SCIB (Dilema Gelombang Kedua)Sektor :
- Industrial Products, Sarawak, Building Materials, Industrial Products & Services (sumber: iSaham).
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Dalam time frame 1 jam, SCIB dilihat telah berjaya melengkapkan major wave 1 yang baru dengan kenaikan sebanyak 93.43%.
- Terkini SCIB dilihat sedang melengkapkan major wave 2.
- Persoalannya, adakah SCIB telah berjaya melengkapkan major wave 2 atau sebaliknya?
- Jika diperhatikan, SCIB telah berjaya melengkapkan major wave 2 dengan retracement sebanyak 61.8% daripada major wave 1 dengan 3 justifikasi:
1) Muncul signal 'strong bullish divergence'.
2) Muncul candlestick 'three outside up' yang merupakan reversal candlestick pattern.
3) Muncul candlestick 'upside gap three methods' yang merupakan bullish continuation candlestick pattern.
- Paras fibonacci 38.2% (RM 0.780) perlu dilepasi oleh SCIB bagi mengesahkan major wave 3 dan harga kemudian berpotensi menuju ke paras fibonacci 161.8% iaitu pada paras harga RM 1.300.
- Walaubagaimanapun, volume yang muncul ketika ini adalah tidak signifikan.
- Jika SCIB tidak mampu bertahan di atas support terbaru pada paras RM 0.610 pula, harga berpotensi jatuh sehingga ke paras harga RM 0.560 iaitu kepanjangan saiz minor wave A mengikut guideline 'zig zag' dalam Elliott Wave.
- SCIB juga boleh membuat kejatuhan maksimum sehingga ke paras harga RM 0.495 iaitu 88.7% retracement daripada major wave 1 dan jika harga jatuh sehingga ke paras awal kenaikan wave 1 iaitu pada paras harga RM 0.450, major wave 2 dikira tidak valid mengikut peraturan Elliott Wave dan perlu dinilai semula.
- Jika dilihat pada timeframe 1D pula, SCIB masih dibawah MA 50 dan MA 200 menandakan SCIB masih downtrend untuk mid term dan long term.
~ Fundamental ~
- Secara overall, keuntungan dan perolehan SCIB dilihat menaik.
- Ini menjadikan keuntungan dan perolehan SCIB meningkat untuk YoY masing² sebanyak 953.15% dan 432.33%.
- SCIB juga buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya pada tahun ini, 2021 sebanyak 7.2 sen sesaham.
Nota kaki :
* Major wave = Rujuk nombor berwarna hijau yang dibulatkan.
* Minor wave = rujuk nombor (berwarna kelabu) dan huruf (berwarna merah) yang dalam kurungan.
* Sub minor wave = Rujuk nombor (berwarna hitam) dan huruf (berwarna merah) yang dibulatkan.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SCIB
SCIB: Menguji EMA90 Sebagai Aras Sokongan Kuat1. Kejatuhan nilai saham kaunter ini sedikit sebanyak merungsingkan ke mana arah seterusnya.
2. Walaupun dengan FA yang agak baik, tidak semestinya akan beterusan naik. ada pasang surutnya.
3. Jangkaan jika berlaku lantunan pada EMA90 ini, bermakna ADA harapan untuk kaunter ini bernafas semula.
4. Jika TIDAK, menurunlah harga sehingga menguji EMA200 sebagai peluang akhir untuk bangkit semula.
5. Mari saksikan drama SCIB!..:)
#sekadarpandanganperibadi
#FIBOsebagaiSnR
#TAYOR
SCIB Terus Memberikan Tekanan Esok?SCIB hari ini turun pada paras sokongan pada harga 2.02 untuk kali ketiga. Seolah-olah ia akan menjadi support yang kuat andaikata ia tidak dibocorkan esok. Adakah ia akan berjaya bertahan atau akan terus turun untuk memberikan tekanan kepada pemegang saham SCIB esok?
FUNDAMENTAL ANALISIS
1. SCIB dilihat sebagai mempunyai pergerakan dan rekod cemerlang pada QR yang menerupai Kpower. Jadi sesetengah pelabur melabel ia sebagai saham adik beradik dengan Kpower.
2. Peningkatan SCIB ini juga berkait dengan perubahan yang dibawa oleh Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes SCIB dengan reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang sama seperti Kpower.
3. Pada 2020, SCIB dikatakan berjaya mencatatkan 1.9 Billion Order Book. Untuk tahun 2021, Pengurusan SCIB dikatakan yakin akan mencatatkan kira-kira 2.5Billion order book. Ini menjadi catalyst yang kuat untuk kenaikan SCIB.
4. SCIB terlibat dalam sektor Material Construction. Pasaran Market untuk projek SCIB kebanyakan juga diperoleh dari luar negara seperti Qatar, Sri Lanka dan Nepal memberikan gambaran bahawa SCIB mampu berkembang secara global tanpa hanya bergantung kepada projek-projek tempatan yang terhad.
5. Sebagai rekod peningkatan QR SCIB juga terus meningkat seperti di bawah,
Q4 19 mencatatkan keuntungan +0.8juta, 2.8% daripada 28.6juta perolehan.
Q1 20 mencatatkan keuntungan +4.3juta, 8.3% daripada 51.8juta perolehan.
