SAUDEE (Meneruskan Penurunan Sehingga ke Paras Sokongan)Sektor:
- Food & Beverages, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dibincangkan dalam posting idea sebelum.
- Dari sudut Teknikal, MACPIE meneruskan penurunan dan sekarang berada di kawasan support.
- Stochastic RSI juga hampir cross up di paras oversold menunjukkan akan berlakunya reversal.
- Tetapi berkemungkinan reversal yang terjadi hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja memandangkan harga jatuh di bawah MA 200.
Nota kaki:
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend atau sideways.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika
sebelum meneruskan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SAUDEE
SAUDEEKeadaan yang sudah dijangka. Para pedagang terlalu optimistik terhadap pemilihan syarikat saudee walhal syarikat ini masih mempunyai hutang yang tinggi dan tidak mungkin dapat diselesaikan di dalam masa 3-4 quarter.
SAUDEE (Kenaikan dan Penurunan Drastik)Sektor:
- Food & Beverages, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, SAUDEE dilihat membuat keuntungan yang tidak konsisten. Kerugian paling tinggi dicatatkan di dalam QR adalah pada 26 Jun 2020 sebanyak RM 19,677. Keuntungan SAUDEE menurun sebanyak -156.76%. Hasil (revenue) pula kelihatan bergerak sideways dengan menunjukkan sedikit peningkatan untuk QoQ dan YoY.
- Dari sudut Teknikal, SAUDEE telah cross up MA 200 kemudian breakout SBR pada paras RM 0.405.
- Paras RM 0.405 asalnya merupakan SBR bagi SAUDEE apabila harga jatuh di bawah harga ini tetapi kemudiannya SAUDEE berjaya breakout dan menjadikan paras ini sebagai RBS pula.
- Harga mula menaik selepas breakout dan cross up MA 200 sehingga harga naik melebihi RM 1.
- Ketika ini, stochastic RSI menurun memberi signal SAUDEE dalam keadaan strong bearish signal di mana harga akan jatuh.
- Harga jatuh dan sekarang harga nampak bertahan ni RBS. Walaubagaimanapun, harga ditutup di bawah MA 200.
- Jika harga mampu rebound, SAUDEE mampu mencapai RM 1.050.
- Jika tak mampu atau harga semakin jatuh, perhatikan support seterusnya iaitu RM 0.310.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* YoY = Year over Year.
* QoQ = Quarter over Quarter.
* SBR = Support Become Resistance.
* RBS = Resistance Become Support.
* Cross up = Melintasi ke atas.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana stochastic RSI menaik tetapi harga menurun.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas membuat penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
5157 SAUDEE : OVERBOUGHT DALAM UPTRENDVolatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 10%
Volume tertinggi pernah dicapai : 292.73 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 1.050
Harga Terendah 30 Hari : 0.325
Ditutup pada 0.885 pada 17 Mac. Buy rate sekitar 58%. Terdapat peningkatan volume yang tinggi berbanding hari sebelumnya. Minat pelabur terhadap stock meningkat mendadak.
Masih belum kelihatan Resistance kuat. Tetapi harga sekarang sudah berada di paras overbought. Support kuat yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut.
R-1 : 0.980
S-1 : 0.600
S-2 : 0.550
Harga dijangka akan terus naik mendadak jika mampu melepasi 0.980 sekali lagi.
Tetapi jika support 0.550 pecah, berkemungkinan harga susah untuk naik semula.
SAUDEEMelihat pada perkembangan indikator, SAUDEE dijangka bakal membuat kenaikan dalam masa terdekat. Sesuai utuk pegangan jangka masa midium.
SAUDEE : Kenaikan yang selamat untuk pelaburan panjang.Kaunter makanan ini menarik kerana secara harian dan mingguan dalam keadaan menaik.
1. Sentiasa berada di atas 3 EMA utama.
2. MACD dan Stochastic bersilang pada 4.30 petang- minat belian yang tinggi pada saat akhir.
3. Lantai pada 0.485/0.495. Siling sideway 0.535. Siling seterusnya 0.550.
#teknikal analisis saham marhaen
#tujuan pembelajaran sahaja
SAUDEE Cubaan Memecahkan Awan dan Kembali Menguji All Time HighSAUDEE hari ini memecahkan aras rintangan di 0.490 akan tetapi ada rintangan awan ichimoku di aras 0.510. Jika berjaya keluar dari awan, rintangan kuat yang perlu ditempuhi adalah di 0.565 dan juga all time high di 0.670. Sama-sama kita perhati rapat jika SAUDEE berjaya memecahkan aras rintangan ichimoku di 0.510. Jika berjaya, boleh dijadikan RBS yang kuat. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
SAUDEESaudee telah membuat kenaikan tertinggi sebelumya iaitu pada 13 ogos 2020. Kebarangkalian saudee sedang alami fasa sideways adalah besar dengan melihat pada pergerakan harga pada carta. untuk kenaikan, harga perlulah melepasi FAV lepas dan kekal di atas iaitu pada 0.52 yg mana penentu fasa uptrend.
SAUDEE Masih Bersiar-siarBelum bersedia untuk melakukan tujahan. Masih berada pada paras bawah RM0.56.
SAUDEE Sudah Bersedia?Perhatikan volume yang hampir sudah kering selepah tujahan pertama.
Harus memecahkan rintangan terawal pada RM0.57 sebelum terus menuju ke langit.
Saudee - Sideways/ DipPotensi untuk kenaikan sementara ke 0.23.
Harga sekarang adalah pada paras rendah.
Fav pada 0.34.