SCABLE Ingin Membuat Double Bottom?SCABLE pada carta dilihat telah melepasi EMA 100. Hari ini ia cuba untuk test support pada EMA100 dan nampak bertahan. Kemungkinan ada potensi untuk ia mula membuat lantunan. Corak Double Bottom juga kelihatan disitu. Menarik perhatian juga ia sekarang berada pada awak gelombang ke-5. Sub-gelombang mungkin berada pada gelombang ke-3. Kaunter ini nampak menarik untuk jangka pendek dan sederhana. Petunjuk MSI juga masih neutral yang membawa maksud potensi untuk membuat kenaikan masih tinggi.
Kawasan masuk: 0.38 - 0.39
Ambil untung: 0.46
Potong Rugi: 0.37
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry.
SCABLE
SCABLE berpotensi membuat kenaikan Sektor : Industri Produk
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan Subkecil 4 yang membentuk coak 'Regular Flat' ( ABC ) tempoh yang panjang telah berakhir dan terdapat momentum yang baru serta telah memulakan pergerakan bagi gelombang Subkecil 5 di tahap fibo 161.8% untuk sasaran jangkamasa pendek.
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 161.8% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Scable Dilihat Berpotensi Membuat KenaikanKaunter: Scable
Sektor: Industri Produk & Servis
Paparan 1 Hari:
1. MACD BB positif
- Berlakunya persilangan emas
- Berada di upper BB standard deviation 1
- Momentum kenaikan yang baik di atas 0
2. RSI berada di atas 50. Momentum kenaikan yang positif
3. Kaunter secara keseluruhannya berada pada fasa kenaikan yang kuat (strong uptrend)
- Candle berada di atas slow EMA 50 & EMA 100, & berada di atas SMA 200
- Candle berada di atas fast EMA bersilang ke atas & membuat susunan traffic light (uptrend for intraday)
4. Namun stochrsi sudah sampai ke fasa terlebih belian (overbought) kemingkinan turun membuat pembetulan
5. Candle berjaya naik memecah DTL (downtrend line) dan kekal di atas zon 'demand' (perhatikan kotak merah)
Gann Support: 0.37/0.34 | Resistance: 0.4/0.43
EMA 100 Support: 0.375
EMA 50 & SMA 200 Support : 0.365
Sekadar kajian bukan buycall. #TAYOR
SCABLE (Bermain di Dalam Segitiga)Sektor:
- Electronic, Power Utilities, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, SCABLE dilihat lebih banyak mencatatkan kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) juga menurun QoQ sebanyak -39.11% dan YoY sebanyak -23.23%. Selain itu, iSaham juga mengkategorikan SCABLE ini di bawah syarikat yang 'negative earnings'.
- Dari sudut Teknikal, SCABLE dilihat membentuk symmetrical triangle pattern.
- Terkini, SCABLE dilihat cuba untuk rebound di atas trendline dan MA 50.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menunjukkan reversal atau rebound berlaku.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SCABLE (5170) : Nak ke mana tu?Hampiri bentuk MANGKUK dan jika menguji rintangan 0.330.
1. Akan meneruskan kenaikan menguji beberapa rintangan dan menarik jika menembusi rintangan 0.390. EMA50 bersilang atas EMA200 (momentum kuat untuk meneruskan kenaikan)
2. Akan membentuk PEMEGANG (cup and handle), turun semula menguji aras sokongan yang terdekat 0.280 hingga 0.260 (Golden Fibo Ratio) dan melantun bagi meneruskan kenaikan.
Info kaunter :
Corporate Name: SARAWAK CABLE BERHAD
Board : MAIN
Shariah : Shariah Compliant Compliant
Sector : Industrial Products & Services
Sub-Sector: Industrial Materials, Components & Equipment
Kenyataan : Tiada 'buy call' diberikan. Kajian bertujuan untuk pembelajaran sahaja berdasarkan pandangan peribadi.
Kajian berdasarkan indikator yang bersifat laggard memerlukan backtest serta kesan daripada sentimen semasa.
Jika kajian ini memberikan manfaat, dipersilakan untuk tanda SUKA, KONGSI dan SEBARkan kepada orang lain.