Fuh! FCPO pecah support TP2 TFW!Ok, untuk idea FCPO minggu ni, bertepatan dengan kekacauan yang berlaku pada 24hb Ogos lepas, memang kacau habis pergerakan uptrend FCPO. Malah, dia u-turn gais. Terus menjunam dan yang paling menarik, terus pecah support TP2 TFW. Makanya, bersedialah untuk harga turun lebih bawah lagi ya (ini jangkaan saya sahaja) sebab TP2 TFW ni strong. Maka jika support ni pecah, harus dia menjunam punya.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4217 dan ditutup pada 3915 (penurunan sebanyak 302 ticks bersamaan RM7,550)
Cari dalam idea untuk "FIBONACCI"
FCPO tutup kedai hari ni.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-65
Ok, untuk FCPO minggu ni, sejak kejatuhan kaw-kaw pada 24hb Ogos baru-baru ni, harga FCPO pada masa ni gagal membuat kenaikan. Kalau korang perasan, harga FCPO keep on making lower high (yang saya tandakan warna hijau tu).
Jika keadaan ini berterusan, alamatnya memang bolehlah pecah support TP2 TFW. So kalau korang nak masuk position, pastikan jaga RRR dengan baik dan pastikan CL level korang sentiasa on.
ZL paras sokongan TP1 TFW sedang diuji. Ok, untuk kaunter soybean ni, minggu-minggu yang mendatang ni adalah pusingan penentuan, samada price akan stay atas TP1 TFW ke tidak.
Bertepatan dengan itu juga, saya jangkakan dalam seminggu dua ni, kalau support masih utuh, maka harga soybean akan mencari midBB (yang garisan warna oren tu).
Semoga berjaya!
FCPO support TP2 TFW masih utuhOk, untuk FCPO minggu ni, masih lagi sama macam minggu lepas, harga sekarang betul-betul berada di support area (TP2 TFW). Jika support ni pecah, harga akan jatuh ke bawah. Manakala, jika support ni utuh, harga akan mencari TP1 TFW.
Apapun, jika kita nak masuk position long, pastikan CL level kita tu di jaga. Sebabnya, kalau support ni bocor, naya weh. Tapi yang bestnya, kalau support ni utuh dan kita masuk long, raya awal tu (sebab kita amik kat harga lantai dah ni, upside dia banyak).
Sama-samalah kite saksikan ye.
ZL sideway (nak ke atas ke, ke bawah? ke atas ke, ke bawah?)Ok, untuk kaunter soybean minggu ni, market bergerak secara sideway sahaja. Most of the time, harga soybean berlegar di dalam area TP TFW je (rujuk pada kotak warna kuning tu).
Minggu ni harga soybean dibuka pada 67.87 dan ditutup pada 67.93
Semoga berjaya!
FCPO berehat di area support TFWOk, untuk idea FCPO minggu ni, berlaku breakaway gap seperti 2 minggu lepas di area kritikal support/resistance (kotak kuning yang saya draw tu adalah TP2 TFW). Cumanya momentum untuk dia naik ke atas tu dah terbantut pada 24hb Ogos. Korang tengoklah, lemang sebatang dia bagi. Memang kacau habis pergerakan uptrend FCPO.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4228 dan ditutup pada 4181 (penurunan sebanyak 47 ticks bersamaan RM1,175)
ZL teruskanlah kenaikanmuOk, untuk kaunter soybean ni, saya nak kongsikan lagi 1 tips tambahan. Korang rujuk kat bulatan hijau yang saya marking tu. Ada tulis 4.236 (66.24). Ini adalah kawasan di mana suatu penurunan/kenaikan harga terhenti. Maksudnya kalau direction sebelum ni short, bila dah sampai area 4.236 tu, kebarangkalian untuk dia teruskan penurunan tu dah berkurang lah.
Korang boleh rujuk dalam gambar di atas, harga soybean masa tu gap down dan menurun sehingga hampir menyentuh area 4.236 tu. Selepas tu, korang boleh tengok, harga cross up midBB dan teruskan kenaikan. Begitulah.