Q2 20 mencatatkan keuntungan +5.1 juta, 5.3% daripada 94.9juta perolehan
Q3 20 mencatatkan keuntungan +12.4juta, 6.8% daripada 183.7juta perolehan.
6. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga Kpower.
7. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham SCIB.
TEKNIKAL ANALISIS
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 27hb Januari yang lalu di 3.08, SCIB dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada paras support yang sama untuk kali ketiga. Jika ia mampu bertahan daripada bocor, ini bermakna ia akan menjadi support yang kuat untuk SCIB meneruskan kenaikan.
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri Fibonachi Retracement 0.5 pada harga sekitar 1.96.
3. Jika Fibonachi retracement ini tidak mampu menjadi support yang kuat, ia dilihat mampu turun lagi sehingga mencecah MA50 sekitar 1.8. Support seterusnya adalah pada classical support di 1.73.
4. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
5. Penurunan harga pada 9hb Feb juga dilihat bersama volum yang tinggi. Namun pada hari-hari berikutnya, penurunan harga sudah dilihat volum dapat diserap disekitar purata volum, menunjukkan Penjual tidak ramai.
6. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak rendah ke paras RSI 50.
7. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan dikawan oversold zone, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah SCIB akan terus menekan pemegang saham esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin SCIB mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang saham SCIB merasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini pada esok hari?
Khairul Hafiz
Kpower Terus Memberikan Tekanan Esok?Kpower hari ini menurun pada paras harga terendah sejak sebulan yang lalu pada RM2.15. Sebulan yang lalu, Kpower mencecah ATH pada harga 2.90. Adakah ia akan terus memberikan tekanan kepada pemegang saham Kpower esok?
Fundamental Analisis
1. Kejayaan Kpower mendapatkan beberapa projek besar dalam sektor Renewable Energy, menarik minat pelabur untuk mendapatkan saham Kpower. Ini terbukti dengan peningkatan QR yang cantik sejak Q3 19.
2. Perubahan mendadak ini setelah kemasukan Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes Kpower membawa bersama reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang.
3. Sebagai rekod peningkatan QR Kpower terus meningkat seperti di bawah,
Q2 20 mencatatkan keuntungan +1.9juta, 13.6% dariada 13.6juta perolehan.
Q3 20 mencatatkan keuntungan +2.7juta, 8.4% daripada 31.7juta perolehan.
Q4 20 mencatatkan keuntungan +7.3 juta, 18.6% daripada 39.4juta perolehan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +8.1juta, 14.3% daripada 57.1juta perolehan.
4. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga SCIB.
5. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham Kpower.
Teknikal Analisis
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 18hb Januari yang lalu di 2.9, Kpower dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada aras terendah pada 2.15, iaitu bersamaan harga minima pada indikator Fibinachi Retracement 0.618 pada harga 2.05. Adakah ia akan membuat lonjakan setelah mencapai lantai Fibonachi retracemenet 0.618?
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri MA50. Adakah ia akan berjaya membuat lonjakan sekiranya ia mencecah MA50 esok?
3. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
4. Pada hari berikutnya, penurunan beberapa hari sehingga hari ini hanya mempunyai volum yang sedikit. Ini menjadi faktor sokongan bahawa harga dijangka mampu membuat kenaikan semula. (lihat pada carta volum anak panah hijau)
5. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak banyak ke paras 50.
6. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah Kpower akan terus menekan pemegang saham Kpower ini esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin Kpower mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang shaam Kpower rasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini keeskan hari?
Khairul Hafiz
SCIBSCIB merupakan saham untuk jangka panjang dengan keuntungan capital dan juga dividend. Melihat pada persaingan SCIB merupakan syarikat monopoli di borneo dan dengan kepakaran yang dimiliki, SCIB mampu untuk menembusi pasaran di Kalimantan memandangkan Presiden Indonesia mulai memindahkan ibu kota Indonesia daripada Jakarta ke Kalimantan.
Penurunan harga semasa adalah kejatuhan harga sementara.
SCIB (9237) : Menanti Peluang Untuk PembalikanSektor: Industrial Products, Sarawak, Building Materials, Industrial Products & Service
1. Kaunter MYX:SCIB dengan FA yang baik.
2. Telah membuat rekod ATH pada 27 Jan 2021 , mengalami penurunan (Gap Down) pada 2 Feb 2021, dan KINI meniti di atas ruang Anjakan Fibo.
3. Kotak kuning boleh dijadikan ruang pembelian selamat selagi candle berada di atas aras sokongan dinamik EMA21.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
SCIB ingin meneruskan perjalanan UPTRENDKita boleh lihat SCIB sebelum ini telah rebound fib382 dan hari ini telah break short downtrendline. Volume juga kuat telah melepasi garisan MA 5. Boleh dilihat Stochastic telah memberikan signal. Manakala MACD hampir cross up untuk confirmation. JIka dimasukkan EMA line 5 dan 9, telah berlaku silangan ke atas.
R 2.90 / 3.03 /3.20.
S 2.62
Apa2 pun kita tngok boleh lepas tak HH sebelum ni di 3.03.
Sekadar kajian dan pembelajaran. Sediakan trading plan masing2.