Cypark - Ada duit, boleh park!Analisis Cypark
Cypark kelihatan sangat kuat dan masih tiada tanda tanda reversal.
Kelihatan retracement sangat korektif, sihat dan kurang volume membuat admin cenderung beranggapan bahawa Cypark masih mempunyai sekurang kurangnya satu ketinggian baru lagi.
Dengan tema Renewable Energy yang masih bermain, admin merasakan bahawa Cypark tidak memerlukan masa yang lama untuk menyambung rally. Cypark pun dah parking di paras fibo 38.2%.
Kesimpulannya, sekiranya anda ada duit lebih, Cypark adalah satu konter yang anda boleh park duit. Sekurang kurangnya sekitar 16% potensi ganjaran di hadapan.
Paras invalidasi adalah pada RM1.01.
Abang Doji.
Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Connect - Bukan untuk Pegangan LamaAnalisis Connect
Connect telah menyentuh paras rintangan fibo 0.618%, juga di kawasan Gelombang 1 - Gelombang 4 overlap.
Untuk menggagalkan senario 5 gelombang ke bawah, maka Connect harus memecahkan paras RM0.225. Kelihatan Connect yang hanya mampu bermain dalam korektif channel sebelum membuat Throw Over terakhir di luar channel yang klimatik lebih mirip kepada corak korektif rally berbanding impulsif.
Pandangan admin, Connect bukanlah saham yang berpotensi untuk pegangan jangka masa lama. Hanya untuk trade.
Abang Doji.
Minyak mentah - Masih menanti arahAnalisis Minyak Mentah
Kejatuhan bulan lepas telah terbukti 3 gelombang korektif. Kita kini menanti sama ada pasaran berjaya membuat 5 gelombang rally, atau hanya 3 gelombang rally yang korektif.
3 gelombang rally adalah gelombang impulsif yang gagal, dan kita akan labelkannya sebagai gelombang X.
Sabar menantikan ke arah mana minyak akan pecah, dan trade mengikut arah pecutan selepas segitiga.
Pendapat peribadi admin, admin cenderung terhadap pandangan bahawa minyak akan pecah ke bawah.
Abang Doji.
Carepls - Pembelian selamatAnalisis Carepls
Pada pendapat admin, terdapat dua tempat entry yang selamat
1. Entry sekiranya Carepls berjaya memecahkan Saluran Menurun korektif
2. Entry bila paras konfirmasi Higher High di aras RM4.12 berjaya
Dua entry ini adalah saranan yang selamat.
Admin cenderung untuk melihat bahawa aras RM1.9 akan dibolosi, namun kita masih menantikan pergerakkan harga seterusnya.
Abang Doji.
AT - Bagaimana mahu membelinya?Analisis AT
AT kelihatan sangat kuat. Gelombang ketiga kelihatan telah naik sebanyak 5.618 kali ganda gelombang 1.
Begitulah kegilaan Irrational Exuberance di Bursa.
Walaupun begitu, admin cenderung untuk melabel kenaikan ini adalah Gelombang 3, kerana di timeframe Harian masih belum ada Bearish Divergence di sebarang oscillator seperti RSI .
Kelihatan bahagian besar rally boleh dimasukkan dalam saluran menaik, juga menyokong bahawa kenaikan ini adalah gelombang 3.
Sehingga tahap ini, kejatuhan AT masih disokong oleh saluran menurun merah (Deceleration Channel). Sekiranya harga bermain dalam saluran ini, bermaksud kejatuhan ini hanyalah korektif dan masih ada potensi kenaikan. Sekiranya harga memecahkan garisan bawah aliran menurun, maka ia memberi kemungkinan bahawa kejatuhan ini mungkin bukan lagi korektif.
Jadi dimana mahu membeli AT?
1. Beli di paras sokongan fibo 0.382 atau 0.5. Paras paras ini juga bertindan dengan garis bawah saluran menurun yang bakal menjadi paras sokongan kuat.