Semoga berjaya!
FCPO berlaku breakaway gap di TFW support areaOk, untuk FCPO minggu ni, berlaku breakaway gap pada permulaan hari isnin sebanyak 100++ ticks. Macam yang kita bincangkan sebelum ni, bila breakaway gap berlaku, lagi-lagi ianya berlaku di area TFW support/resistance, pastinya ia adalah sesuatu yang kritikal.
Lihatlah hasilnya, boleh kite katakan, direction untuk minggu ni adalah long. Daripada harga closing minggu lepas pada 4084, harga terkini telah mencecah sehingga 4291 (iaitu peningkatan sebanyak 207 ticks).
FCPO berada di landasan yang betul.Ok, untuk FCPO minggu ni, kita dah boleh pakai kontrak FCPO November ya (kod FCPOX2022). Tapi kalau korang still nak pakai kontrak bulan lepas pun still boleh. Asalkan ada volume.
Harga sekarang betul-betul berada di support area (TP2 TFW). Jika support ni pecah, harga akan jatuh ke bawah. Manakala, jika support ni utuh, harga akan mencari TP1 TFW.
Pandangan peribadi saya mengatakan support ni utuh dan harga akan menaik. Ini berdasarkan kalau kita lihat harga dari 2 minggu lepas sehingga ke hari ini, harga telah berjaya bertahan di atas TP2 TFW. Malah, volume minggu lepas yang tingginya 2x ganda volume minggu-minggu sebelumnya pun tak berjaya memecahkan support TP2 TFW. Ini membuatkan saya yakin yang support ni utuh.
Sama-samalah kite saksikan ye.
ZL nak cari midBB ke tu? (sambungan)Ok, untuk kaunter soybean ni, cantik. Bertepatan dengan apa yang saya jangkakan pada minggu 33, saya cakap price telah pun pecahkan resistance pada TP1 TFW dan sekarang ni masih kekal berada di atas TP1 TFW (bermakna sekarang ianya telah menjadi RBS iaitu resistance become support).
Bertepatan dengan itu juga, saya jangkakan dalam seminggu dua ni, kalau support masih utuh, maka harga soybean akan mencari midBB (yang garisan warna oren tu).
Semoga berjaya!
agak awal untuk buat kesimpulan bagi halatuju ZL minggu depanOk, begitu juga dengan kaunter soybean ni. Direction pada minggu ni dipengaruhi oleh setup pada hari isnin. Jikalau kite lihat, pada isnin hari tu, price cross down midBB. Apabila ini berlaku, kita hanya perlu fokus pada setup short je.
Walaupun pada penghujung hari isnin tu price cross up midBB semula, namun ianya hanyalah sementara. Kerana pada keesokan harinya, price cross down midBB dan harga meneruskan penurunannya. Maka di sini, saya simpulkan, bahawa pada hari isnin adalah sebagai penentu halatuju harga soybean untuk sepanjang minggu tersebut.
Dan kalau korang perasan, pada masa ni (jumaat), price baru saja cross up midBB. Jikalau pada pagi nanti price stay atas midBB, saya jangkakan price akan turun pada minggu depan (jika ia cross down midBB pada isnin depan).
Sama-sama kita saksikan!
FCPO closed di bawah midBB. Minggu depan tengok setup long?Saya nak buat sedikit rumusan mengenai teknik pecah midBB ni. Saya perasan, direction pada hari isnin adalah signifikan untuk menentukan halatuju harga FCPO pada keseluruhan minggu tersebut.
Contohnya pada minggu ni, harga FCPO telah cross down midBB pada hari isnin. Disebabkan itu, kita fokus pada setup short saja. Setiap kali price membuat pullback ke atas, kite harus get ready untuk short.
Dan kalau korang perasan, harga FCPO pada hari ni ditutup di bawah midBB. Jadinya, pendapat peribadi saya, saya jangkakan minggu depan kita focus pada position long saja (jikalau pada hari isnin nanti harga cross up midBB lah).
