UPDATE: RUBEREXMasih gagal menembusi resisitance. Liat sungguh. Tunggu leader dia gerak baru dia nak follow agaknya. Hold 2-3 bulan.
Sila rujuk kajian sebelum:
Untuk kajian sahaja.
DYOR
TAYOR
RUBEREX
RUBEREX SUDAH BERTAPAK KEMAS DI RBS?Saham-saham glove sudah berada dalam fasa downtrend untuk tempoh yang panjang. Setelah melakukan Breakout Downtrend line kini RUBEREX sedang bertenggek di Resistance Become Support (RBS).
Dilihat masih menguji ketahanan RBS. Apa jangkaan sekiranya berjaya bertahan di RBS?
Sekiranya RUBEREX berjaya bertahan di atas RM1.34 berkemungkinan besar RUBEREX akan cuba mencari halangan seterusnya pada Support Become Resistance (SBR) pada harga RM2.
Perkara yang perlu diberikan perhatian di dalam chart adalah:
1. Bullish Divergence di mana harga telah ditolak jatuh hingga membentuk lower low.
2. Indicator RSI juga tidak mampu untuk menolak harga lebih bawah lagi sehingga membentuk higher low. Ini menunjukkan momentum jualan sudah berkurang.
3. Terdapat 2 batang volume yang lain macam, melebihi volume ketika mana berjaya memecahkan garisan downtrend.
Kebanyakan sektor saham sektor glove lain sudah bergerak laju. Adakah RUBEREX akan mengikuti jejak langkah yang lain?
Salah satu saham yang menarik untuk diperhatikan.
Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
RUBEREXMasih bertahan atas RBS. Kaunter glove dah bertukar arah. Boleh cari harga terbaik untuk swing mid-long term.
Untuk kajian sahaja.
DYOR
TAYOR
RUBEREX (Dibayangi Sejarah Lampau)Sektor:
- Rubber Gloves, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan RUBEREX dalam keadaan trend menaik dan dilihat sangat memberangsangkan. Keuntungan RUBEREX QoQ dan YoY masing² mencatatkan peningkatan sebanyak 1430.7% dan 1055.43%. Hasil (revenue) RUBEREX juga di dalam trend menaik dan meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 179.73% dan 86.75%. Fundamental RUBEREX secara keseluruhannya dilihat sangat baik dan cemerlang.
- Dari sudut Teknikal, RUBEREX dilihat telah gap up kemudian BDTL dan berjaya tutup di atas MA 50 tetapi masih berada di bawah MA 200 menandakan RUBEREX masih downtrend untuk long term.
- Sebelum ini, RUBEREX pernah juga gap up kemudian BDTL dengan volume yang lebih kurang seperti terkini tetapi tidak lama kemudian, RUBEREX meneruskan penurunan. History repeats itself?
- NTA (Net Tangible Assets) bagi RUBEREX adalah RM 0.45 berbanding dengan harga semasa adalah RM 1.320. Jadi, RUBEREX sekarang masih over value dan berkemungkinan harga akan jatuh lagi sehingga ke paras RM 0.45.
- Walaubagaimanapun, jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan support terbaru iaitu RM 1, kemungkinan reversal ini valid. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kenaikan ini adalah technical rebound atau dead cat bounce semata.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
RUBEREXBargain hunter menanti di kawasan collection area as lowest as 1030 - 1310 sebelum meneruskan momentum.
Untuk kajian sahaja. Saya mungkin salah dalam menetukan halatuju movement kaunter tersebut.
Rubber Gloves (Comeback)Sektor 'Rubber Gloves' dilihat telah memecahkan downtrend line dengan volume yang besar. Pergerakan ini dapat dilihat pada saham HLT, RUBEREX, CAREPLS dan TOPGLOV.
Kenaikan saham sektor 'Rubber Gloves' ini juga memperlihatkan keadaan yang sama kepada indeks KLCI (Indeks KLCI BDTL seperti sektor 'Rubber Gloves'). Adakah kaunter² 'Rubber Gloves' ini akan terus menghijaukan KLCI?
*BDTL = Break Downtrend Line.
23 Jun 2020- Kaunter Sarung Tangan RUBEREXKaunter ini dalam sektor produk dan perkhidmatan industri dan terkenal dengan pengeluaran sarung tangan getah.
Dari segi analisis fundamental, ratimng agak baik. Kaunter ini menerima tempias positif dalam fasa Covid-19 ekoran peningkatan permintaan sarung tangan getah.
Jumlah saham: 277.43m
P/E Ratio: 69.68
ROE (%): 5.05
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Garisan MA20 menjadi rintangan yang perlu dipecahkan untuk meneruskan kenaikan.
Harga telah retrace ke paras sokongan dan dijangka akan membuat pullback. Indikator stochastric RSI berada di paras oversold.
Sokongan: 2.640
Rintangan 1: 3.240
Rintangan 2: 3.880
Rintangan 3: 4.530
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #ruberex #jun20 #FIAR