ZECON - Menanti untuk breakoutSektor : Pembinaan
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- ZECON telah memecahkan garisan penurunan serta paras RBS dan menunjukkan tanda-tanda reversal.
- ZECON juga menanti untuk breakout paras harga 0.50 dan menarik sekiranya berjaya kekal diatasnya.
- Indikator RSI juga melebihi paras 60 menandakan momentum kuat untuk meneruskan perjalanan.
Dari sudut cataylst
- Negeri Sarawak membentangkan bajet belanjawan 2022 yang memfokuskan kemajuan bandar dan luar bandar,
- Syarikat ZECON terlibat dengan projek Pan Borneo fasa 1.
Kriteria pemilihan kaunter
- Kaunter dalam keadaan trend menaik
- RSI14 atas RSI 60-70
- Reversal
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
Sarawak
SCABLE (Bermain di Dalam Segitiga)Sektor:
- Electronic, Power Utilities, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, SCABLE dilihat lebih banyak mencatatkan kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) juga menurun QoQ sebanyak -39.11% dan YoY sebanyak -23.23%. Selain itu, iSaham juga mengkategorikan SCABLE ini di bawah syarikat yang 'negative earnings'.
- Dari sudut Teknikal, SCABLE dilihat membentuk symmetrical triangle pattern.
- Terkini, SCABLE dilihat cuba untuk rebound di atas trendline dan MA 50.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menunjukkan reversal atau rebound berlaku.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.