ETH cuba nak cross midBB ke tu?Ok ni saje nak tengok ilmu ni boleh digunapakai dalam market kripto ke idak.
Kalau korang tengok masa bulan Mac itu hari, price ada cross midBB, tapi minggu seterusnya dia cross back ke bawah. So kirakan tak valid lah. Lagipun masa Mac itu hari, dia cross with low volume. so bila volume tak cukup kuat, memang akan jatuh balik.
Scenario sekarang ni,
1) mungkin akan jadi macam bulan Mac nanti kalau price cross with low volume. Maka, harga akan turun balik.
2) price akan cross up midBB, berehat kejap kat TP2 TFW tu, dan akan teruskan kenaikan.
semoga berjaya!
ZL nak cari midBB ke tu?Ok, untuk kaunter soybean ni, saya kurang pasti bilakah pertukaran kontrak aktif soybean, so kita pakai je chart continuous.
Kita boleh lihat beberapa minggu lalu, price tidak dapat pecahkan TP2 TFW. Malah ianya telah rebound dan berjaya pecahkan TP1 TFW dan kekal berada di atas RBS (yang TP1 TFW tu).
Maka sekarang, saya jangka, jika momentum ini berterusan, price akan cari midBB (yang saya tandakan arrow biru tu).
Semoga berjaya!
Minggu pertukaran kontrak aktif FCPOOk, untuk FCPO minggu ni, adalah minggu pertukaran kontrak aktif Oktober kepada November. Kalau korang perasan, sekarang saya pakai kontrak FCPO November (kod FCPOX2022).
Biasanya time minggu pertukaran kontrak, seboleh-bolehnya jangan trade ya.
Apapun, kita tandakan dulu level-level penting iaitu:
TP1 TFW: 4819 - 4941
TP2 TFW: 4011 - 4133
TP3 TFW: 3203 - 3325
harga FCPO melonjak naik lalu pergi meninggalkan dakuOk, untuk idea FCPO minggu ni, kalau korang perasan, ada gap yang sangat besar berlaku pada awal minggu itu hari. Saya pernah terbaca, jika gap tersebut sebanyak 100 ticks dan ke atas (disertai dengan volume yang tinggi), ini dinamakan sebagai breakaway gap. Dan gap jenis yang macam ni biasanya berlaku di area kritikal support/resistance (kotak kuning yang saya draw tu adalah TP2 TFW).
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4000 dan ditutup sekitar 4400++ (kenaikan sebanyak 400 ticks bersamaan RM10,000)
Nota: bila kite papertrade, semuanya indah-indah belaka. Tapi bila masuk realtrade, habis MC akaun jadinya.
ZL melibas ke atasOk, untuk kaunter soybean ni, ternyata saya salah direction gais. Pada awal minggu itu hari, setup yang saya tercari menunjukkan harga akan turun ke bawah, tapi jangkaan saya silap. Walaupun price berjaya cecah TP1, namun pada sekitar 10-11hb, price melibas naik.
Di sini pentingnya kita letak CL ya gais. Bayangkanlah jikalau kita open position tanpa CL level, tinggi harapan akaun kita ni MC gais.
Semoga berjaya!
6 setup dijumpai untuk FCPO minggu lepas.Ok, untuk idea FCPO ni, saya ade terpikir, "teknik pecah midBB ni takde CL ke?". Jawapannya ada. Cuba korang tengok, Daripada total 6 setup, 2 loss dan 4 win. So win rate dia bukanlah 100% ok.
Cuma of course lah saya baru je belajar teknik ni. Masih perlu fine tune lagi.
So far yang saya tengok, 1st day of the week tu amat penting. Kalau harga FCPO tengah menurun, kita focus short position je. (ini based on pemerhatian saya lah).
Lagi sekali saya nak tekankan, CL level sangatlah penting untuk diletakkan ye. Sebab 1 tick tu dah RM25. Kalau 100 ticks tak ke RM2500? Maka sayangilah capital anda.