 Ogos telah berada pada EMA50 dan mempunyai bekalan momentum untuk memecahkan Resistant 0.295. Pada pendapat saya, andai harga dapat breakout Resistant ini, belian boleh dibuat pada 0.300 dengan berpandukan support 0.295(RBS) dan 0.280.
Resistant seterusnya adalah pada 0.340, 0.450 dengan memastikan harga masih berada diatas/lebih tinggi daripada garisan EMA200.
Jika harga turun rendah daripada EMA200, boleh untuk cutloss/take profit.
Semua kajian dan pandangan ini adalah untuk tujuan pembelajaran.
4 Jun 2020- Buy on dip RSAWIT Kaunter ini dalam sektor peladangan (plantation).
Dari segi analisis fundamental, rating dan rekod pendapatan dan keuntungan kurang bagus. Boleh dipertimbangkan untuk swing jangka pendek.
Kaunter ini agak berat memandangkan jumlah unit saham yang melebihi 900 juta unit.
Dengan sentimen semasa yang positif dan harga minyak sawit yang semakin mengukuh sedikit sebanyak boleh menjadi pemacu (catalyst) kenaikan harga kaunter ini.
Number of Share: 1.418b
P/E Ratio: -
ROE (%): -10.00
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA20, MA50 dan MA200. Corak harga sedang dalam fasa uptrend dengan bentuk zig zag yang sihat dapat dilihat.
Harga sedang retrace dan sangat sesuai untuk entry buy on dip. Indikator stochastic RSI masih lagi dalam paras neutral tetapi semakin menghampiri paras overbought.
Sokongan: 0.310
Rintangan 1: 0.355
Rintangan 2: 0.410
Rintangan 3: 0.465
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #rsawit #bod #FIAR #jun20
RSAWIT Nampak Seperti Sudah Bersedia Untuk Bergerak Ke AtasRsawit sangat menarik untuk diperhatikan. Sedang dalam fasa pembetulan harga sebelum ini dan pada hari ini terlahpun ditutup dengan reversal candle yang kuat dimana ianya membuat pantulan (rebounce) di middle Bollinger Band dan disokong oleh volume yang kuat (volume breakout). Secara teorinya, Rsawit telah bersedia untuk membuat pullback dan meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi. Jika dilhat pada indicator Bollinger Band juga, Rsawit berpotensi untuk membuat pattern surf Bollinger Band. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).