SCOPE
SCOPE Nampak Kuat. Lembu Yang Gagah. SCOPE berjaya memecahkan aras ringtangan 0.370 dengan candle solid marubozu disokong oleh volume yang kuat. Aras target yang seterusnya adalah aras all time high di 0.455 (tradingview) / 0.495 (bursa station). Ada dua aras yang berlainan jika dilihat pada dua platform ini. Jadi, ambil dua-dua sebagai aras rintangan / target seterusnya. Kaunter Scope merupakan kaunter uptrend dan strong bullish (lembu yang gagah). Indicator Ichimoku Cloud juga menunjukkan signal strong bullish. Begitu juga dengan MACD, persilangan buy baru muncul dan histogram hijau yang pertama juga baru muncul. Scope juga telah menyerahkan cadangan bonus issue berserta free warrant kepada Bursa Securities dimana cadangan bonus issue sebanyak 3 nisbah 10. Adakah akan ada bonus issue rally? (Sekadar kajian dan pembelajaran).
SCOPE Permulaan Gelombang ke-5SCOPE pada carta dilihat sangat menarik hari ini kerana ia membentuk corak gelombang Elliot yang lengkap. Ia sangat jelas kelihatan membuat lima gelombang menurut teori Elliot dan sekarang berada pada permulaan gelombang ke lima. DItambah pula dengan petunjuk SMI yang dilihat membuat lantunan pada kawasan oversold.
Kawasan masuk: 0.310 - 0.320
Ambil untung: 0.34 - 0.37
Potong Rugi: 0.295
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
SCOPE Memecah Garis TAD dan menuju 52 Minggu Tertingggi?SCOPE dilihat membuat kenaikan yang menarik dan terus menerus sejak 3 Ogos lepas. Ia telah memecah garis TAD dan menuju kepada paras tertinggi 52 Minggu. Merujuk kepada pendapatan syarikat pada tiga suku tahunan pada tahun ini, ia mempunyai potensi yang sangat cerah untuk meneruskan kenaikan menuju 52 Minggu tertinggi. Paras rintangan dilihat pada 0.33 manakala paras sokongan boleh diletakkan pada 0.29 dan 0.265.
Kawasan masuk: 0.285 -0.295
Ambil untung: 0.330
Potong Rugi: 0.280
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
SCOPE sedang menaik menuju Gelombang besar 3Analisa Teknikal Gelombang :
Setelah gelombang kecil 4 Pembetulan Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE ) berakhir & ketika ini sedang mula membuat kenaikan ke gelombang kecil lima dan Gelombang besar 3 di tahap fibo 161 .8% - 200%
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 127.2%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 161.8%- 200% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Scope Melakukan Persilangan Emas, Meneruskan Momentum MenaikScope
Paparan masa 1 hari:
1. Persilangan emas MACD, terbentuk histogram di atas garisan MACD kosong. Dijangkakan mempu meneruskan momentum menaik.
2. Persilangan emas 2, MA 5 & EMA 20 menandakan pembalikan tren dari tren menurul ke tren menaik. Sedang membuat 'fasa uptrend'
3. Scope dilihat sedang dalam fasa permulaan gelombang 1 (menaik)
SCOPE : Masih Dalam Arah Regerasi Menaik1. Walupun kenaikan agak perlahan, namun kaunter ini membina asas sokongan yang kuat setiap kali menuju ke atas.
2. Selepas kenaikan sementara, ia akan bermain di ruang pengumpulan untuk suatu tempoh untuk menguji rintangan yang bakal menjadi sokongan (RBS).
3. Menarik dengan keadaan stochastic silang naik dan candle berada di atas MA50 sebagai aras sokongan dinamik. Mungkin kah akan melantun?
4. Cadangan belian: Belian pada R1 dengan volume belian tinggi dan TP pada rintangan terdekat (dagangan singkat) atau pada R4 (dagangan swing)
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
SCOPE (Melantun di atas Lantai)Sektor:
- Industrial Products & Services, Electronic, Trading Services, Components & Equipments
Idea analisis:
- SCOPE rebound/melantun apabila menyentuh support 0.260.
- STOCH RSI juga berada di paras oversold menunjukkan support 0.260 adalah support baru yang agak kuat.
- Walaubagaimanapun, SCOPE dilihat berada di bawah MA 50.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support 0.260 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.330 dengan volume yang lebih besar daripada sebelumnya untuk BOB atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas MA 50 untuk swing.
- CL jika harga jatuh di bawah support 0.260.
- TP jika harga mula menyentuh resistance 0.295 @ 0.330.
Petunjuk/Nota tambahan:
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
#TAYOR #BAYOR
SCOPE (Menantikan Peluang Kedua)Sektor:
- Industrial Products & Services, Electronics, Trading & Services, Components & Equipments.
Idea analisis:
- SCOPE telah Break Accumulation Phase (BAP) dengan momentum:
1) Volume tertinggi
2) MACD Golden Cross
- Volume menurun kemudian SCOPE mencipta support baru terkuat (new strong support) pada 0.260.
- STOCH RSI dalam keadaan oversold dan bersilang ke atas.
- MACD menunjukkan berlaku momentum pembelian (muncul histogram bar hijau).
- SCOPE seperti rebound di atas MA 50.
- Boleh tunggu untuk entry apabila:
1) MACD Golden Cross
2) Volume melebihi VOL MA
3) STOCH RSI mendongak ke atas
Idea trading plan:
- Entry seperti #1 di dalam graf atau;
- Entry berhampiran support 0.260.
- CL jika harga tutup di bawah support 0.260 atau;
- CL jika MACD turun di bawah paras 0.
- TP apabila harga menyentuh resistance 0.330 atau;
- TP apabila STOCH RSI oversold (atas paras 0) dan menunduk ke bawah.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* MACD Golden Cross = MACD cross up di atas paras 0.
SCOPE : Indikator Bolinger Band1. Jika dilihat pada major trend adalah uptrend.
2. Harga telah memecahkan resistance, namun tidak dapat bertahan dan turun semula.
3. Kemungkinan harga akan mencari support atau lower bolinger band.
4. Jika mahu entry, pastikan harga berada pada support atau lower bb dan volume penjualan melemah atau oversold pada stochastic.