Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Analisa Elliott wave EthereumSetelah wave impulse ke atas C siap dibentuk, pasaran akan mula bergerak turun, untuk membentuk bahagian awal wave impulse yang “bearish”. Wave impulse “bear” 1 ini nampaknya telah selesai dibentuk. Seterusnya, penanda bagi membentuk zigzag wave pembetulan pertama telah ada. Sebaiknya berlaku pembentukkan wave pembetulan dan wave impulse tidak lama lagi, seperti yang dinyatakan dalam carta. Harga Ehtereum mampu melonjak naik ke tahap 2991.00, di mana wave 2 adalah 50% pemebtulan dari wave 1.
Trading plan untuk ETHUSD hari ini:
Beli 2539.76, TP 2991.00
JKGLAND bakal pecah rintanganKuanter ini berpotensi naik sehingga 100% berdasarkan tren baru menaik setelah sekian lama tidur. Mungkin ini masanya untuk bangun tidur dan memecahkan rintangan yang telah pun dipecahkan beberapa lilin sebelum ini. Pembetulan sedang berlaku dengan jangkaan sedang berada pada permulaan gelombang 3 Elliot Wave. Boleh simpan 6 hingga 12 bulan atau keluar setelah mencapai sasaran.
ASIAPAC tunggu masa nak meroketHasil selidikan menunjukkan kuanter ini mempunyai potensi berdasarkan TA dan FA yang baik. Lilin dilihat sedang menguji rintangan RM0.165 yang agak kuat berdasarkan corak graf sebelum ini telah cuba menguji beberapa kali pada harga tersebut. Mungkin inilah masanya untuk breakout memandangkan tren sedang menaik dan syarikat sedang untung. Kalau lihat tren dulu-dulu, kuanter ini mendatar sahaja dan bila naik boleh capai sehingga Fib Retracement 2.618 dalam tempoh 1 tahun. Graf juga berkemungkinan sedang berada pada gelombang 3 Elliot Wave. Sasaran harga mungkin boleh mencapai lebih RM0.300 melalui Fib Extension 0.618, 1.618 dan 2.618.
TECHNAX : Jangkaan Elliott Wave 1. Berada dalam keadaan uptrend kerana harga berada atas MA200,MA50 dan MA20.
2. Harga telah breakout range sideways dengan candle yang panjang disertai volume yang besar melebihi volume sebelum ini.
3. Dengan kemasukan pelabur baru dengan jumlah volume yang besar ini akan membentuk wave untuk kaunter Technax
4. Bullish divergence yang berlaku pada indikator RSI menunjukkan permulaan wave.
5. Wave 1 telah terbentuk dengan sempurna.Kebiasaannya kita akan terlepas untuk trade dalam wave 1.
6. Kemudian retracement abcde hampir siap untuk wave 2.Ini merupakan complex correction. Jadi correction wave 4 nanti akan jadi simple abc
7. Boleh ready untuk masuk dalam wave 3, boleh buat pembelian pada harga support 0.140 atau tinggi sedikit drp harga support
8. Target price iaitu pada harga 0.30 iaitu pada level resistence atau rendah sedikit.
SEJARAH BAKAL BERULANG, MUNGKIN ITU YANG BAKAL TERJADI PADA AT Jika anda perhatikan kitaran Elliot Waves (EW) sejak 2012, sebanyak 3 kali EW berlaku dan 3 kali juga wave 5 adalah puncak yang paling tinggi. Kini EW pada TF Weekly sedang berada di wave 4 dan menuju ke wave 5. Adakah sejarah kembali berulang? Sama-sama kita nantikan persembahan hebat dari kaunter ini. Selamat berdagang buat semua.
Penafian: Ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Tiada signal Buycall diberikan.
PTRANS (s) dalam perjalananSekadar update kaunter kajian menggunakan elliot wave, sekarang paras sokongan dalam peringkat cubaan untuk menampung tekanan jualan, antara yang menjadi tumpuan untuk sesiapa yg masih mengintai peluang naik bas
Garis bertitik adalah sokongan dan rintangan yang dikenal pasti
EFORCE - Elliot Wave & Wyckoff TheorySepanjang pergi kelas belajar trading, ada 2 teori yang agak femes yang dipelajari iaitu Elliot Wave & Wyckoff Theory. Tapi ni 1st time jumpa dua2
teori ini dalam 1 chart/stock. So untuk kali ini, ini adalah satu peluang yang bagus untuk melihat dan follow sendiri sejauh mana ketepatan teori ini dalam trading strategy.
EFORCE telah melalui stage Elliot Wave dan kalu I tidak silap perkiraan, ia sekarang berada di dalam accumulation stage phase D untuk Wyckoff Theory. Hari ini walaupun Bursa jatuh sehingga 30++ mata, EFORCE masih cemerlang meneruskan pendakian dengan naik sebanyak 5.88%. Adakah EFORCE akan terus melakukan kenaikan besok? Jom kita tengok besok.
Pros:
1) Melakukan spring = 18 Mac 2020
2) Memecah support = 7 Apr 2020
3) Memecah 3rd Darvas box = 4 Mei 2020
Cons:
1) No guarantee xde pull back, so need to always follow this stock.