2. Cara kedua untuk membeli AT adalah bila harga telah jelas memecahkan saluran menurun merah (Deceleration Channel).
Sekian sedikit sebanyak pandangan Abang Doji .
HLT - Ratio Risiko dan Ganjaran yang menarikAnalisis HLT :
Kelihatan HLT telah membuat 5 gelombang kenaikan, dan menyiapkan koreksi Flat 3 gelombang ABC.
5 gelombang untuk Gelombang C sudah siap, dan kelihatan HLT juga telah memecahkan saliran menurun.
Admin akan cuba untuk masuk ke konter ini untuk swing. RRR yang sangat menarik.
Abang Doji.
Emas - Pecahan Triangle dan TargetKemaskini Analisis Emas
Emas kini telah memecahkan segitiga kedua dalam gelombang koreksinya. Harga yang jelas bermain dalam aliran menurun menunjukkan bahawa kejatuhan emas setakat ini hanyalah koreksi, dan masih ada potensi ke atas untuk jangka masa panjang.
Potensi dasar untuk emas adalah di bawah aliran menurun, bersama Fibo 1 (Hubungan Gelombang W = Gelombang Y).
Abang Doji.
KLCI - 3 Break, 3 BreakAnalisis KLCI
KLCI kelihatan masih bermain dalam range dan 3 gelombang. Kenaikan 3 gelombang, break. Kejatuhan 3 gelombang, break.
Ini sangat sinonim dengan corak triangle di wave 4 atau wave B/X.
Sekiranya ia adalah 5 gelombang segitiga, kita mesti ingat bahawa corak segitiga adalah gelombang terminal.
Ia bermaksud sekiranya ia pecah ke bawah, penurunan ini adalah gelombang terakhir sebelum rally yang signifikan bermula. Begitu juga sekiranya ia pecah ke atas, maka kita boleh jangka bahawa ada lagi gelombang penurunan di hadapan.
Abang Doji.
Crude Oil - Menantikan Sell Off Extension atau Sharp ReboundAnalisis Crude Oil
Admin kini melihat setiap kejatuhan crude oil akan diikuti dengan kenaikan yang sangat kuat. Kelihatan bull banyak menguasai market walaupun dalam rally yang korektif sebegini.
Admin masih memegang beberapa posisi short yang admin ambil di kotak biru.
Kita menantikan satu tujahan ke bawah.
Walaupun rally sejak March lepas kelihatan impusif dan 5 gelombang, namun seperti pesanan mentor admin, reversal yang terjadi untuk darjah yang besar selalunya akan menjalani gelombang koreksi yang dalam (deep retracement) .
Sl adalah di paras Invalidasi.
Buat masa sekarang sekiranya paras ini bocor, kita akan menyaksikan rebound yang sangat kuat ke atas dan admin akan bertukar posisi long.
Abang Doji.
Msm : Pasang Penggera untuk SwingAnalisis MSM
Konter MSM antara target admin untuk swing. Konter ni dah jatuh teruk sejak IPO nya. Jatuh takkanlah taknak naik kan.
Kelihatan MSM kini di paras sokongan Gelombang A = Gelombang C.
Namun untuk mengatakan Gelombang C sudah siap, kita perlukan bukti yang lebih kukuh.
Untuk swing, admin perlu lihat MSM memecahkan rintangan Gelombang 1 dan 4 Overlap di paras RM0.57.
Sekiranya berjaya, admin akan turut masuk.
Sekiranya gagal, admin melihat MSM akan membuat satu lower low lagi sebelum kembali naik.
Abang Doji.
Minyak mentah : Lantunan Sementara sekiranya BreakoutAnalisis Minyak Mentah
Kalau ada yang ikut admin short dari analisis sebelum ini, tahniah.
Struktur yang agak mudah dibaca untuk Minyak mentah.
Kini minyak mentah mungkin bakal membuka minggu ini dengan lantunan ke atas.
Kita masih mencari peluang jual.
Abang Doji.