Connect : MA20,MA50 & MA2001. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter ini daripada 2008-sekarang, harga dalam keadaan sideways range harga antara 0.080-0.250
2. Tahun 2020, ada kemasukkan volume baru yang besar berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan minat "pelabur terhadap kaunter ini"
3. Setelah kenaikan yang banyak, harga telah membuat major correction. Namun tidak turun melepasi paras permulaan kenaikan.
4. Menggunakan MA20,MA50 dan MA200, harga naik ke atas semula. Ini menunjukkan major correction telah tamat.
5. Indikator RSI menunjukkan bullish divergence, menunjukkan kenaikan momentum untuk kaunter ini.
6. Namun harga tidak dapat naik lagi tinggi sekiranya tidak memecahkan resistance 2.
7. Jika nak trade kaunter ini, tunggu line RSI berada di trendline untuk entry dan harga akan turun sedikit. Target profit pada resistance 2.Jika pecah resistance 2, harga berupaya untuk mencari resistance 1.
8. Ingat untuk setiap kenaikan perlukan masa. Trader perlu sabar
Rsidivergence
Ancomlb : Support Resistance RSI1. Kaunter ini telah membuat satu gap up yang sangat jauh dan diiringi volume yang besar.
2. Kaunter ini dalam keadaan uptrend kerana berada di atas MA200 dan tidak turun di bawah paras permulaan kenaikan.
3. Selepas kenaikan yang tinggi dan indikator RSI telah menunjukkan overbought, harga membuat correction.
4. Untuk memastikan harga mencari resistance tertinggi, indikator RSI perlu menjadi bullish divergence dan perlu memecahkan resistance ke2.
5. Telah 2 kali cuba memecahkan resistance ke2. Percubaan kali ketiga perlu dipecahkan jikaingin mencapai resistance tertinggi
Puncak : Struktur Kaunter1. Jika dilihat pada struktur kaunter ini, sentiasa membuat low baru dan high baru dan berada atas MA200. Ini menunjukkan kaunter ini jelas dalam uptrend.
2. Pada indikator RSI, telah berlaku bullish divergence dan telah mencapai overbought.
3. Kemudian telah berlaku bearish divergence pada RSI(puncak RSI rendah berbanding puncak sebelum ini. Ini menunjukkan kelemahan trend pada kaunter ini.
4. Adakah kaunter ini akan membuat Higher Low/HL yang baru.Jika tidak berjaya harga akan mengalami minor downtrend.
5. Jika harga mampu bertahan pada support, ia akan mencipta Higher Low/HL yang baru
6. Perhatikan juga RSI, jika berlaku bullish divergence( akar bawah lebih tinggi berbanding sebelumnya). Ini menunjukkan harga kembali ada momentum untuk meneruskan kenaikan yang lebih tinggi serta membuat struktur Higher High/HH yang baru.