Reference=
1) www.investopedia.com
(This is not a buy/sell call. This is my trading diary. Trade at ur own risk)
UZMA tamat gelombang 5Kejatuhan dengan volume pada hari ini mengesahkan fasa pembetulan UZMA yang membentuk gelombang koreksi A
Jika dinilai dengan elliot wave, ia telah melengkapi gelombang 5 dan bermulalah fasa koreksi ABC.
Dijangkakan wave pattern A akan ke support 80-83 sen sebelum membentuk wave pattern B.
Sekiranya harga terus turun dan RSI oversold bawah 15, technical rebound akan berlaku.
Aras 80 sen merupakan jalan keluar terakhir sekiranya rebound gagal.
Paras sokongan S1 0.835 S2 0.80
Paras rintangan R1 0.95 R2 1.05
-
PENAFIAN:
Perkongsian adalah untuk sekadar kajian.
Tiada jaminan diberikan mengenai ketepatan perkongsian ini dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cadangan untuk membeli/menjual.
Para pelabur perlu membuat keputusan sendiri
MYX:7250 .
BAHVEST - Penyapahan lemah (Weak divergence) pada harga dan RSI 1. Penyapahan lemah diperhatikan menjadi pemangking teknikal kepada pergerakan harga BAHVEST
2. Pecahan MCD indikator homily memberi pengesahan bahawa masih banyak retailer memegang portfolio syarikat ini. Banker chip (4.8%) vs Lockchip (53.5%). Tetapi dpt diperhatikan retailer semakin mengurang dan pergerakan harga akan lebih menarik jika memecahkan rintangan harga demi rintangan harga seperti dlm carta
3. Juga dpt digambarkan bahawa sekarang adalah permulaan gelombang pertama sekali lagi berdasarkan jangkaan gelombang Elliott selepas beberapa kali gagal setelah cuba melepasi kawasan 0.74 untuk memastikan gelombang ketiga berjaya.
4. Untuk kepastian, lebih selamat untuk membuat pembelian selepas harga melepasi dan ditutup di atas 0.605 dan target price samada 0.665 dan juga 0.740
peluang tambah jualanrujuk kepada posting yg lepas
struktur elliot wave sell..
buy bila breakout resistance..
PENAFIAN:
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
KLCI - Harapan terakhir terbatal, kini beruang menguasaiSemalam adalah analisis untuk membatalkan projection Elliott Wave yang besar. Namun hari ini ianya tidak berlaku, di mana indeks telah turun bawah dari paras 1629.
Maka tak dapat dielakkan, projection yang asal terpaksa dipenuhi. Sekarang indeks sedang melengkapkan Gelombang 3 dengan projection di paras 1595.
Ianya akan diikuti pula oleh Gelombang 4 dengan projection di paras 1680, lantas melengkapkan corak Falling Wedge.
Gelombang ke 5 pula akan membuat pecahan ke bawah corak Falling Wedge dan membentuk 5th Wave Extension di mana projection adalah di paras 1340.
Lengkap 5 gelombang impulsive, kita nantikan pula gelombang pembetulan (Correction).
ATURMAJU bersedia untuk membuat uptrendJika dilihat pada carta mingguan Aturmaju, ianya bertepatan dengan teori atau kaedah fasa pengumpulan WYCKOFF.
FASA A : Menandakan penghentian tren menurun. Kita dapat lihat harga sebelum ini dalam tren menurun, tetapi di FASA A, berlaku kenaikan volume dan kenaikan harga yang agak tinggi. Ini menyerap momentum bearish. Kemudian ianya kembali turun dengan kadar yang lebih perlahan.
FASA B : Fasa ini adalah fasa pengumpulan minat pelabur profesional besar atau institusi berikutan harga yang murah. Di sini profesioanal mengawal kenaikan harga dengan melakukan pembelian dan penjualan. Bermula dengan volume yang besar dan juga swing yang besar, ianya beransur-ansur berkurang. Apabila volume dan swing menjadi kecil iaitu kenaikan (retailer) sudah keletihan, maka ia bersedia untuk FASA C.
FASA C : Di fasa ini ia menguji bekalan (supply/seller) dengan menjatuhkan harga dari paras terendah. Waktu ini operator "Smart Money" akan melihat dan memastikan jika saham ini bersedia untuk membuat mark up. Kejayaan ujian ini ditunjukkan apabila volume ketika kejatuhan adalah rendah dan harga kembali naik ke paras terendah sebelum ini.
FASA D : Di fasa ini harga membuat sokongan baru yang lebih tinggi selepas sedikit mark up. Dan permintaan (demand/buyer) konsisten mengatasi bekalan (supply/seller). Di fasa ini juga menunjukkan volume kembali meningkat di mana, para pelabur mula memasuki.
FASA E : Di sini lah fasa mark up atau kenaikan sebenar akan bermula di mana permintaan telah benar-benar menguasai bekalan. Atau boleh dikatakan ini adalah fasa permulaan kenaikan atau tren menaik setelah fasa pengumpulan.
Jika dilihat di FASA D, ianya membuat corak mendatar Elliott Waves abcxabc. Dan volume juga mula tinggi. Harga juga konsisten di atas awan Ichimoku. Ini memberi isyarat bahawa ianya bersedia untuk memasuki FASA E (kenaikan).
Jadi bilakah atau entry sesuai?
Entry sesuai adalah apabila harga melepasi puncak (badan candle) FASA D iaitu 0.470. Atau apabila harga melepasi Kijun Ichimoku di 0.425.